Kebaikan Vitamin C Shaklee Untuk Kesihatan

Vitamin C juga dikenali juga sebagai ascorbic acid iaitu sejenis vitamin yang larut air (water-soluble vitamin). Tidak seperti kebanyakan mamalia atau haiwan lain, tubuh manusia tidak mampu untuk menghasilkan sendiri ascorbic acid dan mesti mendapatkan Vitamin C daripada makanan dan sumber lain.

Sumber yang terbaik untuk mendapatkan vitamin C ialah daripada buah-buahan segar dan juga sayur-sayuran terutamanya buah-buahan sitrus. Kerana sifatnya yang larut air vitamin C tidak akan disimpan di dalam badan dan lebihan vitamin C akan dikeluarkan melaui urine (air kencing).

Ini bermakna setiap orang memerlukan bekalan vitamin C secara berterusan di dalam diet mereka.

Kebaikan Vitamin C Shaklee Untuk Kesihatan


Sumber terbaik vitamin C ialah buah-buahan segar dan sayur-sayuran terutamanya buah sitrus.

Bila sebut je vitamin C kebanyakan kita akan ingat vitamin C ni untuk kecantikan kulit. Sebenarnya banyak lagi kepentingan dan kebaikan vitamin C yang ramai tak tahu


Vitamin C bukan untuk bagi kulit cantik je tau. Banyak sangat fungsi vitamin C untuk kesihatan kita. Sememangnya vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan kita.


Vitamin C adalah salah satu antioksidan. Antioksidan bertindak sebagai benteng penghalang radikal bebas. Pembinaan radikal bebas secara berterusan boleh menyumbang kepada proses penuaan dan penyakit seperti kanser,penyakit jantung dan keadaan seprti artritis.

Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C


Apabila seseorang itu mengalami kekurangan vitamin C ia akan menunjukkan pelbagai simptom dan tanda. Antaranya ialah rambut kering dan bercabang, gingivitis (radang gusi) dan gusi berdarah, kulit juga menjadi kasar dan kering, bersisik, kadar pemulihan luka menjadi lambat, lebam pada badan dengan mudah, dan hidung berdarah serta imunisasi menurun.


Penyakit yang dikaitkan dengan kekurangan vitamin C ialah skurvi. Tanda-tanda seseorang itu mendapat penyakit skurvi ialah gusi berdarah dan tidak sihat serta anemia dan skin hemorrhages.

Vitamin C juga diperlukan untuk pembentukan kolagen. Kolagen ialah sejenis protein yang penting untuk pembentukan kulit, rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Vitamin C diperlukan untuk proses penyembuhan lukan dan mengekalkan gusi dan tulang yang sihat.



Vitamin C Bukan Untuk Kulit Cantik Semata-mata


Kekurangan vitamin C dikaitkan juga dengan beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit pundi hempedu, strok, sesetengah kanser dan lemak yang menyumbat saluran darah yang menjadi pencetus serangan jangtung, dan strok.


Jadi, mereka yang memperolehi vitamin C yang mencukupi dari diet dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit.


Kajian menunjukkan pengambilan makanan tambahan vitamin C atau makanan yang kaya dengan vitamin C tidak mengurangkan risiko mendapat selesema tetapi dapat mengurangkan tempoh selesema.

PENYAKIT JANTUNG
Apakah kaitan penyakit jantung dengan vitamin C?? Bukti menunjukkan bahawa pengambilan Vitamin C yang mencukupi boleh membantu melindungi kerosakan arteri.

Kajian juga menunjukkan vitamin C membantu melambatkan perkembangan aterosklerosis (pengerasan arteri), Vitamin C juga membantu mencegah terjadinya plak pada arteri yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok. Vitamin C juga membantu saluran darah supaya menjadi fleksibel.

TEKANAN DARAH TINGGI

Makan makanan yang kaya dengan vitamin C amat penting untuk mereka yang berisiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi (hypertension).

KANSER

Makan makanan yang kaya dengan vitamin C juga dapat membantu merendahkan risiko mendapat penyakit kanser seperti kanser kulit dan kanser payudara.

Bagaimana Shaklee boleh membantu anda mendapatkan makanan tambahan atau vitamin C dengan mudah dan cepat?


Maklumlah zaman sekarang ni bukan senang nak dapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar kan. Nak tanam sendiri memang tak mampu la kan..apa lagi nak tanam buah sitrus. Kat Malaysia ni manalah buah sitrus boleh hidup. Habis tu macam mana?? Senang saja..Sustained Release Vita-C Plus ialah penyelesaianya..

Inilah sumber vitamin C saya. Saya wajibkan diri saya makank vitamin C ni setiap hari..Bukan saya obses dengan produk Shaklee ye tapi saya memang sangat obses untuk jaga kesihatan saya.

Anda pula bagaimana?? Obses terhadap sesuatu yang baik ni tak de masalah..Apa pun jom kita kenal-kenal dulu dengan vitamin C Shaklee yang menjadi kegemaran ramai ni. Vitamin C ni pernah kehabisan stok di seluruh negara dalam tempoh yang agak lama tau.

See, betapa lakunya vitamin C ni berebut-rebut nak dapatkannya sebabnya banyak manfaat vitamin C untuk kesihatan kita.



3 Sebab Kenapa Vitamin C Shaklee ni berbeza dengan produk vitamin C jenama lain. 



1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin C sentiasa berada dalam badan kita.


Memandangkan vitamin C adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan dalam tempoh yang lama oleh badan kita, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.


2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.


3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.


Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian.


Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.



~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadi apa tunggu lagi dapatkan sumber vitamin C terbaik anda sekarang dengan membeli vitamin C Shaklee. Saya pilih Shaklee. Saya yakin dengan Shaklee. Anda bagaimana??

Anda nak sihat sepanjang hayat?? Jom order sekarang. Jangan tungu-tungu lagi. Mencegah lebaih baik dari merawat. 

Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal:
H/P no: 0139279846 (whatsApp / Telegram)

Comments