Evening Primrose Oil (EPO) vs GLA Complex Shaklee

Apa beza GLA dengan EPO (evening promrose oil)?

Kali ini saya akan berkongsi dengan pembaca semua perbezaan antara EPO dan GLA. Rasanya kebanyakan wanita tahu tentang EPO..

Bunga Evening Promrose
Bunga Evening Promrose
Baiklah mari kita berkenalan dengan EPO dahulu. Evening Primrose Oil atau lebih dikenali dengan EPO diekstrak daripada biji bunga evening primrose. Ia merupakan sejenis tumbuhan liar yang unik dan menarik. Ia berasal dari Amerika Utara di mana tumbuh juga di kawasan Eropah dan hemisfera utara. 

Masyarakat asli Amerika Utara pada asalnya menggunakan bunga, daun, akar dan biji benih Evening Primrose untuk merawat masalah kulit, luka dan bengkak/lebam. Manakala pokoknya pula direbus untuk merawat masalah batuk, sakit tekak, arthritis dan sebagainya.

Hasil kajian dan penyelidikan mendapati biji benih Evening Primrose mengandungi asid lemak perlu (EFA) iaitu Gamma Linolenic Acid (GLA) atau lebih dikenali dengan omega-6 dan Linolenic Acid (LA) yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia. EPO mengandungi sehingga 15% Gamma Linolenic Acid (GLA) dan 70% Linolenic Acid (LA).

Tubuh kita akan menukar GLA kepada prostaglandins iaitu sejenis hormon yang diperlukan untuk fungsi tubuh yang penting seperti dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin.
Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf.


Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. 

Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.

Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan asid lemak perlu. Justeru pengambilan makanan tambahan amat diperlukan untuk melengkapkan keperluan asid lemak di dalam tubuh kita.

GLA Complex Shaklee

Kandungan GLA Complex shaklee

GLA Complex Shaklee diekstrak daripad biji benih tumbuhan yang bernama borage. Bunga borage ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Kanada. Nama lain bagi borage ialah Borgao officinalis). Borage berasal dari Syria dan telah tersebar ke seluruh timur tengah dan Mediterranean.

Daun dan bunganya dimakan manakala bijinya diekstrak untuk menghasilkan minyak yang tinggi kandungan Gamma Linolenic Acid (GLA). 

Borage yang popular digunakan untuk membantu mengatasi sindrom prahaid (PMS) dan gejala menopaus. Borage juga popular di kalangan wanita tua. Borage terkenal dengan ciri-ciri anti-radangnya dan telah dikaji untuk rawatan penyakit gusi, artritis reumatoid, dan asma.

Kandungan GLA di dalam minyak Borage 20% hingga 27% Yang mana kandungan asid lemak omega-6 lebih banyak dari EPO (Evening Primrose oil). GLA di dalam EPO hanya 7% hingga 20%. Manakala kandungan GLA di dalam black currant adalah antara 15% hingga 20%.

GLA dari minyak borage juga adalah tiga kali lebih mudah diserap oleh badan (bioavailability) dan tiga kali lebih berkesan dari EPO.

Dipetik dari www.webmed.com, Minyak biji Borage digunakan untuk gangguan kulit termasuk ekzema, dermatitisseborrheic , dan neurodermatitis. Ia juga digunakan untuk artritis reumatoid (RA), tekanan, sindrom prahaid (PMS), kencing manis, gangguan hiperaktiviti defisit perhatian, sindrom sesak nafas akut (ARDS), alkoholisme, kesakitan dan bengkak , dan bagi mencegah penyakit jantung dan mengusap.

Bunga dan daun-daun Borage juga boleh digunakan untuk demam dan batukBunga Borage digunakan untuk membantu mengatasi masalah hormon dipanggil kekurangan adrenal, untuk "penulenan darah," meningkatkan aliran air kencing, untuk menghalang radang paru-paru, sebagai sedatif , dan menggalakkan berpeluh.

Borage juga digunakan untukmeningkatkan pengeluaran susu ibu dan merawat bronkitis dan selesema. Di dalam makanan, borage dimakan sebagai salad dan sup. borage juga digunakan di dalam produk-produk kecantikan dan penjagaan kulit.

Shaklee menggunakan bunga borage sebagai kandungan utamanya. Apa yang menjadikan GLA Complex Shaklee lebih istimewa ialah kombinasi antara minyak borage, minyak bunga matahari dan juga vitamin E. setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E.


Pokok Bunga Borage
Inilah rupa bunga borage. Bijinya diekstrak untuk mendapatkan asid lemak perlu iaitu Gamma Linolenic Acid (GLA). 

Secara umumnya GLA membantu mengatasi pelbagai penyakit antaranya ialah:

  • Diabetic Neuropathy (diabetis)
  • Attention Deficit and Hyperactivity Disorder (ADHD); 
  • Dry Eyes (in Contact Lens Wearers); 
  • Kidney Stones;
  • Premenstrual Syndrome (PMS);
  • Rheumatoid Arthritis; 
  • Ulcerative Colitis; 
  • Weight Loss; 
  • Attention Deficit and Hyperactivity Disorder (ADHD) (denagn kombinasi minyak ikan iaitu omega-3);
  • Huntington’s Disease;
  • Osteoporosis
  • psoriasis (chronic skin disease)
  • eczema
  • oral mucoceles (mucus polyps),
  • hyperlipidemia (high cholesterol), 
  • depression, 
  • postpartum depression, 
  • chronic fatigue syndrome (CFS),



MANFAAT UTAMA dan FUNGSI GLA Complex Shaklee: 

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid 
  • Membantu meningkatkan kesuburan 
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) 
  • Membantu dalam menangani menopus 
  • Menguatkan kuku dan rambut 
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri 
  • Membantu menangai ekzema 
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid 
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri 
  • Menguatkan imuniti tubuh 
  • Memperlahankan proses penuaan 
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung 
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi 
  • Mengawal kolesterol 
  • Untuk fungsi saraf


Banyaknya manfaat GLA ni kan. Bukan wanita sahaja yang boleh consume GLA ni tau. Lelaki pun boleh.

Sumber rujukan:
http://www.healthline.com/natstandardcontent/gamma-linolenic-acid#H1

http://www.med.nyu.edu/content?ChunkIID=21587
http://www.webmd.com/vitamins-and-supplements/evening-primrose-oil-uses-and-risks
http://www.medicalnewstoday.com/articles/263027.php



Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.

Dengan membuat pembelian dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:
#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

Jom apa tunggu lagi. Order sekarang sebelum kehabisan stok. Untuk order sendiri anda boleh klik link di bawah ini.
Beli GLA COMPLEX SHAKLEE


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."



Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Nor Akmal:

Whatsapp/telegram: 0139279846


COD: Pontian-Simpang Renggam-Rengit
Pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Comments