3 Amalan Yang Paling Disukai Allah

Daripada Abu 'Amru al-Syaibani, beliau berkata "Menceritakan kepadaku, tuan rumah ini," lalu beliau menunjukkan isyarat tangannya ke arah rumah Abdullah (Ibn Mas'ud) r.a. 
Beliau berkata, "Saya pernah bertanyakan kepada Rasulullah SAW, apakah amalan yang paling disukai oleh Allah SWT?" 
Baginda menjawab: "Solatlah kamu di atas waktunya (maksudnya solat pada awal waktu)." Beliau (Abdullah) bertanya lagi, "Kemudian apa lagi?" Baginda menjawab: "Berbuat baik kepada kedua ibu bapamu". "Kemudian apa lagi?" Jawab Baginda, "Berjihad pada jalan Allah (jihad fi sabilillah)".
Berkata Ibn Mas'ud: "Baginda Nabi telah menjelaskan kepadaku berkenaan amalan-amalan tersebut, seandainya aku minta ditambah lagi pasti Baginda akan menambahkan lagi kepadaku". 

Daripada hadith di atas menunjukkan kepada kita tentang amalan-amalan yang paling disukai oleh Allah SWT sebagai respon kepada persoalan yang dilontarkan oleh Ibn Mas'ud.

Ketiga-tiga amalan yang dijelaskan oleh Nabi Muhammmad SAW di dalam hadith di atas menunjukkan kepada kita bahawa  amalan-amalan tersebut meliputi secara menyeluruh kehidupan sebagai seorang hamba Allah yang bergelar Muslim. Sebagai hamba Allah kita wajib mempunyai hubungan yang erat dengan Allah SWT sebagai Pencipta sekalian alam yang kita sebut dan gambarkan secara khusus di dalam solat. Tidak lengkap amalan sesorang individu muslim tanpa berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Peranan ini memberi kesan ke atas pembentukan kehidupan selepasnya dan berjihad di jalan Allah menunjukkan peranan individu muslim sebagai sebahagian komponen masyarakat.
3 Amalan Yanag Paling Disukai Allah
3 Amalan Disukai Allah
#1 MENUNAIKAN SOLAT DI AWAL WAKTU
Hadith riwayat Hakim dan al-Darqutni yang secara jelas menyebut, "Solatlah pada awal waktu." Daripada hadith ini dapatlah kita fahami bahawa seseorang individu yang sengaja melewat dan melambatkan solat seolah-oleh mereka tidak mengambil berat soal solat yang menjadi tunjang hidup seorang muslim.

Di sebalik galakkan menunaikan solat di awal waktu, terselit hikmah dan manfaat yang sangat besar yang mana ramai dari kalangan uamt Islam tidak mengetahuinya. Mendirikan solat di awal waktu menunjukkan semangat atau besegeranya seseorang menyahut seruan dan panggilan Allah SWT tanpa menghiraukan seruan-seruan yang lain yang tidak penting. Bersegera menunaikan solat sejurus mengdengar azan dilaungkan menunjukkan peribad mulia seseorang itu. Ini membuktikan bahawa individu tersebut berusaha bersungguh-sungguh mengikut segala suruhan Allah SWT. 

Apabila seseorang itu sengaja melewatkan solat ini menunjukkan ia memandang rendah dan enteng segala suruhan dan perintah Allah. Solat yang begitu penting dan tinggi nilainya di sisi Allah dipandang sebelah remeh maka apatah lagi amlan-amalan lain yang tidak berharga bagi individu tersebut.

#2 BERBAKTI (BERBUAT BAIK) KEPADA IBU BAPA
Allah berfirman sebagai suatu perintahNya kepada seorang anak; "dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah untuk mereka, dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Isra' 17:24)

Berbuat baik kepada kepada kedu-dua ibu bapa merupakan kewajipan yang amat dititiberatkan oleh Allah SWT. Berbakti kepada orang tua merupakan salah atu sebab dimakbulkan segala doa hambaNya. Akhlak mulia seoranga anak soleh sentiasa memohon keampunan bagi kedua-dua ibi bapanya. Seorang perlu tawaduk (merendah diri) serta berusaha menggembirakan hati kedua orang tuanya dalam keadaan apa sekalipun. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa merupakan asas kepada kebahagiaan dan ketenangan rumahtangga serta jiwa seseorang.

#3 JIHAD FI SABILILLAH
Maksud jihad dari segi penggunaan istilah bahasanya ialah bersungguh-sungguh menggunakan kekuatan segala kekuatan minda, spiritual,dan fizikal untuk menghadapi kesukaran dan kepayahan demi Islam agama Allah SWT. Perkatan jihad biasanya merujuk kepada memerangi nafsu, syaitan, orang-orang kafir dan fasik. 

Jihad fisabilillah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:
1) Mujahadah al-nafs bersungguh-sungguh memerangi nafsu untukk mempelajari ilmu tau urusan agama kemuadian beramal dan menyebarkannya

2) Mujahadah al-syaitan yakni bersungguh-sungguh memerangi syaitan dengan menolak atau menghindari segala pujukan gangguan, rayuan syubhat, dan rangsangan syahwat.

3) Mujahadah al-Kuffar iaitu bersungguh-sungguh memerangi orang kafir atau fasik yang memerangi Islam dan berdakwah menyeru mereka kepada agama Islam yang suci. Jihad ini memerlukan pengorbanan dari segi harta benda, pemikiran, mental dan fizikal rohani dan jasmani.

Menurut al-Tabari Rasulullah mengkhususkan tiga perkara tersebut kerana ketiga-tiga amalan ini menggambarkan ketaan seorang hamba Allah terhadap amalan-amalan lain. Mereka yang meremehkan amalan solat pastinga ibadaah-ibadah lain juga tidak berharga di sisi mereka. 

Semoga bermanfaat utk kita semua.

Rujukan:
Majalah Anis Bil. 178

Comments