Kekurangan vitamin asas tingkatkan risiko hidap penyakit
APAKAH kelebihannya jika saya mengambil multivitamin setiap hari? Adakah boleh membantu saya kelihatan cantik atau membuat saya lebih menarik?
Jika anda mengambil multivitamin untuk kelihatan cantik, mungkin konsep anda itu kurang tepat, tetapi keadaan berbeza jika pengambilannya bertujuan untuk kelihatan menarik atau lebih sihat dan ceria.
Pakar Diet Kanan, Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur, Farah Diba Khan, berkata sebenarnya, pengambilan multivitamin tidak menjadi sesuatu yang penting kepada mereka yang mengambil pemakanan seimbang.
“Apatah lagi di Malaysia, kita mewah dengan pelbagai pilihan makanan. Oleh itu, khasiat pemakanan yang cukup tidak sepatutnya menjadi masalah.
“Bagaimanapun, kesibukan hidup di kota menyebabkan hampir setiap orang tidak sempat mengambil makanan seimbang dan kandungan mikronutrien secara optimum,” katanya.
Secara saintifik, tubuh memerlukan vitamin untuk berfungsi secara sempurna, iaitu setiap satu daripada 13 vitamin asas seperti A, C, D, E, K dan B12.
“Kekurangan setiap satu vitamin asas ini mendedahkan tubuh kepada penyakit,” katanya.
Farah Diba berkata, multivitamin adalah kombinasi vitamin dalam bentuk tablet, kapsul, cecair dan suntikan.
“Secara umum ia boleh membantu mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk meningkatkan nutrisi penting dalam tubuh,” katanya.
Dalam satu laporan Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA), setiap orang dewasa disaran mengambil satu multivitamin sehari. Jika tahap asid folik, vitamin B6 dan vitamin B12 rendah, seseorang itu terdedah kepada faktor risiko penyakit kardiovaskular, barah kolon dan payu dara selain masalah tiub saraf.
“Bagi tahap vitamin D yang rendah pula, ia dikaitkan dengan masalah kurang kekentalan tulang. Bagi tahap vitamin A,C dan E rendah, dikaitkan dengan faktor risiko beberapa lagi penyakit kronik,” katanya.
Beliau berkata, faedah paling ketara pengambilan multivitamin ialah mencegah kekurangan vitamin. Dalam sesetengah situasi, keperluan diet anda mungkin meningkat.
“Contohnya, wanita hamil, secara umumnya mereka dinasihatkan memulakan pengambilan multivitamin pada awal kehamilan. Ia bagi memastikan ibu menerima nutrisi sempurna dan mengagihkannya pada janin,” katanya.
Walaupun pengambilan multivitamin sering menjadi isu antara pakar pemakanan dengan pakar perubatan tetapi pada peringkat antarabangsa, pengamal perubatan bersetuju pengambilan multivitamin dan makanan tambahan yang lain tidak memberi kesan buruk kepada pengamalnya.
Multivitamin dan pengambilannya
Jika seseorang itu menghadapi masalah kesihatan, jika ingin mengambil multivitamin mereka harus merujuk kepada doktor terlebih dahulu. Masalah kekurangan vitamin dan mineral yang serius misalnya memerlukan rawatan perubatan dan tidak boleh diatasi dengan hanya membeli multivitamin di farmasi.
Selain itu, pengambilan multivitamin mestilah betul, dimakan dengan air suam atau jus dan bukan dengan kopi atau teh.
Farah Diba berkata, pengambilan multivitamin dengan teh atau kopi akan menghakis keberkesanannya.
“Multivitamin juga bahaya jika diambil dalam jumlah yang besar. Secara umum multivitamin hanya sebiji sehari. Pengambilan pelbagai vitamin hingga mencecah antara 11 hingga 12 biji sehari seharusnya dirujuk kepada doktor terlebih dahulu,” katanya.
Beliau berkata, ini kerana ada sesetengah makanan tambahan tidak banyak memberi kesan kepada pengguna.
Dalam satu penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Institut Barah Kebangsaan Amerika mendakwa pengambilan multivitamin lebih daripada tujuh kali dalam seminggu boleh meningkatkan risiko barah prostat.
Justeru, sebelum mengambil multivitamin dapatkan nasihat pakar, lebih-lebih lagi jika anda alah kepada sesetengah jenis ubat.
“Anda perlu memaklumkan kepada doktor jika anda berhadapan dengan masalah kesihatan lain atau sedang mengambil ubat kerana ada sesetengah multivitamin dihasilkan dalam formulasi dos yang tinggi.” katanya.
Vita-Lea Iron Formula shaklee adalah multivitamin & multimineral yang pertama dicipta di dunia. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Klik MANFAAT UTAMA VITA-LEA untuk mengetahui lebih lanjut tentang multivitamin Shaklee ini.

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."
sila hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma.
Comments
Post a Comment