Cegah Dan Rawat Penyakit Nyanyuk (Alzheimer) Sebelum Terlambat

Penyakit Alzheimer merupakan sejenis penyakit nyanyuk atau disebut juga dementia yang dialami oleh mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Kita pernah dengarkan orang-orang tua kata nyanyuk ni sakit yang disebabkan proses penuaan. Tetapi alzheimer bukan dari proses penuaan normal tetapi sejenis penyakit otak degeneratif. 

Tetapi korang jangan terkejut tauu.. Sebabnya penyakit nyanyuk atau Alzheimer kini telah menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas juga.


Cegah Dan Rawat Penyakit Alzheimer atau Nyanyuk Sebelum Terlambat


Apa itu Alzheimer?


Penyakit Alzheimer ialah penyakit yang menyebabkan kehilangan progresif sel saraf otak. Kita tahu sel-sel saraf otak ni sangat penting dalam menjana pemikiran yang normal, daya ingatan dan fungsi otak.

Jadi pesakit penyakit Alzheimer ni fungsi otak mereka telah merosot dan mengganggu akiviti harian mereka.

Sedikit demi sedikit pesakit Alzheimer akan hilang kemampuan untuk melakukan aktiviti harian seperti menggosok gigi, mandi, memakai baju dan sebagainya. Sekiranya penyakit berlarutan penghidap Alzheimer tidak mampu untuk berjalan dan bercakap.

Apabila usia manusia mencecah 20 tahun, proses kematian sel-sel di dalam otak mula berlaku dan menyebabkan otak mengecut. Kemusnahan sel-sel otak secara berterusan menyebabkan kualiti daya ingatan semakin berkurangan.


Pesakit Alzheimer sering tertekan, bercakap merepek, tidak sabar dan sukar membezakan masa. Ada yang paling teruk ialah mereka gagal mengawal ketika membuang air kecil atau besar. Pesakit Alzheimer juga tidak mampu berfikir, bercakap dan bergerak. 

Terdapat juga penghidap Alzheimer hilang sifat malu dan bercakap mengenai hal yang boleh memalukan keluarga atau bertelanjang di tempat umum.



Cegah Dan Rawat Penyakit Alzheimer (Nyanyuk) Sebelum Terlambat...Boleh Ke?


Sejarah Penyakit Alzheimer


Penyakit ini ditemui pada tahun 1907 oleh Dr Alois Alzheimer. Jadi nama penyakit Alzheimer diambil sempena nama beliau. 

Hasil daripada bedah siasat terhadap seorang wanita, Dr. Alzheimer mendapati otak wanita tersebut bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary).

Faktor Risiko Penyakit Alzheimer


  • seseorang yang menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas
  • penghidap diabetes
  • kurang melakukan senaman
  • paras kolesterol yang tinggi
  • faktor keturunan iaitu mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an
  • merokok
Gaya hidup juga memainkan peranan penting. Mereka yang mempunyai kehidupan sosial dan mental yang aktif kurang menderita dementia.


Cegah Dan Rawat Penyakit Alzheimer (Nyanyuk) Sebelum Terlambat...Boleh Ke?


Simptom Dementia (Alzheimer)


  • lupa perkara yang sering dilakukan
  • cepat penat
  • sukar membezakan masa
  • tempat dan orang
  • hilang daya logik
  • pelupa
  • tidak mampu melakukan kegiatan harian dan menyiapkan diri sendiri
  • tidak boleh menumpukan perhatian
  • susah mengingat perkataan ketika bercakap
  • sukar menamakan objek


Rawatan Penyakit Alzheimer


Pengesanan dan rawatan awal penyakit Alzheimer dapat mengurangkan beban ahli keluarga untuk mengurus pesakit Alzheimer dengan berkesan.

Bagi mengatasi masalah nyanyuk bergantung kepada punca terjadinya nyanyuk. Nyanyuk yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 boleh diatasi dengan pemberian vitamin ini.

Nyanyuk akibat kekurangan hormon tiroid dan jangkitan otak boleh disembuhkan melalui rawatan memulihkan penyakit ini melalui pemberian hormon dan pembedahan otak.

Namun penyakit nyanyuk akibat alzheimer atau strok masih belum ada penawarnya. Pesakit Alzheimer hanya memerlukan penjagaan kebajikan dirinya. Ini kerana pesakit boleh mengalami pelbagai komplikasi lain seperti kematian akibat kemalangan dan sebagainya.


Rawatan Alternatif Yang Berkesan Dan Selamat


Ada ke rawatan untuk mengatasi penyakit Alzheimer? Mungkinkah rawatan alternatif boleh membantu pesakit Alzheimer bangun dari mimpi ngerinya itu? Tidak mustahil kan. Nothing imposible..

Rawatan alternatif  yang maksudkan itu ialah mengambil suplemen atau makanan tambahan Vivix Shaklee.


Kenapa Vivix Shaklee?


Vivix Shaklee merupakan gabungan empat bahan yang hebat iaitu anggur muscadine, purple carrot, elderberry dan polyganum cuspidatum telah menghasilkan sejenis sebatian polyphenol iaitu resveratarol yang merupakan antioksidan yang sangat berkuasa.

Resveratrol berfungsi memerangi radikal bebas yang merosakkan dalam badan, dan manfaat kesihatan termasuk lanjutan kehidupan umum, dan pencegahan kanser, penyakit Alzheimer, dan kemurungan. (sumber)



Resveratrol Memberi Kesan Kepada Neuroprotective (perlindungan saraf)


Beberapa tahun yang lalu ada kajian yang menyatakan resveratrol boleh memberi kesan positif kepada perlindungan saraf dan mampu melambatkan permulaan dan perkembangan penyakit Alzheimer dan dementia vascular.

Dementia berlaku apabila aliran darah serebral dihalang atau berkurang menyebabkan sel-sel otak mengalami kekurangan oksigen yang kronik dan nutrien penting.

Selain itu resveratrol mampu menyeberangi halangan darah otak kita, dan membolehkan ia mengurangkan keradangan pada sistem saraf pusat. Ini penting kerana keradangan pada sistem saraf pusat yang menyebabkan perkembangan penyakit neurodegenerative (neurodegenerative diseases)



Cegah Dan Rawat Penyakit Nyanyuk (Alzheimer) Sebelum Terlambat


Resveratrol juga mampu meningkatkan aliran serebrum darah, yang merupakan sebahagian daripada kesan perlindungan terhadap demensia vaskular, dan juga strok. Satu kajian pada tahun 2010 mendapati bahawa walaupun satu dos tunggal resveratrol boleh meningkatkan aliran darah ke otak.

Penyelidikan terdahulu juga mendapati resveratrol meningkatkan pembelajaran dan ingatan pada tikus yang mempunyai demensia vaskular dengan mengurangkan tekanan oksidatif dalam otak mereka.

Satu lagi kajian pada tahun 2010 mendapati bahawa resveratrol menyekat kesan dalam sel-sel otak tertentu (microglia dan astrocytes) dengan menghalang sitokin pro-radang yang berbeza dan molekul isyarat utama.

Kajian juga menunjukkan bahawa resveratrol boleh mencegah pembentukan plak di dalam otak anda yang membawa kepada penyakit Alzheimer.




Cegah Dan Rawat Penyakit Nyanyuk (Alzheimer) Sebelum Terlambat


Jadi pengambilan Vivix Shaklee adalah sangat tepat untuk merawat penyakit Alzheimer dari menjadi lebih teruk. Jika ada dikalangan ahli keluarga korang yang ada tanda-tanda dementia bertindaklah segera mencari penawar yang terbaik. Jangan tangguh-tanggu lagi.

Jika korang ingin mencuba rawatan alternatif untuk penyakit Alzheimer atau sebagai langkah pencegahan bagi penyakit-penyakit kronik yang lain seperti kencing manis, darah tinggi, strok, kanser, sakit jantung, sakit buag pinggang dan sebaginya boleh cuba berikhtiar denganVivix dan suplemen Shaklee yang lain. 

InsyaAllah Vivix dan vitamin Shaklee yang lain boleh membantu kalian hidup lebih sihat. Di samping amalan hidup sihat juga perlu dititikberat.



Inginkan Vivix dan vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?
Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultasi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

Comments

  1. OO BARU TAHU VIVIX NI ADA RESVERATROL...TERIMA KASIH INFO..

    ReplyDelete

Post a Comment