Friday, March 27, 2015

Cara Mudah Hilangkan Tumit Kaki Kasar, Merekah Dan Pecah-pecah

Masalah tumit kaki kasar, merekah dan pecah-pecah berlaku pada semua golongan tidak kira kaum adam atau kaum hawa, muda atau tua..namun bagi kaum lelaki masalah tumit kaki kering dan pecah bukanlah perkara yang besar bagi mereka..bak kata omputeh "no big deal la bro"..gitu..

Kebiasaannya mereka takkan dapatkan sebarang rawatan selagi tidak dijangkiti kuman dan menimbulkan rasa sakit..Bagi orang lelaki pejam mata jelah setakat tumit kaki merekah ni.

TETAPI tidak bagi kaum hawa. Kecantikan dan wanita suatu ibarat kembar siam yang tak dapat dipisahkan..

Mana-mana wanita sekalipun akan rasa rimas dan tidak selesa apabila tumit kaki mereka merekah dan pecah-pecah. Pastinya wujud perasaan malu untuk berjalan-jalan dengan kaki yang sebegini. 


Cara Mudah Hilangkan Tumit Kaki Kasar, Merekah Dan Pecah-pecah

Tambah-tambah lagi kalau duduk bersimpuh kat kenduri kahwin ke ada la mulut-mulut comel yang menegurnya. Time tu cepat-cepat je kan tangan kita tarik kain nak tutup kaki tu.. Kalau pakai baju kurung ke jubah ke boleh nak sembunyi kan..Kalau pakai seluar..Hmm..tahan je la perasaan malu tu..

Bagi yang pakai stokin atau sarung kaki tu tak la rasa malukan..sebab orang  tak nampak kaki kita yang bermasalah tu. tapi tetap rasa tak best..Betul tak??

Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan, namun keadaan ini menunjukkan seseorang itu kekurangan air di dalam badan yang menyebabkan kulit di bahagian tumit dan tapak kaki menjadi kering. Mula-mula kulit akan menjadi kering dan bersisik. 

Jika dibiarkan dan tidak dirawat dengan cepat tumit ini akan mengeras dan kesudahannya akan merekah atau pecah. 

Banyak faktor yang dikaitkan dengan tumit kaki merekah ni. Antaranya ialah kurang peka dalam penjagaan kecantikan dan kebersihan diri, kulit terlalu kering, pertambahan berat badan, pemakaian produk kecantikan kulit yang tidak sesuai, dan pemilihan yang tidak tepat.

Kakak-kakak, puan-puan, adik-adik semua jangan risau ok..di sini saya nak kongsikan beberapa cara mudah dari petua nenek moyang kita bagaimana nak hilangkan tumit kaki merekah dan pecah-pecah ni..Jom kita baca lebih lanjut..


PETUA TRADISIONAL MENGATASI TUMIT KAKI PECAH DAN MEREKAH


#1 Getah Betik

Pilih betik yang tua, kemudian potong kecil-kecil. Sapukan getah betik pada tumit kaki. Gosok perlahan-lahan dan biarkan ia kering. Kemudian bilas dengan air bersih.


#2 AsamKeping @ Gelugor

Petua yang kedua ni sangat nudah kan. Rasanya ramai yang terus melompat masuk dapaur cari asam keping ni..Betul tak?? Macam mana nak buat?? 

Macam ni caranya, masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen atau baldi yang berisi air suam. Kemudian rendam kaki anda selama 20 hingga 30 minit. Boleh buat sambil tengo TV atau sambil baca whatsapps ke kan..Dikatakan asam keping ni berkesan menghilangkan tumit pecah dan bau kaki serta melembutkan kulit.


#3 Avokado

Di dalam buah avokado terdapat Vitamin E yang sangat tinggi. Vitamin E sangat bermanfaat untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit. Kisar isi buah ini sehingga hancur dan gunakannya untuk menyental tumit kaki. Biarkan ia kering selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. 

Untuk dapatkan hasil yang terbaik boleh la buat 2 kali seminggu. Tapi..tapi..buah ni susah juga nak cari kan. Saya pon tak biasa beli buah ni. Maklumlah buat luar negara kan. Manalah kita orang kampung cam saya ni pandai makan. Beli pon tak pernah kot. 


#4 Minyak Zaitun

Sebelum tidur sapukan minyak zaitun pada tumit yang bermasalah. Sebaiknya pakai stoking atau sarung kaki. Amalkan setiap hari sehingga mendapat hasil yang diinginkan. Nak cantik macam artis kena la rajin kan..Pastikan guna minyak zaitun yang asli tau..Mana aci yang dah dicampur macam2 ok..


#5 Kelapa parut

Ambil kelapa parut dan campurkan dengan sedikit garam. Buat macam scrub la kan. Gosok bahagian kaki terutama tumit yang merekah. Gosok perlahan-lahan antara 3 hingga 5 minit. 

Kemudian bilas sehingga bersih. Boleh dilakukan sambil mandi..Kekapa parut membantu melembapkan dan melicinkan kulit. Garam pula berpungsi membuang sel kulit mati. Petua yang kelima ni saya suka. 

Teringat kat mak saya di kampung. Mak saya suka sangat guna hampas kelapa sental kat satu badan..Dengan anak-anak sekali termasuklah saya disuruhnya sental satu badan bila mandi. Nak bagi kulit halus katanya..hihi


#6 Tepung Beras

Rasanya ini antara yang peling mudah untuk diamalkan. Campurkan tepung beras dengan sedikit madu. Kemudian gosok tumit kaki dengan tepung beras tadi. Buatlah sekerap yang mungkin sehingga bahagiam tumit yang merekah kembali seperti asal.


Masalahnya kita ni tak ada masa nak tenyeh benda-benda ni semua kan. Kalau rajin yang amat pun mesti ada kekangan masa nak hadap benda ni semua. Renyah bak kata orang kedah..

Jangan risau cik puan semua..meh sini saya kongsikan cara paling mudah dan dijamin berkesan untuk mengatasi tumit pecah dan merekah ni. 


Cara Mudah Hilangkan Tumit Kaki kasar, Merekah Dan pecah-Pecah Dengan Berkesan



Macam mana tu?? jeng jeng..!! Sudah tentulah rangkaian produk vitamin kegemaran saya sejak 2013 iaitu Shaklee boleh membantu mengatasi masalah tumit merekah dan pecah ni. Meh kita berkenalan dengan produk terbaik yang boleh atasi masalah tumit merekah ni. 

Untuk kesan yang maksimum dan terbaik cik puan boleh mengambil set atasi tumit merekah dan pecah ni agar tumit yang merekah dan pecah-pecah dapat diatasi dengan cepat. 

Antara rangkaian produk Shaklee yang sesuai untuk menghilangkan tumit kaki merekah dan pecah ialah;


Jom kita tengok pula apa fungsi setiap produk ni.

Vitamin E

Vitamin E berfungsi melindungi sel-sel kulit dari serangan radikal bebas yang merbahaya. Sebagai antioksidan Vitamin E mampu mengekalkan sel-sel kulit yang sihat dan licin.

Vitamin C

Vitamin C juga berfungsi melindungi kulit dari radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit. salah satu fungsi vitamin C ialah menggalakkan pembentukan kolagen. Kolagen ni sangat penting untuk kulit kita sentiasa tegang. Bila badan kita kurang kolagen sebabtu kulit jadi kering dan berkedut. 
Di dalam omega guard ada asid lemak omega-3 yang sangat penting untuk kesihatan kulit. 

Krim Herbal Blend

Krim herbal blend ni memang terbaik untuk atasi masalah tumit merekah. So lepas ni tak payah dah beli losyen yang mahal-mahal tu. Guna je krim serbaguna ni. Murah je kot..Hihi

Krim ni antara benda yang wajib ada dalam beg saya. Ke mana-mana saja saya pergi mesti saya bawa. Ke sekolah, ke kedai balik kampung sudah la tentu kan. Gatal-gatal ke kena gigit nyamuk ke terus je sapu.

Nak tahu lebih lanjut tentang krim ni boleh klik link di bawah ni:
Krim herbal blend kegemaran ramai


Inginkan vitamin untuk mengatasi masalah tumit merekah dan vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

5 comments:

  1. Info yang bermanfaat. Tahniah geng (y)

    ReplyDelete
  2. banyak petua yang dikongsikan..terima kasih banyak2..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang menarik sekali..
    Dari susah2 nak cari barang lain..
    Baik ambil supplement je senang..
    banyak masalah boleh di atasi..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete