Wednesday, March 4, 2015

Cara Berhenti Merokok Dengan Cepat Dan Berkesan Buat Selama-lamanya

Berhenti merokok merupakan suatu keputusan yang agak peribadi dan pengalaman yang berbeza kepada setiap individu. Sebahagian orang tidak menghadapi sebarang kesukaran untuk berhenti merokok, manakala sebahagian yang lain pula merasa amat sukar untuk berhenti merokok atau mengekalkan terus tidak merokok. Di dalam entri ini saya akan kongsikan pengalaman seorang perokok tegar yang berhenti rokok selepas menemui cara berhenti merokok yangcepat dan berkesan buat selama-lamanya.
Cara Berhenti Merokok Dengan Cepat Dan Berkesan Buat Selama-lamanya
Ramai daripada kalangan perokok yang ingin berhenti merokok
mengharapkan sesuatu ubat ajaib yang mampu menyembuhkan
ketagihan mereka terhadap rokok. Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada perokok iaitu 80% berjaya berhenti merokok dengan daya usaha mereka sendiri.


Kenapa seorang perokok mesti membuat keputusan untuk berhenti merokok?
Mengetahui semua sebab-sebab untuk berhenti merokok akan
mendorong perokok lebih bersemangat untuk berjaya. Terdapat banyak sebab untuk menjadi bukan perokok. Antaranya ialah:

• Hidup lebih lama
Satu daripada dua perokok akan mati lebih awal oleh kerana
penyakit yang berkait dengan merokok. Merokok membunuh hampir 5,000 rakyat Malaysia setiap tahun.


• Mengindari racun
Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50
daripadanya boleh menyebabkan kanser.

• Mencegah penyakit
Terdapat 40 jenis penyakit yang dikaitkan 
dengan merokok. Kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit bronkitis kronik, strok dan ulser perut adalah sebahagian daripada
penyakit-penyakit berbahaya yang boleh dicegah dengan tidak
merokok.

• Lebih sihat
mereka yang tidak merokok jarang mengalami batuk-batuk, selsema, jangkitan paru-paru dan penyakit pernafasan yang lain
berbanding dengan golongan perokok.

• Kulit yang lebih sihat
Merokok mengakibatkan kulit tidak mendapatkan bekalan oksigen yang mencukupi, oleh itu sel-sel baru tidak dapat
membentuk dengan sempurna. Perokok biasanya cepat beruban, kulit tidak berseri dan cepat berkedut terutamanya di bahagian keliling mata dan mulut.


• Nafas yang lebih segar
Nafas anda akan lebih segar dan tidak berbau busuk apabila anda berhenti merokok.

• Gigi yang lebih putih
Merokok mengotorkan gigi anda. Ia menyebabkan gigi anda
berwarna kuning berkarat dan menjejaskan senyuman anda.

• Rambut dan pakaian tidak berbau busuk
Asap rokok meninggalkan kesan bau busuk pada rambut dan
pakaian anda. Anda akan dapat merasakan perbezaannya apabila anda berhenti merokok.

• Melindungi orang lain
Apabila anda merokok, orang yang berada di sekeliling anda turut sama menyedut asap rokok yang datang dari rokok yang anda hisap. Ini dinamakan merokok secara pasif. Ia boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit salur pernafasan dan penyakit lelah di kalangan bukan perokok ini. Merokok secara pasif adalah berbahaya ke atas kanak-kanak.


• Menjadi teladan yang baik
Sekiranya anda mempunyai anak, anda menjadi contoh ikutan atau ‘role model’ kepada anak-anak anda. Kanak-kanak lebih cenderung untuk merokok sekiranya salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka merokok.

• Anak-anak lebih sihat
Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa yang merokok adalah lebih kerap menghidapi penyakit salur pernafasan seperti pneumonia, jangkitan telinga dan lain-lain. Mereka juga lebih kerap mengalami gangguan iritasi pada mata, hidung, tekak dan mudah mendapat gejala pernafasan kronik seperti batuk dan kahak.


Menjimat wang
Sekotak rokok harga lebih kurang RM13. Bagi perokok tegar sekotak rokok hanya boleh tahan paling lama pon dua hari. Jadi seminggu kita ambil 3 kotak. Sebulan 12 kotak. Jom kita buat kira-kira.

RM13 x 3 kotak = RM39 
Seminggu seorang perokok akan habiskan duit sebanyak RM39 untuk rokok sahaja. Kalau sebulan?

RM39 x 4 minggu = RM156. Sebulan perokok menghabiskan duit gajinya sebanyak RM156. Bayangkan dengan duit sebanyak ini macam-macam kita boleh beli. Kalau bagi sedekah dapat pahala. Hisap rokok apa yang dapat?? Sakit dapat dosa pon dapat.

Macam mana pulak dengan setahun???
RM156 x 12 bulan = RM1872..Waaaa banyaknya duit yang dibazirkan semata-mata untuk menghidap rokok.

Kalau 5 tahun???
RM1872 x 5 tahun = RM9360. Cuba bayangkan dengan duit yang hampir 10K ini boleh pergi umrah, boleh simpan buat belanja haji, boleh buat bayar downpayment beli kereta baru dan banyak lagi kan..Fikir-fikirkanlah..Tepuk dada tanya iman..

APA YANG TERKANDUNG DI DALAM ROKOK?

• Nikotin - meningkatkan denyutan nadi, membuat jantung bekerja lebih kuat
• Karbon monoksida - mengurangkan bekalan oksigen ke jantung untuk meneruskan kerja-kerjanya.
• Tar - menyumbat paru-paru yang kebanyakannya merupakan bahan penyebab kanser.
• Fenol - melumpuh dan memusnahkan lapisan saluran udara yang berbulu.
• Bahan-bahan kimia perengsa menyebabkan "batuk perokok".

APA YANG TERKANDUNG DI DALAM ASAP JALURAN SISI?
• 3-5 kali ganda gas karbon monoksida dan 4 kali ganda lebih banyak kandungan bahan tar dan nikotin berbanding dengan asap bertapis daripada rokok.
• Lebih dari 100 jenis bahan kimia merbahaya yang boleh membawa kerosakan pada paru-paru dan bahan fenol boleh menyebabkan kanser.
• Habuk-habuk halus boleh sampai jauh ke dalam paru-paru perokok pasif.
Cara Berhenti Merokok Dengan Cepat Dan Berkesan Buat Selama-lamanya

RISIKO PEROKOK

Kanser: 30% dari semua kes kematian akibat kanser adalah disebabkan merokok. Perokok didapati 25% lebih mudah mendapat kanser paru-paru berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

• Serangan jantung: Perokok mempunyai risiko 3 kali ganda untuk mendapat serangan jantung.

• Strok dan nyanyuk: Perokok mempunyai risiko 2½ kali ganda mendapat strok dan 1½ kali ganda menjadi nyanyuk berbanding dengan bukan perokok. Bagi wanita yang mengambil pil perancang keluarga dan merokok, risiko mendapat strok adalah lebih tinggi.

• Penyakit paru-paru: Kematian akibat bronkitis dan emfisema adalah 10 kali ganda lebih tinggi di kalangan perokok.

• Mengandung: Merokok dikaitkan dengan kemandulan, kehamilan ektopi dan keguguran. Merokok meningkatkan risiko lahir mati dan kematian bayi sebanyak 33%. Ibu yang merokok berisiko melahirkan anak yang kurang berat badan.

• Osteoporosis: Merokok di kalangan wanita yang telah putus haid menjadikan tulang pinggul mereka lebih mudah patah.

• Keseksualan lelaki dan pembiakan: Merokok boleh memandulkan seseorang lelaki kerana ia mengurangkan bekalan darah yang mengalir ke kemaluannya dan mengurangkan ketumpatan air mani (sperma) dan pergerakannya.

• Gangguan pada gigi, kulit dan rambut: Perokok lebih mudah mendapat masalah gigi, kelihatan lebih tua, berisiko menjadi botak dan rambut beruban lebih awal.


Faedah yang Diperolehi Sebaik Sahaja Berhenti Merokok

Selepas beberapa jam, sistem peredaran darah akan mulai bersih daripada bahan nikotin. Dalam tempoh dua hari hasil sampingan bahan nikotin akan lenyap dari badan.

Selepas 6 jam, nadi akan menjadi perlahan ke paras yang lebih normal, dan tekanan darah akan menurun sedikit, Ini amat baik untuk jantung anda.

Selepas 24 jam, karbon monoksida iaitu suatu gas beracun akan mula lenyap dari tubuh, membolehkan lebih banyak oksigen diserap oleh sel-sel tubuh. Paru-paru anda akan dapat berfungsi dengan baik.

Selepas 2 hari, deria rasa pada lidah akan bertambah baik. Anda akan dapat menikmati kelazatan makanan lebih dibandingkan semasa anda merokok. Deria menghidu akan pulih seperti sediakala. Gigi, rambut, jejari, pakaian dan nafas anda akan menjadi lebih bersih.

Selepas beberapa minggu, silia dalam saluran pernafasan yang berfungsi membersihkan bahan-bahan kotoran seperti habuk, debu dan sebagainya akan kembali pulih dan dapat berfungsi dengan lebih baik.

Selepas 2 bulan, peredaran darah keseluruh tubuh terutama ke bahagian periferi seperti jejari tangan dan kaki menjadi lebih efisyen.

Selepas 3 bulan, kedua-dua lelaki mahupun wanita lebih subur.


Bahan-bahan beracun yang terdapat di dalam sebatang rokok merupakan radikal bebas yang menyebabkan DNA yang terdapat di dalam badan manusia menjadi rosak. DNA terdiri daripada sel-sel.

Radikal bebas apabila masuk ke dalam badan akan bertindak balas terhadap sel-sel tubuh. Di mana ia akan menukarkan sel menjadi sel-sel rosak. Sel-sel rosak inilah yang disebut sebagai mutasi. Sel yang rosak ini akan meningkatkan risiko pelbagai penyakit seperti kanser, jantung, strok dan sebagainya. 

Jadi bagi seorang perokok sel-sel di dalam badan mereka telah rosak dan mereka berisiko mendapat penyakit seperti yang disebut di atas.

Jom kita saksikan video pendek ini perkongsian dari Encik Uzir seorang perokok tegar yang telah merokok bermula usia 14 tahun. Akhirnya beliau menemui cara yang cepat dan berkesan untuk berhenti merokok buat selama-lamnya.


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Bagaimana Vivix Shaklee berfungsi menghilangkan ketagihan merokok bagi seorang perokok??
  • Vivix Shaklee berfungsi dalam membaik pulih sel-sel DNA yang telah rosak akibat radikal bebas yang terdapat di dalam rokok. Vivix akan membantu badan seseorang itu menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Vivix akan menyebabkan seorang perokok merasa tawar apabila merokok, nikmat merokok yang dialami selama ini sudah hilang. Ini menunjukkan sel-sel badan anda yang merokok sudah kembali normal secara tidak langsung badan akan menolak untuk merokok.
  • InsyaAllah dengan pengambilan Vivix secara konsisten dan berterusan selama 2 minggu anda mampu mengubah hidup menjadi lebih sihat dan bertenaga dengan berhenti merokok buat selama-lamanya. apala

Di sini saya juga ingin berkongsi TESTIMONI (PENGAKUAN) pengguna yang merasa terkesan dengan kehebatan VIVIX Shaklee ini.

Cara Berhenti Merokok Dengan Cepat Dan Berkesan Buat Selama-lamanya


Cara Berhenti Merokok Dengan Cepat Dan Berkesan Buat Selama-lamanya

So apa tunggu lagi..Pilihlah yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan anda..!! Shaklee adalah pilihan saya. Shaklee di hatiku for ever..


Dapatkan penjimatan berganda untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli.. 

JOM DAFTAR AHLI SEKARANG!!!


Anda akan mendapat potongan sehingga 15-30% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee..Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran keahlian Shaklee anda boleh terus menghubungi saya sebagaimana maklumat di bawah ini.


Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.

Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut: 


#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur 
#2 konsultasi percuma secara berterusan 
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli 



 "produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan untuk memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kehidupan kita."


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal
Email: akmal.rusdi@yahoo.com
H/P no: 0139279846 (Whatsapps/Telegram)
ID Shaklee: 1074356
Blog: http://akmalrusyd.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/myhealthynutrition 
Facebook: https://www.facebook.com/akmal.mujahid
COD: Pontian-Simpang Renggam-Rengit 
Pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

No comments:

Post a Comment