Sunday, September 21, 2014

Manfaat Saderi (Celery) Untuk Kesihatan

Manfaat Saderi (Celery) Untuk Kesihatan
Saderi adalah sejenis sayuran yang tergolong dalam keluarga Apiaceae. Tangkainya yang rangup memang enak dimakan mentah dan dijadikan snek kerana kalorinya yang rendah. Saderi daun atau nama botaninya ialah Apium Graveolens Varieti Secalinum Alef. Di Malaysia lebih dikenali sebagai daun sup. Aromanya yang mengasyikkan memang menjadi bahan masakan utama di kalangan rakyat Malaysia terutama di dalam hidangan berasakan sup.

Di kawasan paya beriklim sederhana seperti di Benua Eropah dan Asia, saderi tumbuh meliar. Manakala di kawasan tropika , saderi ditanam atas tanah tinggi kawasan tanah pamah. Tangkai atau batang saderi kebiasaannya berwarna hijau muda dan hijau tua. Ada juga yang berwarna putih mengikut baka dan usia. Daunnya pula berwarna hijau muda, hijau tua dan juga kuning.

Manfaat Saderi

Masyarakat Yunani kuno menggunakan saderi untuk menghasilkan wain. yang mana wain ini akan dihidangkan pada sukan olahraga sebagai anugerah/hadiah.
Berdasarkan kajian yang dijalankan terdapat pelbagai manfaat saderi untuk kesihatan kita. 
Manfaat Saderi (Celery) Untuk Kesihatan
Saderi mengndungi kalium (potassium), asid folik, fosforus, kalsium, karbihidrat, protein, serat pemakanan (fiber dietary), vitamin A, vitamin b-kompleks, vitamin C dan vitamin E. Di dalam daun saderi terdapat mineral seperti kalsium, besi, natrium dan kalium yang lebih bnayak berbanding tangkainya. Setiap 100gram saderi mnyediakan 1.6 gram serat.

Amalan memakan saderi dipercayai mampu mengurangkan masalah arteri yang tersumbat akibat pengumpulan kolesterol. Saderi kaya dengan sumber antioksidan. Sayuran ini juga mengnadungi fitonutrien (phytonutrient) seperti asid fenolik, flavonols, dihydrostilbenoids, flavones, furanocoumarins , dan phytosterols.

Daun saderi yang direbus dan diminum boleh digunakan untuk merawat demam denggi, tekanan darah tinggi, kekejangan otot, sakit sendi, masalah angin dalam perut dan sakit perut.

Saderi daun juga dikatakan boleh membantu merangsang pembuangan air kecil dan juga melancarkan haid. Caranya potong kecil daun saderi dan tuang air panas mendidih dan tambahkan sedikit gula untuk memberi rasa manis. Minum 3 sudu besar sebanyak tiga kali sehari.

Air rebusan saderi yang dicampur susu boleh membantu mengatasi batuk, athma dan menghilangkan kahak di dalam paru-paru dengan meminumnya semasa perut kosong. Dipercayai juga daun saderi yang dimakan mentah boleh membantu merangsang aktiviti sistem saraf.
Manfaat Saderi (Celery) Untuk Kesihatan
Teh yang dihasilkan daripada biji saderi dipercayai boleh menjadi penawar masalah artritis, sakit sendi (rheumatism), membantu buah pinggang mengeluarkan sisa bahan daripada tubuh badan (detoksifikasi) dan mengatasi masalah kulit. Saderi juga boleh membnatu mengatasi penyakit gout di mana asid urik yang berlebihan dikeluarkan melalui ginjal dengan rangsangan sebatian kimia yang terdapat di dalam biji saderi.

Biji saderi juga dikatakan digunakan untuk mengatasi jangkitan pada pundi kencing. Bijinya juga digunakan sebagai pencuci darah dan amat baik untuk merawat penyakit artritis. manakala akar saderi boleh diminum untuk merawat gout, artiritis dan baik untuk sistem saraf. akar dan  daunnya juga amat baik untuk melancarkan sistem penghadaman dengan meminumnya selepas sarapan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Walaubagaimanapun anda dinasihatkan merujuk doktor dan pemgamal perubatan sebelum menggunakannya.

RUJUKAN:
Majalah Mingguan Wanita, BIL:1561, 18-24 OKTOBER 2013

2 comments:

  1. Suka letak daun seleri ni dalam masakan memang bau wangi rupanya banyak khasiat juga :)

    ReplyDelete
  2. Selepas makan saderi badan jadi gatal2.

    ReplyDelete