KANDUNGAN PEPPERMINT GINGER PLUS DAN MANFAATNYA

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
Mari kita baca apa kandungan yang terdapat di dalam PEPPERMINT GINGER PLUS dan manfaat serta fungsinya untuk kesihatan kita:

#1 PUDINA - 
melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam masalah penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pegih ulu hati dan cirit-birit. 

Selain itu, ia dapat melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan kesan daripada rawatan kemoterapi. Pudina merangsang penegeluaran peluh. 

Oleh itu, ia mampu menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema. Rasa sejuk (mint) dan segar daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan lebih fokus.
daun pudina/mint
Daun pudina/mint

#2 HALIA - 
Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun dahulu. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. 

Ia membantu melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit ketika haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).

Satu kajian di United Kingdom telah menunjukkan bahawa halia membantu menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita. Manakala penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan membantu merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan.

Halia juga membantu menurunkan tekanan darah. Ini kerana halia merangsang pelepasan hormon adrenalin dan memperlebar pembuluh darah. Kesannya darah mengalir lebih cepat dan lancar serta memudahkan jantung mengepam.

Klik MANFAAT HALIA untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.
garlic
Halia dalam bahasa Arab Zanjabil

#3 POKOK ADAS/JINTAN MANIS (FENNEL) -
Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia membantu melegakan sakit perut dan gejala flu (demam). 

Pokok adas atau lebih dikenali sebgai jintan manis oleh orang Malaysia dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus. Fennel atau nama saintifiknya Foeniculum vulgare miller juga dapat membantu memudahkan penyerapan makanan dan melegakan senak perut.
Fennel atau pokok adas

#4 ANISE (JINTAN HITAM) 
anise atau jintan hitam adalah tumbuhan berbunga dalam keluarga Apiaceae berasal dari wilayah timur Mediterranean dan Asia Barat Daya. Rasanya mempunyai beberapa persamaan dengan pokok adas dan tarragon.

anise seed
Di Timur Tengah, secawan air direbus bersama-sama kira-kira sata sudu jintan hitam/anise seed untuk dibuat teh panas khas dipanggil yansoon.

Teh ini akan diberikan kepada ibu-ibu di Mesir apabila mereka menyusukan anak.

Antara kebaikan anise ialah membantu melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 

Ia juga membantu merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit, melegakan haba di musim panas dan lembap, membantu peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

Anda berminat untuk mendapatkannya? Anda boleh membeli sendiri dengan menggunakan kad kredit @ kad debit. Hanya klik link di bawah dan ikut langkah seterusnya.

Beli PEPPERMINT GINGER PLUS di sini


"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal:

H/P no: 0139279846
ID Shaklee: 1074356

Comments