RAHSIA HALIA (ZANJABIL)



Halia merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah dalam masakan orang Asia.

Halia sudah tidak asing lagi bagi kita, baik sebagai ramuan masakan mahupun ubat-ubatan.

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Insan (76:17) yang bermaksud:
" Dan mereka di dalam Syurga itu diberi minum sejenis minuman yang campurannya draipada Zanjabil"

KANDUNGAN HALIA

Sifat khas halia disebbakan adanya minyak atsiri yang menghasilkan aroma harum dan kandungan oleoresin yang memberikan rasa pedas. Minyak atsiri dapat diperolehi daripada rizom halia kering. Ekstrak minyak halia berbentuk  cairan kental berwarna kuning kehijauan, berbau harum tetapi tidak memiliki komponen pembentuk rasa pedas. Kandungan minyak atsiri dalam halia kering sekitar 1-3&. Halia banyak mengandungi komponen pembentuk rasa pedas.

Menurut kitab-kitab perubtan Islam, hakia (zanjabil) dapat mengatsi masalah kelemahan kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru-paru, angin dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan dalam badan.

Sejak dahulu halia digunakan sebagai ubat, ramuan masakan dan keperluan lain. Halia dapat merangsang kalenjar pencernaan, baik untuk membangkitkan nafsu makan dan pencernaan.

Halia yang digunakan sebagai ramuan dalam masakan berkhasiat untuk menambah nafsu makan, memperkuatkan rusuk dan membaiki pencernaan Hal ini kerana teransangnya selaput lendir perut besar dan usus oleh minyak atsiri daripada halia.

Minyak halia yang berbua harum dan berkhasiat mencegah serta mengubati mual dan muntah, misalnya mabuk kenderaan atau alahan wanita yang hamil. Rasanya yang tajam merangsang nafsu makan, memperkuat otot usus, membantu mengeluarkan gas usus serta membantu fungsi jantung.


Dalam pengubatan tradisional Asia, halia digunakan untuk mengubati selesema, batuk, cirit-birit dan penyakit radang  sendi tulang.

MANFAAT HALIA

Berdasarkan kajian yang dijalankan, telah membuktikan secara ilmiah manfaat halia, antaranya ialah:

#1 Menurunkan tekanan darah
halia merangsang pelepasan hormin adrenalin danm memperlebar pembuluh darah. Akibatnya darah mengalir lebih cepat dan lancar serta memudahkan jantung mengepam daarh.

#2 Membantu proses pencernaan
halia mengandungi enzim pencernaan kiaitu protease dan lipase yang berfungsi mencerna protein dan lemak.

#3 Mencegah pengumpulan darah
Halia dapat mencegah tersumbatnya pembuluh darah yang menyebabkan terjadinya penyakit strok dan serangan jantung. Zat halia juga dikatakan dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.

#4 Mencegah mual
Halia mampu menyekat serotonin, iaitu tindak balas kimia yang dapat menyebabkan perut memulas sehingga timbul rasa mual.

#5 Mengeluarkan angin
Membuat perut menjadi selesa, meringankan ketegangan perut dan membantu mengeluarkan angin.

#6 Mengandungi antioksidan
Membantu meneutralkan kesan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dalam tubuh.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.t

   

Comments