Berdasarkan stastistik kaum lelaki lebih berisiko menghidapi penyakit jantung, strok dan kanser tertentu seperti paru-paru, kolon dan prostat berbanding wanita.
Ramai golongan lelaki hari ini yang berumur sekitar 30-an dan 40-an meninggal dunia akibat serangan jantung atau sakit jantung.
Kaum Adam juga lebih mudah terdorong untuk merokok, minum minuman keras, membuat minuman keras, membuat keputusan dan pilihan yang tidak sihat atau berisiko, liat untuk buat pemeriksaan kesihatan dan juga rawatan kesihatan.
Daripada fakta ini kaum lelaki disarankan memberi perhatian yang lebih terhadap kesihatan. Ada 5 tips penting yang boleh diamalkan oleh kaum lelaki untuk kekal cergas dan sihat.
Jadi orang lelaki kena cari masa untuk bersantai, atau buat perkara yang boleh menenangkan diri dan fikiran. Tekanan yang melampau boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Cuba elakkan perkara yang boleh memberikan tekanan.
Waktu tidur yang tidak menentu juga boleh menggangu tahap kesihatan dan kecergasan badan seseorang tak kiralah lelaki atau perempuan. Jadi pentingnya kita semua tidur awal supaya badan kita kekal cergas dan sihat serta dapat mengelakkan penyakit.
Bukan sahaja sangat membantu untuk membakar lemak senaman kardio juga boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan metabolisme, menguatkan sendi, meningkatkan tahap oksigen dalam badan, sekali gus merangsang peredaran darah dan menguatkan otot.
Senaman bukan sahaja penting untuk kesihatan fizikal malah juga sangat penting untuk kesejahteraan emosi kita. So jangan malas nak buat senaman tau.
Kita tahu punca utama penyakit yang berlaku hari ini adalah akibat pemakanan yang tidak seimbang dan diet yang tidak sihat. Jadi makan makanan yang sihat mengurangkan risiko badan kita mendapat penyakit.
Bagi saya tips ini juga terpakai untuk kaum Hawa yang nak kekalkan kesihatan dan kecergasan mereka. Jangan ada rasa penat atau jemu untuk menjaga kesihatan kita. Hargailah nikmat kesihatan yang Allah berikan.
Sebagai orang Islam menjaga kesihatan adalah suatu amanah yang perlu kita tunaikan dengan penuh tanggungjawab. Islam amat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat. Akal sihat berada pada tubuhn badan yang sihat.
Ramai golongan lelaki hari ini yang berumur sekitar 30-an dan 40-an meninggal dunia akibat serangan jantung atau sakit jantung.
Kaum Adam juga lebih mudah terdorong untuk merokok, minum minuman keras, membuat minuman keras, membuat keputusan dan pilihan yang tidak sihat atau berisiko, liat untuk buat pemeriksaan kesihatan dan juga rawatan kesihatan.
Daripada fakta ini kaum lelaki disarankan memberi perhatian yang lebih terhadap kesihatan. Ada 5 tips penting yang boleh diamalkan oleh kaum lelaki untuk kekal cergas dan sihat.
Menguruskan tekanan dan tidur awal
Kebiasaan orang lelaki ni lebih cenderung untuk menyembunyikan perasaan mereka berbanding kaum wanita. Cara orang lelaki meluahkan perasaan mereka tidak sama dengan wanita.Jadi orang lelaki kena cari masa untuk bersantai, atau buat perkara yang boleh menenangkan diri dan fikiran. Tekanan yang melampau boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Cuba elakkan perkara yang boleh memberikan tekanan.
Waktu tidur yang tidak menentu juga boleh menggangu tahap kesihatan dan kecergasan badan seseorang tak kiralah lelaki atau perempuan. Jadi pentingnya kita semua tidur awal supaya badan kita kekal cergas dan sihat serta dapat mengelakkan penyakit.
Buat pemeriksaan kesihatan secara berkala
Perkara yang sangat penting tetapi ramai yang malas nak buat kan. Sebab apa? Sebab kita rasa badan kita sihat je kan. Jangan ambil mudah ye. Berapa ramai orang muda mati mengejut akibat serangan jantung.Jangan merokok
Semua tahu merokok ni sangat bahaya untuk kesihatan. Tapi ramai juga yang dok merokok kan. Merokok menjadi punca pelbagai penyakit. Manusia ni selagi tak sakit selagi tu la dia merokok.Bersenam dan kekalkan berat ideal
Antara senaman yang oleh dilakukan ialah senaman kardio. Senaman ini sangat efektif untuk menurunkan berat badan.Bukan sahaja sangat membantu untuk membakar lemak senaman kardio juga boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan metabolisme, menguatkan sendi, meningkatkan tahap oksigen dalam badan, sekali gus merangsang peredaran darah dan menguatkan otot.
Senaman bukan sahaja penting untuk kesihatan fizikal malah juga sangat penting untuk kesejahteraan emosi kita. So jangan malas nak buat senaman tau.
Jaga pemakanan
Tak kira lelaki atau perempuan diet seimbang amatlah penting untuk kekal cergas dan sihat. Cara paling mudah nak sihat dan kurus adalah makan sayur dan buah banyak-banyak. Setiap hari amalkan pemakanan yang kaya dengan fito nutrien, serat, lemak yang baik dan asid amino.Kita tahu punca utama penyakit yang berlaku hari ini adalah akibat pemakanan yang tidak seimbang dan diet yang tidak sihat. Jadi makan makanan yang sihat mengurangkan risiko badan kita mendapat penyakit.
Bagi saya tips ini juga terpakai untuk kaum Hawa yang nak kekalkan kesihatan dan kecergasan mereka. Jangan ada rasa penat atau jemu untuk menjaga kesihatan kita. Hargailah nikmat kesihatan yang Allah berikan.
Sebagai orang Islam menjaga kesihatan adalah suatu amanah yang perlu kita tunaikan dengan penuh tanggungjawab. Islam amat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat. Akal sihat berada pada tubuhn badan yang sihat.
test
ReplyDeleteFail pada pengurusan tidur awal dan jaga berat badan hahaha :D
ReplyDelete