Zink Penting Untuk Rambut, Kuku dan Kulit Yang Sihat

Keadaan rambut, kuku dan kulit boleh menjadi kayu ukur atau petanda badan kita kekurangan nutrien penting seperti zink. Zink sangat penting kerana ia berfungsi dalam penghasilan dan replikasi DNA, juga penting untuk menghasilkan jumlah keratin yang sihat. 

Apa benda keratin ni?
Keratin ni sejenis protein yang memberi kekuatan, struktur dan ketahanan sebagai perlindungan terhadap kerosakan yang berlaku pada rambut, kuku dan juga kulit.


Maka, pengambilan makanan yang kaya dengan protein dan juga zink dalam diet harian amatlah penting untuk memastikan rambut, kuku dan kulit kita sentiasa sihat dan kuat.

Gejala Kekurangan Zink

Apa berlaku bila badan kita tak cukup zink? Antara gejala yang boleh kita nampak dengan mata apabila badan kekurangan zink ialah:
  • Kuku yang rapuh, pecah atau retak dan bertompok-tompok.
  • Rambut kasar, rapuh, menjadi nipis dan berkelemumur.
  • Kulit berjerawat, eczema dan berbintik merah.
Jom kita tengok apa pula fungsi dan manfaat zink untuk rambut, kuku dan kulit.

Zink Penting Untuk Rambut Yang Berkilau

95% rambut kita adalah keratin. Seiring dengan peningkatan usia kita akan mengalami kehilangan keratin. Ini menyebabkan pelbagai masalah seperti akar umbi rambut menjadi lemah, rambut kering dan mudah putus terutamanya ketika menggunakan sikat atau produk penggayaan rambut.

  • Zink menyokong dan memperbaiki pertumbuhan tisu rambut untuk pembaharuan dan replikasi sel yang lebih cepat.
  • Zink memastikan kelenjar minyak di sekitar folikel rambut berfungsi dengan normal.
  • Zink berfungsi sebagai stor simpanan histamina bagi mengurangkan kerengsaan dan keradangan kulit kepala akibat penggunaan produk rambut.

Zink Penting Untuk Kuku Sihat Dan Kuat

Kuku kita terdiri daripada sejenis sel yang terhasil dan dibahagikan dengan cepat. Pembahagian sel yang sihat menggalakkan pertumbuhan kuku yang sihat. Jadi kita memerlukan nutrien seperti zink untuk membentuk sel yang sihat.

  • Zink penting dalam tindakbalas enzim yang menggalakkan pembahagian sel yang sihat supaya kuku kita dapat tumbuh dengan panjang dan lebih sihat.
  • Zink membantu dalam penghasilan semula sel untuk mengganti sel-sel yang telah rosak di bahagian dasar kuku supaya kuku kita menjadi lebih kuat dan sihat.

Zink Untuk Kulit Lebih Cantik Dan Awet Muda

Lapisan luar kulit kita mempunyai lima kali lebih banyak zink daripada lapisan lain. Zink berfungsi sebagai antioksida. Ia membantu mencegah kerosakan serius yang berlaku pada kulit berpunca daripada sinaran UV dan bahan asing lain.


  • Zink membantu dalam penyembuhan luka dan penghasilan semula kulit yang lebih sihat.
  • Zink mengandungi sifat anti-radang untuk melegakan kulit, mencegah jerawat.
  • Zink membantu dalam penghasilan kolagen untuk kulit yang anjal dan tegang.

Jadi boleh check kat badan masing-masing ada tak tanda-tanda kita kekurangan zink. Kalau ada meh cepat-cepat ambik Zinc Plus Shaklee. 

Bulan ni Zink Plus Shaklee ada promosi tau. Beli satu percuma satu. Sebotol ada 120 biji yang berharga RM56.25. Rugi sangat siapa tak grab Zinc Plus bulan ni. Bukan senang nak dapat benda free ni kan. 


Banyak rupanya manfaat Zinc ni kan. Zinc Plus Shaklee ni murah sangat tapi power tau. Yang ada jerawat teruk boleh juga ambik Zinc Plus Shaklee. Jangan lupa ambik suplemen zink untuk rambut sihat berkilau, kuku kuat dan kulit cantik.

Ada yang berminat nak beli Zinc Plus Shaklee? Boleh hubungi saya di nombor yang tertera di bawah ye.

-------------------------
With love 💖💖💖,
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
+6013-9279846
https://akmalrusdi.wasap.my/
(Pengedar Shaklee Pontian dan Seluruh Malaysia)

Disclaimer:
"Produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit. Ia hanyalah supplemen iaitu vitamin (makanan tambahan) untuk memberikan kita kesihatan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih berkualiti."

Comments