Hari ini semakin ramai rakyat Malaysia yang sedar kepentingan pengambilan suplemen minyak ikan. Kita tahu minyak ikan ialah sumber omega 3 yang terbaik yang mengandungi DHA dan EPA. Garis panduan diet menyarankan kepada kita supaya mengambil 2 hingga 3 hidangan ikan setiap minggu. Terutamanya ikan berlemak dari air sejuk.
Tapi apa yang menjadi kerisauan kita ialah sesetengah minyak ikan mengandungi bahan kimia yang bertoksik yang tinggi. Sebab tu la penting sangat kita piloh dan beli minyak ikan yang selamat, terbukti dan berkesan.
Ramai yang salah anggap bahawa minyak ikan yang ada di pasaran semuanya sama je. Sangat salah bagi yang fikir macam ni. Tak sama ye walaupun namanya minyak ikan. Kita ambik minyak ikan sebab nak badan sihat kan. Tapi kalau dah minyak ikan pun ada bahan kimia bertoksik macam mana badan kita akan sihat.
Mula-mula mungkin akan rasa sihat. Dalam masa yang panjang kita pengambilan minyak ikan bertoksk ni pastinya akan memberi kiesan negatif kepada tubuh badan kita. Betul tak? Tolonglah jangan perjudikan kesihatan kita sebab nak harga yang lebih murah. Jangan juga percaya cakap-cakap orang atau beli sesuatu produk sebab yang jadi duta tu artis feveret korang.
4 Ciri Minyak Ikan Yang Berkualiti Tinggi
Oklah tak nak bebel banyak-banyak. Kat sini saya nak kongsi 4 ciri penting yang perlu korang take note bila nak beli suplemen minyak ikan. 4 je tak banyak pun. Check it out.1. Syarikat yang berkualiti
Tidak semua minyak ikan adalah sama. Carilah dan pilihlah syarikat yang boleh dipercayai. Dan tengok juga sejarah pengeluaran produknya macam mana. Berkualiti ke tidak. Jadi korang kena buat homework la sikit. Kena studi dulu supaya apa yang korang beli tu berbaloi.2. Ketulenan Yang Dipertingkatkan dengan Penyulingan Molekul Tiga Peringkat
Untuk memastikan ketulenan dan keselamatan,ia melalui proses penyulingan molekul untuk menyingkirkan pencemaran laut yang berbahaya. Walaubagaimanapun, penyulingan molekul tunggal tidak dapat mengeluarkan semua bahan cemar dan logam berat. Untuk memastikan ketulenan, kepekatan minyak ikan yang tinggi, selamat untuk pengambilan dan juga mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan, penyulingan berperingkat perlu dijalankan sebanyak tiga kali.
Pilihlah suplemen minyak ikan yang dihasilkan melakui proses penyulingan tiga peringkat. Tak banyak syarikat yang sanggup menghasilkan minyak ikan melalui penyulingan 3 peringkat. Biasanya satu atau 2 sahaja kerana ia melibatkan kos. Tapi ada je syarikat yang menghasilkan minyak ikan melalui proses penyulingan sehingga 3 peringkat.
3. Sumber dari Ikan Kecil
Semakin tinggi rantaian makanan, semakin besar ikan, semakin tinggi kandungan logam berat kerana ia makan beribu-ribu ikan kecil, mengumpul toksin sepanjang jangka hayatnya. Selain itu, ikan kecil mempunyai pengumpulan toksin yang rendah dan mengandungi sejumlah besar asid lemak omega-3.
Kebanyakan produk minyak ikan yang ada di pasaran memperolehi asid lemak omega-3 dari ikan yang diternak di mana ikan ini memperolehi omega-3 dari makanan ikan yang terdiri daripada ikan bilis atau lain-lain jenis ikan kecil.
Ada je syarikat yang mendapatkan sumber minyak ikan dari ikan kecil. Jadi piilhan di tangan korang. Pilihlah yan terbaik demi kesihatab kita dan kelangsungan hidup ikan-ikan di laut.
4. Jaminan Kelangsungan
Ikan adalah penting dalam pemakanan kita. Kita harus memastikan sumber minyak ikan yang baik adalah mencukupi untuk masa hadapan. Sebuah syarikat yang bertanggungjawab akan memberi perhatian terhadap saiz populasi dan had tangkapan serta mengelakkan penangkapan ikan pada musim pembiakan untuk memastikan bekalan jangkamasa panjang sentiasa mencukupi.
Jadi carilah suplemen minyak ikan dari syarikat yang mendapat pengiktirafan friends of the sea. Pengiktirafan ini akan diperoleh jika mematuhi syarat yang ditetapkan iaitu hanya menangkap ikan di kawasan yang sesuai dan terpilih sahaja dan tidak menangkap ikan yang sedang bertelur (membiak).
Syarikat sebegini bukan hanya menghasilkan produk untuk keuntungan jangka pendek malah sangat mementingkan supaya sumber ikan ini wujud berterusan dan kekal berpanjangan untuk dinikmati oleh kita sehingga akhir hayat.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua. Yang nak beli minyak ikan jangan lupa 4 ciri ini ye. Terima kasih.
AJO_QQ poker
ReplyDeletekami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandarQ
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
-bandar 66
-perang baccarat (new game )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
PROMO MENARIK
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) |
Whatshapp : +855969190856