Butik Pakaian Muslimah Atas Talian Patuh Syariah

Zaman semakin berubah dengan teknologi yang semakin canggih, banyak platform atas talian yang wujud untuk memudahkan kita membeli barang tanpa perlu keluar dari rumah.

Saya juga tidak terkecuali suka membeli secara online terutama baju dan tudung. Jadi kat sini saya nak kongsikan satu platform yang boleh korang beli pakaian muslimah iaitu muslimah clothing couture (MCC). Boleh layari website rasminya www.muslimahclothing.com

Ini adalah logo rasmi MCC

Saya mula terjebak dengan MCC ni pada tahun 2017. Sebelum tu dok usha-usha je produk dia kat FB. Masa tu dok rasa harga dia mahal gila. Nak beli pun tak sanggup. Padahal standard la harga macam tu. Akhirnya terbeli juga baju kurung moden pada tahun 2017 tu.

Saya yang pakai tudung maroon tu. Inilah baju pertama yang saya beli dari MCC. Cantikkan.

Baju kurung ni bagi saya nampak cantik sangat. Kalau tak cantik takkan saya beli kan. Hihihi. Memang suka sangat pakai baju ni. Material kain dia pun best. Memang tak menyesal beli.

Jangan salah sangka ini review tak berbayar. MCC tak bayar saya satu sen pun. Saya rasa kelebihan yang ada pada MCC perlu dikongsi dan diwar-warkan. Lagipun menyokong produk muslim adalah keutamaan kita kan.


Apa yang menyebabkan saya suka shopping kat MCC ni? MCC menyediakan pelbagai jenis pakaian muslimah yang kena sangat dengan taste saya. Design baju MCC bagi saya moden tapi tak over sangat. Yang paling penting design baju MCC menepati syariah. Longgar dan labuh. Tidak singkat dan tidak ketat.

Apa produk yang MCC jual?

Bukan baju kurung je yang MCC ada, banyak lagi produk lain yang dijual. Antaranya ialah:
  • tops yang cantik-cantik dengan pelbagai corak dan design (blouse, cardigan dan tunic)
  • dress dan abaya yang sesuai untuk semua peringkat umur, 
  • bottom (palazzo, pants dan skirt). MCC menyediakan pants straight cut. Susah sebenarnya nak cari seluar straight cut yang tak ketat di bahagian peha. Kebanyakan pants yang dijual di kedai-kedai atau pasaraya jenis ketat dibahagain peha. Sebab tu la pants MCC menjadi pilihan utama saya.
  • pants suit
  • koleksi pakaian sukan
  • koleksi pakaian kerja
  • koleksi umrah dan haji
  • koleksi batik
  • koleksi perkahwinan dan majlis
  • koleksi jaket
  • hijab
Top (tshirt) dan pant yang saya pakai tu beli kat MCC
Banyak gila kan produk MCC ni. Nak tahu lebih lanjut apa produk yang ada boleh ke website rasmi MCC. Boleh follow facebook dan instagram MCC untuk dapatkan maklumat tentang produk terbaru dan promosi.

Time nak raya MCC la menjadi pilihan utama saya. Memang peminat dan pembeli tegar la katakan. Sekarang pun MCC ada buat Year End Sale (YES). Memang murah-murah. Biasanya time YES ni la saya akan beli lebih banyak dari biasa. Harga murah kan rugi la tak grab.

Saya yang berdiri paling kiri. Top dan bottom (jeans) dari MCC. 

Apa lagi yang best tentang MCC?

Ada dua perkara lagi yang menyebabkan saya suka beli barangang MCC. Nak tahu apa dia? Teruskan membaca.

  • Korang akan dapat free shipping bila purchase above RM80. Payah tau nak jumpa kedai online yang jual pakaian bagi free shipping bila belian bawah RM100 kecuali time promo atau sale.
  • 90 day money back guarantee. Biasanya kedai online lain hanya bagi tempoh 7 hari je bila kita nak pulangkan barang yang dibeli disebabkan seller salah saiz atau barang ada defect. Betul tak? MCC best sangat kan dia bagi tempoh sampai 90 hari kot. Tapi ada syarat la yang kena ikut. Syarat nak pulangkan tu tagging masih ada dan baju belum dibasuh atau dialter.


Rasanya cukup setakat ini apa yang saya boleh kongsikan berkenaan MCC. Nak cari baju untuk bridesmaid pun boleh beli kat MCC. Cantik-cantik dan yang paling penting harga berpatutan dan berkualiti. Jom cepat-cepat serbu laman web MCC. Boleh cuci mata. Sementara YES tengan on ni grab la sehelai dua.

 #unpaidreview
#maasyaaAllahauranya

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment