Catatan Percutian Singkat Ke Kuching, Sarawak (Bahagian Akhir)

Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk saya bernafas dan meneruskan catatan short vacation to Kuching Sarawak. 


Hari ketiga, 6 Oktober 2018 (Sabtu)


Pukul 6 pagi kami bergerak ke Pasar Serikin. Pasar ini terletak di daerah Bau. Kalau datang ke Kuching Pasar Serikin adalah tempat yang wajib di lawati. Jarak perjalanan dari MRSM Kuching ke Pasar Serikin mengambil masa lebih kurang satu jam setengah atau lebih. 

Pasar ini hanya di buka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Kebanyakan peniaga datangnya dari negara seberang Indonesia. Makanan tidak banyak dijual di sini. Kalau korang kaki shoping bawa la duit banyak-banyak. Hahaha. Saya agak menyesal sebab tak beli banyak. Masa tu fikir takut tak muat beg. Maklumlah backpacker bawa beg pun tak besar sangat.



Kami bersarapan di gerai makan berdekatan Pasar Serikin. Menu untuk sarapan pagi hanyalah Mee Kolok. Kami tiada pilihan lain. Semalam semasa berada di My Village Barok Mee Kolok terasa agak sedap. Tapi kali kedua makan rasanya agak muak. Mungkin kuahnya yang banyak bahan perasa. Kalau tahu susah nak cari makan boleh la beli roti ke apa-apa untuk sarapan kan.

Teruja sangat nak cuci mata dan shopping sampai terlupa nak snap picture kat Pasar Serikin ni. Hahaha. Kain batik corak bermotifkan pua kumbu dan batik Sarawak antara benda yang saya beli di sini. Satu lagi yang saya beli blouse dari material jeans. Memang dah lama nak beli kat butik online tapi harganya boleh tahan. 

Ni je gambar yang ada kat Pasar Serikin. Kedai makan yang kami singgah untuk bersarapan.
Kat Pasar Serikin harganya jauh lebih murah. Di saat saya menulis cerita ni blouse tu saya tak pakai lagi pun. Cuma bila try pakai lengannya agak singkat. Tapi oklah kan harga pun murah. Kami berada di Pasar Serikin sehingga pukul 10.30 pagi.

Destinasi seterusnya ialah Kubah Ria Complex. Jarak perjalanan dari Pasar Serikin ke Kubah Ria (mengikut google) lebih kurang 60km. Dalam perjalanan ke Kubah Ria kami singgah sebentar di Wind Cave.



Rasanya gua ni tempat penganut Buddha sembahyang kot. Sebab kat dalam cave tu banyak patung, besar kecik semua ada. Colok pun banyak. Ambik gambar cepat-cepat. Tak tahan bau colok. Pastu rasa lain macam bila tengok patung-patung tu. Hahaha. Scary je.

Sampai di Kubah Ria sekitar pukul 12.30. Makan tengah hari saya pilih laksa Sarawak. Selepas makan, kami solat dan sambung shopping kat Kompleks Kubah Ria. Kat sini saya beli lagi kain bercorak batik Sarawak untuk adik-beradik dan beberapa souvenir. Harga tak ada beza sangat dengan kedai-kedai dekat waterfront.

Kat sini ramai yang borong ikan terubuk masin. Saya pun beli juga la. Bukan untuk diri sendiri pun. Saja la beli kot nak bagi kat kawan-kawan kan. Beli tak banyak pun 10 ekor je tu pun ikan yang bersaiz kecil. Pak cik kedai siap packing letak dalam kotak. So tak payah risau nak bungkus macam mana. 


Dari Kubah Ria kami bergerak ke Kuching Waterfront sekali lagi. Ada ahli rombongan nak pergi shopping lagi dan nak pergi borong kek lapis juga. Hahaha.

Kat Kuching Waterfront ni ada jambatan yang menghubungi Kuching Utara dan Kucing Selatan. Ia dinamakan Jambatan Darul Hana. Jambatan ni baru lagi. Ia siap dibina pada tahun 2017. Maklumat lanjut tentang jambatan ni korang boleh la google okey. So kalau tak nak naik bot atau sampan ke seberang sana tu boleh la berjalan kaki menyusuri jambatan ni.

Ni gambar atas Jambatan Darul Hana. Nampak tak kat belakng tu macam kubah tu kan. Tu Dewan Undangan Negeri Sarawak

Selepas turun dari Jambatan Darul Hana kami naik bot untuk melawat Gallery Fort Magherita pula. Semput juga nak sampai ke Gallery Fort Magherita ni. Jauh tu boleh tahan juga la. Ditambah pulak laluannya berbukit bukau. Saya pun tak pasti laluan yang kami ikut tu laluan yang sebenar atau tidak. Hahaha. Kami redah saja janji sampai.

Sampai sana semua tak nak masuk sebab kena bayar. Hahaha. Sayang juga duit kan semata-nata nak tengok tinggalan sejarah ni. Tak patriotik pula rasa sebab sayang duit tak masuk tengok warisan sejarah. Tak ada mood sangat nak masuk pun sebab badan dah penat kan. 

Ni je gambar yang saya sempat snap kat entrance Fort Magherita.
Tak lama pun dok atas ni. Snap pic sikit terus turun. Tu je gambar yang ada dalam phone saya. Sampai bawah je semua pakat cari kedai yang jual air. Dahaga gila. Air yang bawa pun dah habis. Cuaca agak panas memang haus la. 

Selepas tu kami sekali lagi naik bot untuk ke Waterfront semula. Kek Lapis yang kami order semalam kami pick up je kat cawangan Mira Cake House kat Kuching Waterfront. Dalam pukul 5.30 kami bertolak balik ke MRSM Kuching. 


Korang kalau pergi Kuching jangan lupa beli Snek Sagu Tabaloi ni tau. Pada mula tu saya tak la berminat sangat nak beli snek ni. Pastu bila tengok ramai sangat yang pakat dok beli saya pun beli la juga 3 kotak. Kotak je besar isi dalam nipis je. Kihkihkih. Biasa la kan strategi orang berniaga.

Sampai di MRSM terus packing barang, mandi, solat jamak takdim then bersiap untuk ke Lapangan Terbang Kuching. Dalam pukul 8 sampai di airport. Makan malam pun kat airport juga. Nak singgah kedai takut dah tak sempat kan. 

Bye bye Kuching. Nanti ada rezeki kami datang lagi.
Agak kelam kabut semasa nak check in tu. Pegawai yang bertugas tak benarkan kitaorang barang handcarry lebih daripada 2. Kelam kabut sumbat mana yang boleh dalam bagpacker masing-masing.

Flight lewat sejam. Dalam pukul 1 pagi kami selamat mendarat di airport Senai. Semoga catatan ini memberi manfaat untuk semua yang membaca. 

------------------------
With love 💖💖💖
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
+6013-9279846
(whatsApp / Telegram)

Comments

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete
  2. Cik kalau kain batik kat pasar serikin tu rega berapa

    ReplyDelete

Post a Comment