5 Sebab Kenapa Korang Kena Tengok Drama Dia Anak Jeneral

Assalamualaikum. Entah kenapa rasa nak buat review pasal drama terbaru Fattah Amin ni. Rasanya masih belum terlambat untuk saya membuat sedikit ulasan berkenaan drama Dia Anak Jeneral.

Ye saya tak nafikan saya antara peminat Fattah Amin. Memang selalu follow perkembangan dia. Saya minat dia pun atas sebab kagum dan eager nak tahu tentang keluarga dia. Kagum sangat dengan akhlak dan peribadi keluarga Fattah.


Sejak drama ni tengah shooting lagi saya ternanti-nati bila lah nak ditayangkan. Biasa la drama kat RTM ni akan diperam dulu barulah ditayangan. Berbanding drama remake Coffee Prince saya langsung tak berminat nak tengok, tapi berbeza dengan Dia Anak Jeneral (DAJ) ternanti-nanti setiap minggu nak tengok. 

Walaupun drama DAJ tak meletop dan hits seperti drama Fattah Amin yang lain, tetapi ada beberapa faktor dan sebab saya tertarik untuk menonton drama ini. Saya yakin drama DAJ akan trending jika ditayangkan di TV3 atau di Astro saluran 104. Sayangnya drama ini kurang promosi. DAJ satu-satunya drama yang saya tonton sekarang. Drama lain tak berapa nak minat. 


Jom kita tengok apa sebab-sebab DAJ berjaya mencuri hati saya dan korang juga patut tahu.

Jalan Cerita Yang Berbeza


Faktor yang paling kuat kerana jalan ceritanya yang sangat berbeza berbanding drama-drama adaptasi novel lain. Ia sebuah cerita yang agak logik dan sememangnya menyetuh hati. 

Berapa kali air mata ini tumpah bila tiba part-part yang sedih tu. Terutama bila Zhakif Dan Syirin kena halau keluar rumah oleh Jeneral Hambali dan part Syirin menangis. Memang tak boleh tahan air mata ni. Giler tak sedih bila ayah sendiri layan anak macam tu kan. Hahaha. Memang layan betul tengok drama ni.

Korang yang tak pernah tengok tu memang patut tengok sendiri.  

Banyak nilai murni dan pengajaran


Banyak sangat pengajaran dan nilai murni yang boleh kita ambil dalam dan relate dengan realiti kehidupan. Sebagai seorang anak angkat Zhakif tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan keluarga angkatnya Mak Nani dan Eja juga rumah anak yatim.


Ibu Syirin yang sabar melayah karenah Jeneral Hambali yang bongkak dan sombong. Sikap Mustakim dan Saadiah yang berlapang dada dan tidak menyalahkan Syirin apabila Syirin memutuskan pertunangan dengan Nukman. 

Sikap Syirin yang tidak mahu memberitahu sebab-sebab dia memutuskan pertungan dengan Nukman. Dia sedaya upaya tidak membuka aib Nukman walaupun dia tahu dia akan menerima kemarahan si ayah.

Drama yang sesuai ditonton seisi keluarga


Drama yang tiada sentuhan lelaki dan wanita walaupun suami isteri. Pelakon pun sopan-sopan je pakai tudung. Walaupun ada pelakon yang tak pakai tudung tetapi pakaian diaorang agak sopan tidaklah terlalu mencolok mata. 


Hanya dengan renungan mata dan lenggok tubuh sahaja setiap babak romantik antara Zhakif dan Syirin tetap sweet dan mampu membuatkan penonton tersenyum-senyum dan tersipu malu. Tak perlu pun nak pegang-pegang dan peluk-peluk. Gitew..Hihihi..


OST pun best


Runut lagu drama ni memang kena sangat dengan si Zhakif ni. Bagi yang tak tahu OST drama DAJ ni adalah nyanyian Sabhi Saddi iaitu Setia Menunggumu. 

Jadi apa tunggu lagi yang tak pernah tengok tu pergi la cepat-cepat tengok. Hihihi.

Comments

  1. Setuju sangat.....lakonan niena klw bab nangis menjadi....disetiap drama manapon yg dia lakonkan..dan mmg drama ni kalau di siarkan di TV3 dan astro pasti meletop

    ReplyDelete

Post a Comment