6 Cara Mudah Naikkan Seri Wajah Yang Kusam Dan Lesu

Nak dapatkan kulit wajah yang berseri dan sihat tak semestinya kena guna produk kecantikan yang mahal atau kena cucuk sana sini. Sebagai seorang wanita terutamanya yang berkerjaya mestilah nak sentiasa nak tampil berseri kan. Tak mau la lesu dan kusam je. 

Banyak tip dan cara yang boleh kita amalkan supaya kulit sentiasa berseri dan tidak kusam. Untuk kali ni saya nak berkongsi 6 tip dan cara mudah untuk jaga kulit kita supaya tidak kusam dan lesu. Walaupun tak make up masih lagi nampak berseri dan elok je..Giteww...


Pakai pelembap muka

Pastikan apply pelembap muka secara konsisten setiap hari. Krim malam pun penting juga tau. Walaupun malam dan dok dalam rumah kulit juga boleh jadi kering. Sebab tu penting pakai pelembap dan krim malam.

Elakkan terdedah kepada cahaya matahari

Kalau boleh elakkan dari terdedah kepada sinaran matahari dlam tempoh yang lama. Langkah terbaik pakai krim pelindung UV jika berada di luar rumah.


Banyakkan minum air kosong

Air kosong sangat penting tau untuk kecantikan kulit bukan untuk kesihatan je. Air kosong bukan ais okey. Pastu kurangkan pengambilan makanan bergula dan makan buah-buahan dan sayuran serta makanan tinggi antioksidan yang lebih banyak. Ia sangat penting untuk mengelakkan kulit dari kering dan kusam. 


Rehat yang cukup

Mendapat rehat yang mencukupi juga penting untuk kesihatan dan kecantikkan kulit. Pastikan korang tidur secara berbaring bukan meniarap. Posisi tidur yang betul amat penting untu memudahkan perjalan darah ke seluruh tubuh.

Jangan guna sabun mandi untuk cuci muka

Ramai yang suka guna sabun mandi untuk mencuci muka kan..Betul tak? Yelah senang sambil gosok-gosok kat badan terus la cuci muka. Tak boeh tau buat camtu sebabnya kandungan di dalam sabun mandi tak sesuai untuk kulit wajah kita.


Jangan gosok muka berlebihan

Bagi yang suka gosok atau tonyoh muka berlebihan tu sila hentikan segera. Perbuatan ini boleh membuatkan kuit wajah  menggelupas dan meninggalkan kesan parut. Cara yang terbaik buat gerakan lembut untuk membuang kotoran dan minyak pada kulit wajah.

Ini sahaja tip mudah yang korang boleh cuba buat dan amalkan. InsyaAllah ia membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Selamat beramal.

Comments