Walaupun Upline Jauh Beribu Batu Tiada Masalah Untuk Sukses

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak cerita tentang siapa upline saya. Dalam sistem bisnes MLM akan ada upline dan downline kan. Saya tak nak sentuh tentang kenapa saya pilih Shaklee sebagai bisnes saya. Nanti saya akan cerita kenapa Shaklee menjadi pilihan hati saya.


Siapa Upline Saya?


Upline saya namanya Nor Hafizah Binti Shahtir. Sudah berkahwin dan memiliki sepasang anak. Umur kami sebaya je. Kalau ikut bulan saya lebih tua la. 



Bertuahnya saya kerana upline adalah kawan saya sendiri yang saya kenal sejak belajar di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri, Universiti Malaya tahun 2013. Persahabatan kami kekal sehinggalah graduate walaupun bidang pengajian berbeza. Kami duduk sebumbung di bawah satu akademi (kademi) tetapi jabatan yang berbeza.

Upline saya ni memang kaki dan otak bisnes. Zaman dok UM pun dia pegang post lajnah ekonomi dalam Persatuan Mahasiswa Islam UM. Masa ni Shaklee pun kami tak kenal lagi. Maka tak hairanlah sekarang pun dia ligat buat bisnes Shaklee kan.

Panggilan Manja


Apa yang rare dalam bisnes Shaklee ni upline level pertama kami akan panggil 'Mak' atau nak bunyi cam canggih sikit panggil mommy (mami). Upline level kedua dan seterusnya kami panggil nanny (neni). Nak panggil nenek cam kekampungan je kan..hihi..

Tapi saya tak panggil pun upline saya dengan panggilan Mak atau mommy. Panggil guna nama je. Sebab kawan kan macam pelik je nak panggil mommy atau mak Sekali sekala je panggil mak..

Sejak join ahli Shaklee tahun 2013 saya hanya berjumpa upline saya pada tahun lepas iaitu 2015. Tu pun sebab ada kelas blogging dengan group support wahmilionare di bawah kendalian nenek shaklee Master Wan Fatihanum. 


Berhubung Secara Online Saja


Lepas tu memang tak jumpa dah. Kami hanya berhubung melalui group support secara online iaitu WhatsApp dan Telegram saja. Dalam bisnes Shaklee ni tak ada masalah walaupun upline duduk jauh beribu batu sekalipun. Walaupun jauh di mata tapi kami dekat di hati..

Jangan takut nak join bisnes shaklee, kami banyak group support yang akan bantu dan lorongkan jalan untuk kita berjaya. Tinggal lagi diri sendiri yang kena usaha je. Siapa yang berusaha dia la yang dapat kan..

Nak berjaya semuanya bergantung pada diri sendiri. Upline hanya penunjuk jalan, guide kita apa yang kita  tak tahu dan sebagai pemberi dan penguat semangat dikala saya down dan sedih...hihi..

Nak berjaya kena pandai bawa diri tak boleh bergantung harap sangat dengan upline. Bisnes mana yang tak ada cabaran dan tribulasi. Kita dulu yang kena kuat. Tak boleh hati tisu, tak boleh lembik-lembik, tak boleh mudah sentap okey..

Itu saja untuk hari ni. Terima kasih kerana sudi membaca. Doakan saya dan upline saya Fiza berjaya mendaki tangga bisnes Shaklee. 

Dan saya juga mendoakan kita semua berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah..Aaamiiin..

Salam sayang,
Shaklee Leader Akmal Rusdi
+6013-9279846

Comments

Post a Comment