Petua Kesihatan Yang Saya Amalkan Setiap Hari

Setiap orang ada petua atau tip kesihatan yang tersendiri yang diamalkan setiap hari untuk jaga kesihatan. Orang Malaysia terutamanya orang Melayu memang petua atau tip kesihatan. Kebiasaannya orang-orang zaman dulu menggunakan bahan semulajadi yang ada di sekeliling rumah je..

Petua-petua dan tip-tip kesihatan daripada nenek moyang kita ni sangat berguna untuk kita amalkan. Alhamdulillah saya ni jenis yang jarang sakit atau demam. Paling teruk pun batuk dan selesema.

Seingat saya kali terakhir saya demam pada tahun 2014. Tu pun tak adalah teruk sangat. Dua hari macam tu dah kebah dah demam. Alhamdulillah rezeki dan nikmat sihat yang tak semua orang dapat kan..

Bila ada tanda-tanda nak selesema dan batuk



Biasanya kalau dah ada simptom-simptom nak selesema tu cepat-cepat saya telan Vitamin C 2 biji pagi dan 2 biji malam. InsyaAllah tak jadi selesema. Kalau selesema juga pun tak la teruk sangat dan biasanya tempoh masa pun tak lama 2 3 hari saja. 


Petua Kesihatan Yang Saya Amalkan Setiap Hari
Inilah suplemen yang saya ambil untuk tingkatka sistem imunisasi ketika diserang demam, batuk dan selesema. Alhamdulillah ia sangatlah membantu.

Vitamin C sangat membantu untuk tingkatkan imunisasi saya ketika selesema dan juga demam. Memang itulah salah satu fungsi vitamin C kan bantu boost imun sistem.


Dan yang satu lagi my all time favourite vitamin semasa demam dan batuk tentulah Nutriferon. Yang ni memang terbaiklah untuk kuatkan sistem imun.

Untuk batuk pula saya akan ambil minyak ikan omega guard dan juga madu tualang. Memang cepat lega..Alhamdulillah dengan izin Allah kombinasi antara omega guard Shaklee da madu tualang asli sangat membantu.


Madu tualang bukan saya ambil ketika demam atau batuk je tau. Setiap pagi saya akan ambil satu sudu besar madu tualang dan cuka tin dicampurkan dalam segelas air masak yang bertapis. Biasanya saya akan ambil waktu pagi semasa perut masih kosong.

Dan yang paling penting juga mesti minum air masak yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Pastikan air masak tu minum yang bertapis tau. Kualiti air kita dah tak sama macamzaman dulu tau. Walaupun air tu kita masak sampai menggelegak sekalipun tapi bahan-bahan merbahya dan bendasing masih ada kan.


Bila batuk tu makan pun kenalah pantang juga kan. Tak boleh la makan makanan yang berminyak dan bergoreng.

Itu saja antara petua yang saya amalkan. Semoga perkongsian ini dapat membantu korang semua hidup lebih sihat. Bila badan sakit walaupun demam dan selesema  kita nak beribadah pun dah kurang selesa kan..

Comments