Aku, Dia Dan Vitamin Kegemaran Selamanya Cinta

Assalamualaikum semua..

Hari ni rasa nak cerita tentang vitamin favourite pulak. Sejak ku kenal apa itu shaklee pada bulan Oktober tahun 2013, Set Vitamin untuk kulitlah yang menjadi kegemaran sehingga hari ini. 

Set Vitamin favourite yang saya maksudkan itu ialah Sustained Release Vita-C Plus atau nama glemernya Vitamin C dan Energizing Soy Protein atau nama manjanya ESP.


vitamin untuk kulit cantik, gebu dan licin tanpa jerawat


Kenapa Vitamin C dan ESP yang jadi feveret saya??


Sedar tak sedar Vitamin C dan ESP sangat membantu mengatasi masalah kesihatan yang saya hadapi terutama masalah kulit..

Dulu kan kulit saya ni kering sangat2. 

Alhamdulillah kini tiada lagi masalah kulit kering. Kulit dah lemnap-lembap dah. Bila sentuh best je rasa uoll. Dulu kan bila sentuh je pipi mak aih kering dan kasarnya rasa..

Dulu kan kulitku mudah kena sunburn tau...
Kena panas sikit je pun muka dah menjadi dua warna. Alhmdulillah konsisten ambil set kulit ni masalah sunburn kini tiada lagi..

Dulu kan tona kulitku tak sekata..sekarang dah cerah sekata..bukan kulit wajah je cerah sekata bahagian siku dulu kering dan warna gelap pun dah hilang. dah tak kering macam dulu. Yang paling syok dah tak gelap macam sebelumnya..

Dulu jerawat suka sangat datang menyinggah terutama masa nak datang bulan..stress oooiii bila jerawat naik walaupun seketul pulak tu..
kini jerawat pun dah segan-segan dah nak bertenggek kat muka ku ini..selamat tinggal jerawat..

Dulu parut jerawat susah nak hilang..mujur ada vitamin feveret ni selesai masalah..

vitamin untuk kulit cantik, gebu dan licin tanpa jerawat

Dulu gusi saya ni mudah sangat berdarah. Tak buat apa-apa pun sedar dah berdarah. Memang agak teruk juga la kan. Seriously memang sampai fobia nak gosok gigi. Takut nak oooiii nak gosok gigi. Tapi terpaksa gosok juga la kan. Tu pun gosok gitu-gitu je la asalkan gosok. Alhamdulillah sekarang dah tak ada masalah gusi berdarah..

Kenapa korang pun kena ambil Vitamin C dan ESP??


Bila sebut je vitamin C kebanyakan akan ingat vitamin C ni untuk kecantikan kulit je kan. Yup memang betul. Tetapi korang tahu tak kepentingan dan kebaikan vitamin C yang lain??

Vitamin C bukan untuk mereka yang nak kulit cantik, gebu, flawless glowing macam Mira Filzah je tau. Banyak sangat fungsi vitamin C ni untuk kesihatan kita. Vitamin C sangat penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan kita.

Vitamin C ni juga adalah salah satu antioksidan. Antioksidan bertindak sebagai benteng penghalang radikal bebas. Serangan radikal bebas secara berterusan tanpa ada yang menghalang boleh menyumbang kepada proses penuaan dan penyakit seperti kanser,penyakit jantung dan keadaan seprti artritis.

Apabila seseorang itu mengalami kekurangan vitamin C ia akan menunjukkan pelbagai simptom dan tanda. Antaranya ialah rambut kering dan bercabang, gingivitis (radang gusi) dan gusi berdarah, kulit juga menjadi kasar dan kering, bersisik, kadar pemulihan luka menjadi lambat, lebam pada badan dengan mudah, dan hidung berdarah serta imunisasi menurun.

Sebiji Vitamin C Shaklee khasiatnya bersamaan dgn korang makan buah oren 7 biji setengah..Hmm kalu saya memang tak daya la nak makan buah oren sehari 7 biji kan..Apa susah vitamin c shaklee kan ado..


vitamin untuk kulit cantik, gebu dan licin tanpa jerawat

ESP ni kan protein. Memang kena ambil setiap hari la. Bila badan tak cukup protein macam2 la masalah datang kan..Kulit kering dan kusam, rambut gugur, kuku rapuh, badan letih tak bermaya dan macam2 lagi la masalah..

Setiap pagi wajib minun ESP terutama hari sekolah sebagai sarapan pagi dan untuk tenaga sepanjang hari. Kadang-kadang pagi kelas full dari pukul 8 sampai 10. Kalau tak minum ESP memang tergolek atas tangga gamaknya..hihi..

Dulu..kini..selamanya Shaklee di hatiku..Selamanya Cinta bak kata Shila Amzah dan Alif Satar giteww..

Comments