Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki Dan Wanita Untuk Cepat Hamil

Mengandung dan mempunyai zuriat adalah impian setiap pasangan yang telah berkahwin. Ada yang dikurniakan anak seawal setahun usia perkahwinan. Ada yang dah berkahwin 10 tahun tapi masih tidak dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Tanpa menafikan hamil dan mempunyai anak itu adalah rezeki kurniaan Allah Taala. Tetapi dari sudut sains dan perubatan sukar hamil dikaitkan dengan masalah kesuburan pasangan suami isteri.

Bila si steri gagal hamil tak boleh nak salahkan isteri sahaja. Masalah sukar hamil ni boleh disebabkan oleh faktor lelaki, wanita atau kedua-duanya sekali. 


Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki Dan Wanita Untuk Cepat Hamil

Di sini saya ingin berkongsi 6 tips yang boleh membantu meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki sekaligus berpeluang untuk hamil.


Ketahui Waktu Subur


Untuk tahu waktu subur seorang wanita mesti tahu kitaran haidnya dulu macam mana. Bab kitaran haid ni memang agak kompleks dan susah juga nak faham. Bagi kitaran haid yang normal ia akan berlaku pada setiap bulan.


Kitaran Haid yang teratur


Hari pertama kitaran haid bermula dengan hari pertama haid berlaku. Hari pertama haid hendaklah diambil pada hari pertama di mana darah merah mengalir. Ini ialah kerana setengah-tengah wanita mengalami tompokan-tompokan coklat pada mulanya.


Bilakah ovulasi akan berlaku


Ovulasi akan berlaku lebih kurang 14 hari sebelum haid datang. Oleh itu, bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari yang teratur, hari ovulasinya akan berlaku pada hari 14 haidnya. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang lain kiraannya adalah seperti berikut:

Kitaran haid          Hari ovulasi


25 hari                   Hari ke 11 haid

28 hari                   Hari ke 14 haid

31 hari                   Hari ke 17 haid

33 hari                   Hari ke 19 haid

35 hari                   Hari ke 21 haid


Bilakah hari subur anda?


Hari subur adalah 2 hari sebelum, pada hari ovulasi dan sehari selepas ovulasi berlaku. Ini ialah kerana sperma berupaya untuk hidup di dalam rahim 12-48 jam (Setengah-tengah sperma 3-5 hari!), manakala telur hanya akan hidup selama 12-24 jam sahaja.

Kitaran Haid                Hari subur anda

25 hari                         Hari ke 9, 10, 11 dan 12 haid

28 hari                         Hari ke 12,13, 14 dan 15 haid

31 hari                         Hari ke 15, 16, 17 dan 18 haid

33 hari                         Hari ke 17,18,19 dan 20 haid

35 hari                         Hari ke 18, 19, 20 dan 21 haid
Bagi mereka yang masih sukar nak kira hari kesuburan, download saja aplikasi di smart phone. Aplikasi ni dia akan kira terus bila hari subur dan hari ovulasi.

Yang nak kira sendiri pun boleh tetapi korang mesti ada satu kalendar untuk tanda setiap kali haid datang. Ini sangat penting untuk kira kitaran haid berapa hari dan sekaligus kita boleh predict bila waktu subur.

Selain menggunakan kaedah kitaran haid untuk tahu waktu subur, mengenal pasti pertukaran lendir yang keluar dari pangkal rahim juga boleh digunakan untuk menentukan waktu subur.

Pengeluaran lendir dari faraj anda adalah satu perkara yang normal dan semulajadi. Apabila seseorang wanita akan ovulasi, terdapat perubahan hormon di dalam badannya. Hormon estrogen akan merangsangkan pangkal rahimnya (cervix) untuk mengeluarkan lendir (cervical mucus).

Apabila ovulasi hampir berlaku cervical mucus adalah licin dan berair. Tahap kesuburan masa ni adalah tinggi. Apabila ovulasi sangat2 hampir cervical mucus menjadi seperti telur putih dan tahap kesuburan sangat tinggi.


Dapatkan Berat Badan Yang Ideal


Wanita yang ada masalah obesiti atau kegemukan boleh mengganggu tahap kesuburan. Ini agak sukar untuk mendapat cahaya mata. Lemak yang berlebihan di dalam badan boleh menghasilkan estrogen yang berlebihan yang boleh mengganggu ovulasi.


Ambil Vitamin Untuk Tingkatkan Kesuburan


Bagi pasangan yang merancang untuk dapatkan anak pengambilan vitamin tambahan amatlah penting untuk meningkatkan tahap kesuburan. Suami dan isteri dua-dua kena makan. Bukan isteri je ye.


Vitamin E - 

Vitamin E membantu meningkatkan kualiti mukus servik dan sekaligus meningkatkan kualiti implantasi telur disenyawakan. Vitamin E sangat digalakkan diambil oleh lelaki untuk meningkatkan pengeluaran telur.


Vitamin C - 

Vitamin C adalah vitamin antioksidan yang sangat membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. 


Asid Folik - 

Vitamin ini sangat penting diambil oleh wanita yang ingin hamil dan sedang hamil. Asid folik yang mengcukupi membantu menghalang spina bifida pada bayi dan kecacatan kelahiran yang lain yang berkaitan dengan perkembangan otak dan tulang belakang.


Vitamin B6 -

Ia membantu mengimbangkan tahap pengeluaran hormon progesteron bagi wanita. Tahap progesteron yang normal amat penting untuk elakkan keguguran.


Vitamin B12 -

Ia sangat penting untuk tingkatkan kesuburan. Ia boleh membantu proses ovulasi bagi wanita. Vitamin B12 juga boleh memperbaiki lapisan dalam rahim sekaligus mewujudkan persekitaran yang baik untuk persenyawaan telur.


Vitamin D -

Vitamin D adalah sangat penting untuk kesuburan kedua-dua lekaki dan wanita. Ia merangsang pengeluaran estrogen dan progesteron, mengawal haid dan meningkatkan daya maju sperma.  Di samping itu, Vitamin D adalah vitamin yang penting semasa mengandung dengan kajian yang menunjukkan penggunaannya jauh mengurangkan risiko kelahiran pramatang serta risiko komplikasi kehamilan lain.


Omega 3 dan Omega 6 asid lemak

Asid lemak omega 3 dan 6 juga membantu meningkatkan kesuburan wanita. Ia juga amat penting diambil semasa mengandung. Asid lemak yang mengcukupi dalam badan wanita membantu menghalang keguguran dan bayi pra matang.

Diet Seimbang

Diet yang sihat serta seimbang akan membekalkan nutrien harian dan komponen makanan lain yang membolehkan anda memiliki minda serta tubuh yang sihat dan juga bertenaga untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian anda sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.

Makanan yang seimbang berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak serta kurangkan pengambilan lemak, gula dan garam.

Elakkan makanan yang berasaskan tepung, makanan proses, junk food dan sebagainya. Makanan sebegini sangat tidak bagus untuk tahap kesuburan lelaki dan wanita.


Jangan Merokok

Merokok boleh menyebabkan masalah kesuburan pada wanita dan lelaki. Bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok, seperti nikotin dan karbon monoksida, mempercepatkan kadar kehilangan telur bagi wanita.


Tidak Minum Alkohol

Pengambilan alkohol membuatkan seseorang wanita sukar untuk hamil.


Cadangan Vitamin Shaklee 


Di bawah ini adalah vitamin dari rangkaian produk Shaklee yang boleh membantu pasangan suami isteri untuk tingkatkan kesuburan sekaligus berpeluang untuk menimang cahaya mata.


Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki Dan Wanita Untuk Cepat Hamil
SET KESUBURAN UNTUK LELAKI

Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki Dan Wanita Untuk Cepat Hamil
SET KESUBURAN UNTUK WANITA

Shaklee menyediakan semua vitamin yang diperlukan oleh pasangan suami isteri untuk tingkatkan kesuburan. Pengambilan vitamin adalah salah satu ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata. Sebagai orang Islam doa dan amalan-amalan lain juga amatlah penting. 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang set subur shaklee yang menjadi kegemaran ramai.


Whatsapp / telegram saya Nor Akmal Rusdi0139279846

Comments