Rahsia Mengurut Bahagian Kaki Untuk Kesihatan Tubuh

Assalamualaikum...

Mengurut bukan lah sesuatu yang asing bagi masyarakat Melayu terutamanya kaum wanita. Lebih-lebih lagi apabila seseorang wanita baru bersalin. Mengurut menjadi perkara wajib yang dilakukan oleh wanita yang bersalin. Kebiasaannya sebelum bersalin pun sebahagian kaum ibu ini akan mengurut

Kali ini saya ingin berkongsi tentang urutan bahagian kaki atau istilah modennya refleksologi. Urutan kaki baik untuk menyegarkan bahagian tersebut dan sekaligus memberikan manfaat untuk kesihatan badan secara keseluruhan. 



Rawatan refleksologi kaki menjadi terapi alternatif yang mengaplikasikan urutan pada titik tertentu di tapak kaki. Rasa kurang selesa di bahagian ini boleh mengakibatkan sakit di bahagian tengkuk, bahu, pinggang dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan kepada organ dalaman.

Ini disebabkan kaki merupakan anggota badan yang sangat kompleks yang mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot.

Kaki merupakan anggota badan yang banyak melakukan kerja-kerja keras untuk menampung berat badan, berjalan dan berlari. Bukan semua orang mampu mengurut. 

Hari ini mengurut menjadi satu kerjaya yang memberikan pendapatan yang agak lumayan. Mengurut memerlukan satu skill dan teknik yang betul agar aktiviti ini memberikan kesan yang maksimum. 

Di sini saya ingin berkongsi beberapa rahsia mengurut kaki yang memberikan manfaat untuk kesihatan tubuh badan.


Menambah Tenaga

Semasa kaki kita diurut telah berlaku proses pertambahan tenaga ke dalam tubuh. Mengurut dapat membnatu pengaliran tenaga ke seluruh badan dengan lancar dan  mudah.


Meningkatkan Perjalanan Darah

Kita biasa dengarkan aliran darah tidak lancar. Tapak kaki yang sentiasa sejuk dikatkan dengan aliran darah tidak lancar. Dengan mengurut dapat membantu melancarkan aliran darah kita.


Kurangkan Bengkak Kaki

Pengumpulan cecair di bahagian kaki atau disebut sebagai edema menyebabkan kaki menjadi bengkak. Kebiasaannya berlaku pada wanita mengandung apabila sudah hampir waktu melahirkan anak. Dengan mengurut dan berehat dapat mengatasi bengkak kaki ini.


Atasi Tekanan

Kehidupan hari ini tidak dapat lari dari rasa tekanan atau stress. Stress dengan kerja, stress dengan peningkatan kos sara hidup. Banyak lagi la punca yang boleh menyebabkan stress ni kan. Setiap orang akan mengalami stress disebabkan punca yang berbeza. Ada yang dapat mengatasinya dengan baik. 

Salah satu cara nak hilangkan stress ni dengan mengurut kaki yang kepenatan. Sekali sekala kita juga perlu manjakan diri kita. Pergilah ke spa atau mena2 temat yang boleh kita relax dan tenangkan fikiran.


Melegakan PMS dan Menapaus

Gejala PMS da menapaus sedikit sebanyak ada persamaan. Biasanya sakit kepala, cemas, stress, atau insomnia. Cuba atasi gejala ini dengan megurut kaki. Manalah tahu boleh meredakan gejala yang dialami itu.


Legakan Sakit Kepala

Sakit kepala akibat migraina atau punca lain boleh diredakan dengan mengurut kaki. 


Turunkan Tekanan Darah

Darah tinggi antara penyakit yang ramai rakyat Malaysia menghidapinya. Bagi pesakit darah tingggi anda boleh mencuba mengurut kaki untuk menurunkan tekanan darah. Masa urutan tidak mengambil masa yang lama. Cukup 10 hingga 20 minit sahaja. Mudah-mudahan dengan mengurut dapat meningkatkan mood dan meredakan perasaan cemas.

Dipercayai rawatan yang telah mula berkembang di China sejak beribu tahun ini murah dan selamat dipraktikkan. Namun, anda akan berasa sakit semasa urutan di titik refleksi atau titik pusat saraf kerana setiap titik mempunyai kaitan dengan organ tubuh manusia.


Rasa sakit ini akan menunjukkan tahap kesihatan organ dalaman anda sama ada berada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya. Setelah selesai menjalani urutan, anda digalakkan minum banyak air bagi memudahkan pengeluaran toksik dalam badan.

Titik refleksi mewakili organ dalaman manusia yang terdiri daripada mata, lutut, dubur, perut, buah pinggang dan sebagainya. Walaupun ia memberi kesegaran tubuh badan dan melegakan rasa lenguh, namun wanita mengandung tidak disarankan mendapatkan perkhidmatan ini.


Sebagai ingatan, elakkan diri daripada terjerat dengan rawatan refleksologi kaki yang tidak diiktiraf. Ia bagi mengelak perkara tidak diingini yang boleh merencatkan kesihatan mahupun pergerakan anda.

Semoga perkongsian yang serba ringkas ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua. Jom kita berurut demi untuk kesihatan.

Salam sayang,
Akmal Rusdi
4 Mac 2016
Pontian, Johor.

Comments