Assalamualaikum...
Selesema ni bukanlah penyakit tapi bila dia datang membuatkan kita sangat tidak selesa. Selesema juga salah satu simptom demam. Bila dah terkena selesema ni pergi mana-mana wajiblah berkepit dengan tisu atau sapu tangan. Kalau tak ada dua benda ni maka bala la jadinya. Kalau masa tu kita dok kat rumah je tak apa lagi kan..kalau kat tempat kerja nak kena carai juga la tisu..Seksa juga la kan.
Kemudian hembus dan ulang lah langkah ini sehingga 10 kalai atau sehingga lubang hidung kita tu rasa lega. Cara ini dapat mengeluarkan bakteria yang hinggap di dalam lubnag hidung kita.
Kaedah menjaga kesihatan lubang hidung ini sebenarnya telah di ajar oleh Baginda Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lalu. Nabi ajar kita sedut air menggunakan hidung sebanyak 3 kali semasa berwudhu'. Banyangkan kalau kita cuci lubang hidung kita tu sebanyak 5 kali sehari. Sudah pastilah lubang hidung kita akan bersih dan susah la bakteria nak bertapak kat situ kan..
Kaedah ini kita boleh amalkan untuk bersihkan hidung kita dari segala kotoran dan bakteria. Biasanya mereka yang tinggal di bandar ni akan menyedut udara yang kurang bersih. So kebarangkalian lubang hidung menjadi lebih kotor adalah sangat tinggi jika dibandingkan mereka yang berada di kampung.
Cara ini sangat lah mudah dan simple je. Korang boleh buat di rumah menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur je. Cara ini boleh membantu melegakan selesema yang dihadapi
Teh hijau ni bagus juga untuk kita detoks. Boleh amalkan minum teh hijau untuk buang toksin.
Sifat halia yang dikatakan panas membantu merawat selesema dengan membuang kahak dan juga lendir. Halia juga membnatu membakar lemak, membuka arteri dan melancarkan aliran darah di seluruh tubuh.
Manakala perubatan tradisional Cina pula menggunakkan kulit kayu manis untuk merawat masalah selesema, batuk dan sakit tekak.
Air lemon juga berkemampuan melancarkan proses pencernaan dan membuang racun dari slauran pencernaan. Sebab tu yang nak diet kena amalkan minum air lemon ni. Yang ada masalah pencernaan haruslah minum air lemon ni. Banyak lagi khasiat lemon ni.
Madu boleh membantu melegakan batuk dan rasa tidak selesa kat tekak. Yang ada masalah pencernaan elok sangat amalkan madu selepas bangun tidur. Jangan gosok gigi atau berkumur dulu tau. Campur madu tualang 2 sudu besar dalam segelas air dan minum.
Nak kawal berat badan pun boleh amalkan madu. Nak dapat kesan dan khasiat sesuatu dari bahan semulajadi ni kena amalkan setiap hari dan dalam tempoh yang lama sehingga nampak hasilnya.
Cukup sampai disini sahaja untuk entry kali ini. Terima kasih kerana sudi menungjungi blog saya dan membaca coretan ini.
Salam Ikhlas
Akmal Rusdi
8 Mac 2016 bersamaan 28 Jamadil Awal 1437H
Selesema ni bukanlah penyakit tapi bila dia datang membuatkan kita sangat tidak selesa. Selesema juga salah satu simptom demam. Bila dah terkena selesema ni pergi mana-mana wajiblah berkepit dengan tisu atau sapu tangan. Kalau tak ada dua benda ni maka bala la jadinya. Kalau masa tu kita dok kat rumah je tak apa lagi kan..kalau kat tempat kerja nak kena carai juga la tisu..Seksa juga la kan.
Cara yang paling mudah untuk mengatasi selesema hanya dengan memasukkan air ke dalam hidung. Macam mana tu..?? Bila kita dah bersin lebih dari tiga kali itu menunjukkan tanda yang kita akan mendapat selesema Jadi cepat-cepatlah sedut air menggunakan hidung..Sedut tu janganlah terlalu kuat, perlahan-lahan je agak-agak air tu boleh sampai ke pangkal hidung kita. Kuat kan masalah lain pulak jadinya.
Kemudian hembus dan ulang lah langkah ini sehingga 10 kalai atau sehingga lubang hidung kita tu rasa lega. Cara ini dapat mengeluarkan bakteria yang hinggap di dalam lubnag hidung kita.
Kaedah menjaga kesihatan lubang hidung ini sebenarnya telah di ajar oleh Baginda Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lalu. Nabi ajar kita sedut air menggunakan hidung sebanyak 3 kali semasa berwudhu'. Banyangkan kalau kita cuci lubang hidung kita tu sebanyak 5 kali sehari. Sudah pastilah lubang hidung kita akan bersih dan susah la bakteria nak bertapak kat situ kan..
Kaedah ini kita boleh amalkan untuk bersihkan hidung kita dari segala kotoran dan bakteria. Biasanya mereka yang tinggal di bandar ni akan menyedut udara yang kurang bersih. So kebarangkalian lubang hidung menjadi lebih kotor adalah sangat tinggi jika dibandingkan mereka yang berada di kampung.
2 Tip Mudah Merawat Selesema Secara Semulajadi Di Rumah
Cara ini sangat lah mudah dan simple je. Korang boleh buat di rumah menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur je. Cara ini boleh membantu melegakan selesema yang dihadapi
Tip Pertama
Cara yang pertama ialah gabungan teh hijau, halia, kulit kayu manis dan buah lemon.Tip kedua
Cara yang kedua pula gabungan antara madu, lemon, kulit kayu manis dan daun pudina.Khasiat teh hijau
Di dalam teh hijau mengandungi polifenol dan flavonoid yang tinggi yang mana kedua kompaun ini sangat membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh manusia. Orang yang nak diet juga sangatlah digalakkan ambil teh hijau untuk membakar kalori dengan cepat.Teh hijau ni bagus juga untuk kita detoks. Boleh amalkan minum teh hijau untuk buang toksin.
Halia
Sifat halia yang dikatakan panas membantu merawat selesema dengan membuang kahak dan juga lendir. Halia juga membnatu membakar lemak, membuka arteri dan melancarkan aliran darah di seluruh tubuh.
Kulit Kayu Manis
Di dalam perubatan Ayuverda India, kulit kayu manis digunakan merawat diabetes, masalah pencernaan dan juga selesema.Manakala perubatan tradisional Cina pula menggunakkan kulit kayu manis untuk merawat masalah selesema, batuk dan sakit tekak.
Buah Lemon
Lemon sememangnya diketahui ramai mengandungi Vitamin C yang tinggi. Ini menyebabkannya sangat membantu meningkatkan perisai tubuh dan boleh menentang pelbagai penyakit termasuklah selesema.Air lemon juga berkemampuan melancarkan proses pencernaan dan membuang racun dari slauran pencernaan. Sebab tu yang nak diet kena amalkan minum air lemon ni. Yang ada masalah pencernaan haruslah minum air lemon ni. Banyak lagi khasiat lemon ni.
Madu
Khasiat madu saya tak perlulah nak ulas panjang lebar. Saya yakin pembaca semua dah tahu kelebihan dan manfaat madu untuk kesihatan. Amalkan lah minum madu terutama madu tualang. Rasai perbezaannya.Madu boleh membantu melegakan batuk dan rasa tidak selesa kat tekak. Yang ada masalah pencernaan elok sangat amalkan madu selepas bangun tidur. Jangan gosok gigi atau berkumur dulu tau. Campur madu tualang 2 sudu besar dalam segelas air dan minum.
Nak kawal berat badan pun boleh amalkan madu. Nak dapat kesan dan khasiat sesuatu dari bahan semulajadi ni kena amalkan setiap hari dan dalam tempoh yang lama sehingga nampak hasilnya.
Daun Pudina
Mungkin kita rakyat Malaysia kurang menggunakan daun pudina ni. Daun ini memang banyak manfaatnya terutama untuk merawat selesema. Daun pudina juga boleh bertindak sebagai perangsang penghadaman.Cukup sampai disini sahaja untuk entry kali ini. Terima kasih kerana sudi menungjungi blog saya dan membaca coretan ini.
Salam Ikhlas
Akmal Rusdi
8 Mac 2016 bersamaan 28 Jamadil Awal 1437H
Comments
Post a Comment