Anak atau bayi demam merupakan perkara yang normal. Namun sebagai ibu bapa apabila keadaan ini terjadi perasaan risau tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun kita tidak perlu panik berlebihan jika badan bayi atau anak kita berasa panas. Suhu panas yang tinggi tidak semestinya menjadi petanda penyakit. Namun, kita tetap perlu berwaspada.
Demam bukanlah suatu penyakit melainkan ia gejala kepada sesuatu penyakit. Apabila demam bayi kebiasaannya akan berubah sikap. Bayi akan menjadi lebih cerewet, enggan menyusu dan sukar tidur serta kerap menangis. Bayi dikatakan demam jika suhu badanya melebihi suhu normal manusia iaitu dari 36.5 hingga 37.5 darjah celcius. Ia boleh diukur dengan menggunakan termometer.
Peningkatan suhu melebihi daripada paras tersebut adalah disebabkan oleh meningkatnya regulatory set point dalam sistem tubuh. Ini akan turut mengakibatkan gejala lain seperti kesejukan, menggigil dan sebagainya.
Demam merupakan satu cara tubuh kita untuk bertahan daripada kemasukan virus atau bakteria ke dalam tubuh. Bagi bayi pula demam kebiasaannya disebabkan jangkitan virus. Ia akan berlaku secara tiba-tiba dan suhunya agak tinggi. demam akan kebah selepas dua tau tiga hari.
Bagi bayi demam yang berusia dua bulan hingga empat bulan sebaiknya segera dibawa berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan selanjutnya.
Apa pun perlu diingat, sebelum membawa bayi bertemu doktor ada beberapa tindakan yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan demam anak/bayi kita.

- Ukur suhu bayi di ketiak, telinga atau dahi. Jangan lakukan selepas mandi kerana suhu pada waktu ini akan lebih rendah daripada suhu sebenar.
- Pakaikan bayi baju nipis, elak membedung dan menyelimutkan bayi. Letakkan bayi di ruang yang selesa dengan peredaran udara yang baik.
- Lap tubuh bayi dengan kain yang telah dibasahkan denagn air suam. Tambah kehangatan air apabila suhu demamnya semakin tinggi. Dengan ini, suhu air dengan suhu tubuh bayi tidak terlalu berbeza. Jika air yang digunakan terlalu sejuk, ini akan mengecilkan pembuluh darah bayi. Akibatnya panas tubuh tidak keluar. Bayi akan menggigil bagi mempertahankan keseimbangan suhu tubuhnya.
- Jika bayi masih minum susu ibu, susukan bayi dengan kerap. Ia salah satu cara menurunkan suhu tubuh.
JIKA BAYI KEJANG
Jika anak kita mengalami kekejangan akibat demam sebaiknya nada bertenang dan lakukan langkah-langkah berikut:
- Catat waktu kejang berlaku untuk dilaporkan kepada doktor jika perlu.
- Bagi mengelakkan bayi cedera, pindahkan objek keras atau tajam yang ada berhampiran.
- Jangan menahan mulut bayi dari tertutup dengan meletakkan sudu atau objek lain di antara giginya. Bimbang ia akan membahayakan bayi. Miringkan posisi tubuh bayi dengan kepala selari dengan atau lebu rendah agat bayi tidak menelan muntah.
- Setelah bayi sedar, berikan ubat untuk menurunkan suhu panas badannya.
Segera bertemu doktor JIKA:
- Kejang berulang atau berlangsung sehingga lebih dari lima minit.
- Bayi tidak sedar setelah kejang berakhir
- Bayi sukar bernafas
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca coretan ini.
memang tak lena tidur kalau anak demam. suspen je check susu tiap masa.
ReplyDelete