Masalah kegemukan di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Kira-kira 6% rakyat Malaysia dianggap amat gemuk. Ia meningkat hampir 10% pada 2000 berbanding 1992. Berikut adalah langkah-langkah yang tepat untuk menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.
#1 Ambil tahu keadaan kesihatan diri
Anda yang menghadapi berat badan berlebihan dinasihatkan mengambil berat tentang berat badan semasa dan perlu ada matlamat untuk mencapaiberat badan ideal. Jadikan penimbang berat sebagai teman setia tetapi ingat jangan terlalu stress.
#2 Tahu portion makanan yang perlu diambil
Contohnya bagi individu yang memerlukan tenaga sebanyak 1500 kilo sehari, portion karbohidrat perli diagihkan untuk menu seharian bermula dari sarapan hingga makan malam.
Kebiasaannya pakar diet mencadangkan supaya mengagihkan 10 bahagian karbohidrat kepada 2 untuk sarapan, empat untuk makan tengah hari, satu untuk makan petang dan 3 untuk makan malam.
Perlu diingatkan satu portion karbohidrat bersamaan dengan setengah cawan nasi atau sekeping roti atau 3 keping biskut krim kraker. Jadi untuk makan malam had nasi yang dibenarkan ialah satu setengah cawan nasi sahaja.
Jika lauk yang dihidangkan mempunyai sayuran berkanji seperti kentang dan labu maka portion nasi perlulah dikurangkan
#3 Jangan skip hidangan
Sarapan, makan tengah hari dan makan malam merupakan hidangan wajib yang perlu diambil dan tidak boleh ditinggalkan. Apabila anda meninggalkan salah satu hidangan yang disebutkan tadi, anda akan cenderung untuk makan banyak pada hidangan yang berikutnya.
Tabiat ini tidak elok untuk diamalkan. Lebih-lebih lagi jika anda meninggalkan makan tengah hari. Pastinya anda akan mengambil makan malam secara berlebihan. Lemak lebih mudah terkumpul pada waktu malamkerana aktiviti membakar lemak kurang pada waktu ini.
#4 Katakan tidak pada makanan dan minuman manis
Gula dikatakan musuh dalam selimut kepada manusia. Pengambilan gula secara berlebihan boleh meningkatkan berat badan tanpa disedari. Jika tabiat mengambil gula ini diamalkan oleh mereka yang obesiti, ia akan menyumbang kepada kencing manis. cara yang terbaik ialah memilih air kosong.
Jika teringin untuk mengambil minuman manis elakkan mengambil diantara waktu makan dan pada waktu hampir tidur. Gantikan pencuci mulut dan kuih yang manis dengan buah-buahan.
#5 Pilih rendah lemak
Menu masakan rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu terkenal dengan masakan brgoreng, bersantan dan berminyak. Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi lemka tepu.
Tingkatkan pengambilan lemak tidak tepu dari kelpa sawit, jagung, kacang soya dan minyak bunga matahari, biji-bijian dan kekacang.
#6 Melakukan senaman
Kekurangan aktiviti fizikal telah menjadi masalah global di seluruh dunia. Dianggarkan akan berlaku 1.9 juta kematian setiap tahun akibat kekurangan aktiviti fizikal.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Epidemiologi dan Aplikasi Klinikal di Institut Cooper Bagi Penyelidikan Aerobik di Dallas menunjukkan lelaki gemuk yang sihat kurang kemungkina meninggal dunia dengan cepat berbanding lelaki kurus yang tidak tetapi tidak cergas.
Hadkan aktiviti fizikal yang tidak aktif seperti dudukterlalu banyak. Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, menaiki tangga berbanding menggunakan lif dan melakukan kerja-keraj rumah seperti menyapu dan mengemop.
Jika anda mengamalkan langkah-langkah di atas secara konsisten, insyaAllah anda akan dapat mencapai berat badan yang ideal seperti yang diidamkan. yang penting kena sda usaha dan doa jangan dilupakan.

Comments
Post a Comment