Tip Mudah Kuruskan Lengan Yang Besar

Langsing dan kurus bukan sahaja pada pinggang yang ramping dan sepasang kaki yang cantik. Ada satu lagi bahagian tubuh badan yang perlu anda kecilkan jika mahu bentuk badan yang langsing sempurna. 

Penampilan anda sudah kurus pasti akan sedikit terkesan dengan lengan yang besar dan menggeleber kerana lemak yang berkumpul. Jangan sesekali anda abaikan bahagian lengan dalam usaha melangsingkan tubuh.

Tip Mudah Kuruskan Lengan Yang Besar

Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips mudah yang boleh dipraktikkan oleh anda yang sedang berusaha mengurangkan saiz lengan. 

#1 Mulakan dengan senaman pemberat untuk lengan

Langkah pertama yang anda boleh lakukan ialah dengan membuat senaman angkat berat. Ia boleh dilakukan di rumah atau di gim. Setiap gim menyediakan alat untuk mengangkat berat daripada beban yang mampu diangkat hinggalh yang paling berat mengikut keperluan seseorang. 

Tip Mudah Kuruskan Lengan Yang Besar

Jika anda tidak mempunyai masa lapang untuk ke gim anda boleh melakukan senaman ini di rumah sahaja. Anda boleh membeli dumbbell di kedai menjual peralatan senaman dan praktikkan di rumah

Untuk mendapatkan sepasang lengan yang cantik amalkan latihan angkat berat ini sekurang-sekurangnya 3 kali seminggu. Mulakan dengan beban yang mampu diangkat dahulu. 

#2 Mengambil makanan yang betul.

Anda mestilah mengambil tahu apa yang anda makan dan mengawal makanan harian. Anda juga perlu bijak menggabungkan kumpulan makanan yang diambil setiap hari. Corak pemakanan amat penting untuk mendapatkan lengan yang kurus selain tubuh yang langsing. 

Anda perlu mengutamakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging, kekacang, makanan rendah karbohidrat dan makanan berasaskan tenusu. Makanan dari kumpulan yang disebutkan ini dikatakan dapat membantu anda mendapatkan hasil yang lebih cepat dibandingkan diet secara berlapar.

Tip Mudah Kuruskan Lengan Yang Besar

#3 Minum air secukupnya.

Umum mengetahui minum air yang cukup adalah amat penting. Air berfungsi sebagai medium detoksikasi untuk mengeluarkan toksin dalam tubuh badan. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 3 liter untuk mengekalkan tahap kesihatan dan kecantikan tubuh badan.

#4 Aktiviti senaman aerobik

Senaman aerobik atau senamrobik adalah aktiviti yang paling berkesan untuk anda menggerakkan keselurauha anggota badan. AKtiviti senaman secara 'windmill' atau kincir angin dikatakan boleh membantu memberikan bentuk  lengan yang kurus seperti yang diidamkan. 

Bagaimana senamrobik untuk kecilkan lengan?? Caranya sangat mudah sahaja. Angkat kedua belah tangan seperti kedudukan kincir angin. Kemudian tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula dan ulang pergerakan dengan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan anda. 

Selain itu anda juga boleh mengamalkan senaman menumbuk angin ddengan membayangkan anda sedang menumbuk sesuatu untuk mendapatkan lenganyang cantik.


#5 Senaman tekan tubi (push up)


Tip Mudah Kuruskan Lengan Yang Besar

Aktiviti tekan tubi boleh membantu anda mendapatkan lengan yang cantik dan kurus. Push up membantu mengurangkan tisu-tisu lemak yang berada di bawah lengan anda. Untuk mendapatkan kesan yang cepat seperti yang anda idamkan anda haruslah melakukannya secara rutin dan konsisten setiap hari. 

Pergi ke gim setiap hari bukanlah satu jaminan untuk anda kelihatan cantik dan hebat. Ia perlu diseiringkan dengan aktiviti harian yang anda lakukan sama ada aktiviti tersebut sihat atau tidak kira di mana anda berada. 

Comments