Susu Kambing Miliki Nutrisi Yang Tinggi

Ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak tahu khasiat susu kambing jika dibandingkan dengan susu yang dihasilkan daripada lembu. Kebanyakan produk tenusu yang ada dipasaran Malaysia  dihasilkan daripada susu lembu terutamanya susu formula untuk kanak-kanak. 

Kajian menunjukkan kandungan nutrirsi yang terdapat di dalam susu kambing adalah dua kali ganda daripada kandungan nutrisi susu lembu. 

Kandungan gizi yang terdapat di dalam susu kambing adalah seperti protein, vitamin B2, kalsium, inositol, vitamin C, zat besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D sodium, asid folik, vitamin B12 dan juga potassium. Banyakknya khasiat susu kambing. 
Susu Kambing Miliki Nutris Yang Tinggi

Penyelidikan terbaru tentang khasiat susu kambing mendapati bahawa susu kambing sememangnya memiliki nilai nutrisi yang boleh dikatakan setara dengan susu ibu. 

Pengkaji dari University of Granada yang bekerjasama denagn Prof Margarita Sanchez Campos telah membuktikan bahawa susu kambing memiliki kriteria gizi yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh manusia.


Manfaat Susu Kambing

Bagi penghidap anemia, amalan meminum susu kambing secara konsisten membantu memulihkan anemia. Ini kerana susu kambing meningkatkan penggunaan gizi zat besi dan meningkatkan regenerasi hemoglobin

Selain itu susu kambing juga mempunyai banyak kasein iaitu nutrisi yang membuatkannya setanding dengan susu ibu.

Seperti susu ibu yang mengandungi kasein, susu kambing mengandungi sedikit alpha kasein 1 iaitu sebatian yang bertanggungjawab terhadap kesan alahan sebahagian besar susu lembu. Oleh itu, susu kambing termasuk di dalamkategori hypoallergenic (HA)

Selain itu juga susu kambing kaya dengan oligosakarida yang mana komposisinya sama dengan susu ibu. Sebatian ini mencapai usus besar dan bertindak sebagai probiotik dengan membantu mengembangkan flora biotik yang bersaing denagn flora bakteria pathogen agar menghilang.

Susu kambing juga mengandungi laktosa yang lebih rendah iaitu 1% daripada susu lembu. Para penyelidik menambah lagi susu kambing juga kaya dengan kalsium dan fosfor.

Ia juga mengandungi lebih zink dan selenium yang mana kedu-duanya menkadi penyumbang penting terhadap pertahanan antioksidan dan pencegahan penyakit degenerative.

Menurut satu kajian Universiti Granada mendapati susu kambing lebih mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu. Ini kerana susu kambing tidak mengandungi protein kompleks yang menjadi penyebab utama kepada alahan. 

Molekul lemak susu kambing juga lebih halus dan hanya memerlukan 20 minit sahaja untuk dicerna berbanding susu lembu yang memerlukan lebih dua jam. 

Oleh itu para penyelidik menganggap bahawa pengambilan susu kambing secara rutin perlu dipromosikan kepada penduduk dunia agar manfaatnya dapat dinikmati oleh semua dan yang paling penting dapat mengekalkna kesihatan tubuh badan.

Di Malaysia sudah banyak syarikat bumiputera yang mengeluarkan produk yang berasaskan susu kambing seperti Susu Kambing Anugerah, susu kambing jenama HiGoat, susu kambing Wildan, susu kambing Hiraq dan banyak lagi.

Bagi ibu-ibu di luar sana bertukarlah ke susu kambing kerana di dalamnya terdapat pelbagai manfaat untuk kesihatan selain Nabi Muhammad juga suka minum susu kambing.  

Semoga perkongsian inibermanfaat untuk semua.

Comments