Mengawal Stress Dengan Berkesan

Kehidupan hari ini dipenuhi cabaran dan tekanan (stress). Kita mungkin mampu menghadapi tahap tekanan yang munsabah. Akan tetapi pendedahan kepada stress yang melamapau dalam jangka masa yang panjang boleh memudaratkan kesihatan .

Individu yang terlalu tertekan  akan memberikan reaksi yang berbeza. Sesetengah orang akan menggunkan makanan sebagai jalan penyelesaiannya. 

Ada yang makan terlalu banyak atau mengambil makanan yang tidak berkhasiat seperti coklat, aiskrim dan makanan ringan dalam kuantiti yang banyak.

Ini merupakan antara amalan yang tidak sihat untuk menangani stress. Jika ia berterusan akan bertukar menjadi tabiat jangka panjang yang akan  menjejaskan amalan pemakanan mereka. 

Jangan memilih makanan sebaagi jalan untuk menghilangkan stress tetapi cubalah mencari alternatif lain yang boleh membantu anda.

Mengawal Stress Dengan Berkesan

TIPS JAUHI STRESS

Tekanan yang berterusan telah dikenal pasti sebagai salah satu punca utama yang akan meningkatkan risiko penyakit jantung serta penyakit serius yang lain. 

Tekanan juga menyebabkan penuaan pramatang, menjejaskan sistem imun, menyebabkan asma semakin teruk serta mengakibtakan gangguan tekanan psikosomatik. 
  • Ketahui 'isyarat' stress anda
  • kenali dengan lebih mendalam apa yang sedang merungsingkan anda supaya anda tidak perlu merasa bimbang keterlaluan 

  • Bercakap atau berkongsi masalah dengan seseorang seperti kawan rapat, atau keunselor. Cuba selesaikan masalah bersama-sama.

  • Kawal diri sendiri dan buang punca tekanan yang tidak diperlukan dalam hidup. Sediakan rancangan tidakan yang fleksibel untuk menjalani kehidupan yang sihat.
  • Kerap bersenam
Mengawal Stress Dengan Berkesan
Bersenam atau melakukan aktiviti fizikal merupakan salah satu amalan yang boleh dilakukan untuk mengawal stress
  • Jangan bertindak mengikut nafsu atau cuba merawat diri sendiri dengan mengunakan alkohol, dadah, rokok atau makanan.

  • Luangkan masa untuk meditasi, solat atau merenung semula apa yang berlaku. Ini kerana semua ini akan menenangkan anda serta membantu anda untuk relaks.
Mengawal Stress Dengan Berkesan
Solat merupakan cara yang terbaik untuk mengawal stress bagi orang Islam

  • Dapatkan waktu tidur yang mencukupi serta berkualiti. Ia bertujuan untuk mendapatkan rehat yang secukupnya bagi memulakan hari yang baru pada keesokan harinya.
  • Belajar untuk menguruskan masa anda mengikut beban kerja serta belajar untuk menyusun keutamaan tugas-tugas anda.
  • Luangkan masa untuk diri sendiri dan buat perkara-perkara yang menggembirakan. Pergi bercuti atau berehat dan lupakan sementara kerja-kerja di pejabat dan masalah yang dihadapi.
Semoga perkongsian ini bermanfat untuk kita semua.

Comments