Manfaat Lahman Tariyya

Hasil kajian sainstis telah berjaya membuktikan bahawa ikan merupakan sumber makanan yang penting dalam gizi makanan kita. Ini kerana zat-zat serta nutrien yang terkandung di dalamnya amat penting untuk keperluan badan serta boleh mencegah daripada pelbagai penyakit. 

Hakikatnya al-Quran telah menceritakan tentang khasiat ikan sebelum para saintis membuktikannya melalui kajian mereka. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan dialah Allah yang memudahkan keadaan laut supaya dengan itu kamu dapat daging yang lembut (lahman tariyya) hidu-hidup sebagai makanan kamu." (Surah al-Nahl 16:14)
Manfaat Lahman Tariyya

Firman Allah S.W.T lagi yang bermaksud: "Dihalalkan bagi kamu tangkapan haiwan laut dan dagingnya sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang yang dalam pelayaran." (Surah al-Maidah 5:96).

Selain itu di dalam surah al-Kahfi juga Allah menceritakan tentang ikan yang menjadi bekalan oleh Nabi Musa dan pembantunya di dalam satu perjalanan yang panjang.

"Maka tatkala mereka sampai pada persimpangan antara dua laut, mereka lupa akanikan bekalan keduanya, lalu iakn itu mengambil peluang menyusur ke laut itu. Maka tatkala mereka berjalan agak jauh, berkatalah Musa kepada pembantunya "Bawalah ke sini makanan (ikan) kita, sesungguhnya kita berasa letih kesan perjalanan kita ini.

" Pembantunya menjawab, 'Tahukah kamu, tatkla kita mecari tempat berlindung di batu tadi, aku telah lupa langsung tentang ikan itu dan tidaklah yang menyebabkan lupa untuk mengingatkannya melainkan syaitan sedangkan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang amat aneh sekali.' (Surah al-Kahfi 18: 61-63)

Di dalam surah al-Kahfi Allah menjelaskan secara khusus tentang ikan yang menjadi bekalan yang baik di dalam perjalanan yang jauh lagi mencabar. Ini menunjukkan dan membuktikan ikan merupakan satu sumber tenaga yang amat baik. Allah S.W.T tentu lebih mengetahui mengenainya.

Banyak kajian yang telah dilakukan oleh saintis untuk mengetahui kandungan zat-zat yang terkandung di dalam ikan. Malah penemuan yang mereka peroleh amat mengejutkan. Ikan yang Allah S.W.T ciptakan itu merupakan kurniann-Nya kepada kita sebagai makanan yang sempurna dan lengkap. 

Ikan kaya dengan protein, vitamin D dan mineral-mineral lain seperti fosforus, sulfur, dan vanadium yang menggalakkan pertumbuhan sel-sel dan tisu-tisu dengan baik dan membantu memulihkan badan daripada kecederaan.

Kehebatan Ikan Yang Anda Perlu Tahu.

Manfaat Lahman Tariyya

#1 Mengandungi Aisd Lemak Omega-3 

Para saintis telah berjaya menemui satu bahan yang amat penting untuk kesihatan badan kita iaitu asid kemak omega-3. Ikan sememangnya diakui mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung dan pembuluh darah) dengan menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol dalam darah. 

Asid lemak omega-3 juga berfungsi untuk menghasilkan sel-sel darah merah yang sangat penting untuk badan kita bagi mengangkut oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel-sel badan.

Terdapat dua jenis asid lemak yang tidak tepu di dalam ikan yang penting untuk kesihatan kita iaitu eicosapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenouc acid (DHA). Kedua-dua bahan tersebut mengandungi asid lemak omega-3. 

Oleh sebab omega-3 tidak mampu dihasilkan oleh badan maka kita perlu mendapatkannya daripada pemakanan atau suplemen (makanan tambahan).


#2 Mencegah Penyakit Kardiovaskular

Di dalam satu kajian yang dijalankan oelh Persatuan Perubatan Amerika, didapati wanita-wanita yang makan sekurang-kurangnya lima ekor ikan seminggu jarang mendapat serangan penyakit jantung. Jumlah mereka yang diserang jantung hanya 1/3 daripada kebanyakan wanita.

Hasil dari kajian ini, satu kesimpulan telah dibuat yang mana disebabkan kesan daripada omega-3 yang terdapat di dalam ikan. Omega -3 dikatakan mampu menghalang darah daripada menjadi mudah beku dan berkeladak. kelajuan normal pengaliran darah di dalam vena ialah 60 km/j. 

Maka amat penting untuk darah mengalir dengan kepekatan, jumlah dan kelajuan pada kadar yang normal. 

Amat merbahaya jika keseimbangan pengaliran darah ini terjejas kerana ia akan mengakibatkan darah cepat membeku dan membentuk kelodak di dalam salur darah. Darah beku akan mengakibatkan penyempitan pembuluh-pembuluh darah. 

Keadaan ini menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung, stroke (angin ahmar) dan juga penyakit kardiovakular yang lain.

Manfaat Lahman Tariyya


#3 Manfaat untuk Bayi

Omega-3 telah dikaji dengan mendalam sejak 10 tahun yang lepas mengenai keperluannya untuk bayi di dalam kandungan. Keputusan kajian menunjukkan kepentingan omega-3 dengan perkembangan janin di dalam rahim ibu dan juga bayi yang baru dilahirkan.
Manfaat Lahman Tariyya

Maka omega-3 akan mempengaruhi kecerdasan fikiran kita serta kesihatan tubuh bayi-bayi tersebut. Di sini saintis amat menekankan kepentingansusu ibu kerana susu ibu mengandungi omega-3 lebih-lebih kagi jika ibu itu kerap makan ikan.


#4 Manfaat untuk Sendi dan Tulang

Penyakit sendi yang kronik seperti rheumatoid arthritis (penyakit radang sendi yang mengakibatkan sakit sendi yang amat sangat) akan mengakibatkan sendi makin rosak dari hari ke hari dan sukar disembuhkan. 

Beberapa kajian membuktikan makanan yang mengandungi asid lemak omega-3 boleh mengurangkan derita penyakit sendi bahkan mampu mencegahnya. 

Ini terbukti apabila ubat-ubatan untuk penyakit sendi banyak dihasilkan daripada sumber laut. Salah satunya ialah glucosamine sulphate yang secara meluas dipasarkan di seluruh dunia.


#5 Manfaat untuk Mental

Tidak boleh disangka lagi, ikan berkesan untuk perkembangan otak dan urat saraf. Manakala minyak ikan pula mampu mengurangkan gejala penyakit depression (kemurungan) dan schizophrenia sekaligus mencegah Alzheimer's (nyanyuk). 


#6 Manfaat-Manfaat Lain

Masyarakat Eskimo di Greenland dan juga masyarakat Jepun didapati bahawa mereka jarang diserang penyakit jantung dan pembuluh darah, lelah dan psoriasis (sejenis penyakit kulit). Kajian mendapati bahawa mereka mengambil ikan dalam jumlah yang  banyak. 

Selain itu ikan juga membantu dalam membentuk gigi dan gusi yang baik, membuatkan rambut lebih segar danmenguatkan sistem pertahanan badan.


Manfaat lain minyak ikan ialah:

  • Mengurangkan gejala-gejala penyakit migrain (sakit kepala)
  • Mengurangkan risiko penyakit lupus (penyakit kulit dan sendi), ulcerative colitis (ulser di dalam usus besar) dan juga kencing manis.
  • Memperlahankan penyakt osteoporosis (tulang ringan dan reput) bagi golongan tua.
Tidak syak lagi sememangnya ikan sangat banyak khasiat dan manfaatnya untuk kesihatan kita. kita sangat digalakkan mengambil ikan lebih banyak daripada ayam atau daging.

SUMBER RUJUKAN:
Majalah Solusi ISU No.20. Muka surat 95
Dr Farhan Hadi Taib

Comments

  1. good info dear..thanks for sharing :)

    jemput ke blog saya :http://tinyurl.com/obn2n7w

    ReplyDelete
  2. Saya suka makan Ikan...Lepas ni paksa semua ahli keluarga makan ikan jugak.

    Vitamin Terbaik Untuk Ibu Berpantang Selepas Bersalin

    ReplyDelete

Post a Comment