Manfaat Kubis Brussel Untuk Kesihatan

Kubis Brussel atau brussel sprouts kelihatan seperti kubis mini. Rasanya hampir sama dengan rasa kubis tetapi agak keras dari teksturnya. Kubis brussel dan kubis adaalah ahli keluarga sayuran cruciferous.

Sayuran lain yang termasuk dalam keluarga ini ialah brokoli, bayam, bok choy, bunga kubis, turnip, kubis cina, dan sebagainya.

Sayuran dalam keluarga ini mengandungi kandungan antioksidan seperti vitamin C dan beta-karotena (vitamin A) serta sebatian nitrogen yang dikenali sebagai indole yang dikatakan mampu mengurangkn risiko beberapa kanser tertentu. 

Selain mengandungi protein kubis brussel juga kaya dengan serat pemakanan, mineral dan vitamin. Kehadiran vitamin C dan beta-karotena dalam kubis brussel juga dikatakan mampu mencegah jangkitan penyakit. Kekebalan tubuh dapat diperbaiki dengan pencegahan jangkitan.
Manfaat Kubis Brussel Untuk Kesihatan

Sayuran ini juga adalah sumber terbaik protein sayuraan kerana 31% jumlah kalorinya datang daripada protein. Selain itu kubis brussel juga kaya dengan folacin, kalium dan kalsium.

Dikatakan kubis brusseel mengandungi 3 hingga 5 gram serat dalam satu cawan, dan 25 kalori untuk setengah cawan setelah dimasak.


Dikatakan khasiat fito tumbuhan yang dijumpai dalam kubis brussel meningkatkan aktiviti semulajadi pertahanan tubuh bagi melindungi penyakit termasuklah barah.

Saintis dikatakan telah menjumpai sulforaphanem iaitu salah satu daripada khasiat fito glukosinolat yang kuat dalam kubis brussel dan sayuran dari keluarga yang sama. 

Khasiat fito ini dikatakan mampu merangsang enzim detoksifikasi tubuh dengan cara mengubah jumlah gen sekaligus membantu membersihkan bahan karsinogenik dengan lebih cepat. 

Amalan mengambil sayuran seperti kubis brussel dikatakan  mampu mengurangakan risiko barah terutamanya barah paru-paru, kolon, payudara, ovari dan hempedu.

Kawal tahap glukos dalam darah


Kubie brussel dikatakan amat baik untuk wanita mengandung. Dikatakan secawan kubis brussel membekalkan kira-kira 93.6 gram asid folik. Dengan memakan sayuran yang kaya dengan asid folik membantu mengurangkan kecacatan pada janin.

Dikatakan nilai kubis brussel boleh bertahan walaupun setelah sayur direbus jika dibandingkan dengan sayuran lain yang mudah hilang nilai pemakanannya setelah direbus. 

selain direbus kubis brussel juga mempunyai nilai pemakanan yang maksimumjika dimakan mentah ataupun dijadikan sebagai salah satu hidangan salad yang berkhasiat.

Bagi anda yang tidak mahu memakan kubis brussel secara mentah, anda boleh membuat jus dari kubis brussel. Dikatakan jus yang dihasilkan daripada kubis brussel boleh diminum oleh pesakit diabetes. Ia dikatakan membantu mengawal tahap glukos dalam darah.

Walaupun kubis brussel dikatakan mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan, namun pengambilannya perlulah berpada-pada dan bersederhana. 

Ini kerana kubis brussel juga mengandungi goitrin, thiocynate, dan isothiocyanate. Bahan kimai yang dikenali dengan nama goitrogen ini boleh menguasai pembentukan hormon tiroid dan menyebabkan tiroid membesar dan dihasilkan dengan lebih banyak. 

Goitrogen tidak berbahaya bagi mereka yang memakan dalam jumlah yang sederhana sayuran jenis cruciferous tetapi ia akan memberi masalah kepada mereka yang mengalami masalah tiroid atau mereka yang mengambil ubat tiroid. 

Oleh itu pengambilan kubis brussel bagi pesakit tiroid perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di kemudian hari.

Semoga perkonsian ini bermanfaat untuk semua.

Rujukan:

http://lpi.oregonstate.edu/infocenter/foods/cruciferous/

http://www.webmd.com/food-recipes/features/super-veggies-cruciferous-vegetables

http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=btnews&dbid=126

http://www.livestrong.com/article/407748-what-are-the-health-benefits-of-eating-brussels-sprouts/

Comments

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

Post a Comment