Firman Allah taala di dalam surah al-Furqan 25:47 yang bermaksud:
"dan Dia lah Tuhan Yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki."
Berdasarkan wahyu daripada Allah yang disebut di atas, dapatlah kita fahami bahawa Allah menjadikan malam yang gelap gelita untuk kita rehat secukupnya setelah sepanjang hari bekerja. Rehat di sini maksudnya tidur yang berkualiti.
Signifikan tidur pada waktu malam adalah sebgai persediaan untuk kita bekerja semula pada keesokkan harinya. Setiap organ dan anggota badan manuia memerlukan waktu rehat yang mencukupi dan berkualiti untuk berfungsi dengan baik.

Ayat suci al-Quran ini berkaitan dengan hadith suruhan Nabi supaya kita tidur di dalam gelap. Tidur di dalam gelap adalah sunnah Nabi Muhammad.
Berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, bahawasanya Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu biarkan api menyala ketika tidur." (Riwayat Bukhari)
Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:
"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian."

(HR. Bukhari dan Muslim)
Hadith ini menunjukkan betapa Rasulullah telah mengetahui tentang manfaat tidur di dalam gelap lebih 1400 tahun yang lampau. Nabi Muhammad diberikan kelebihan oleh Allah SWT untuk mengetahui tentang ilmu Sains dan ilmu-ilmu lain yang tidak diketahui oleh manusia. Betapa hebatnya kekasih Allah ini.
Setelah dibuat kajian, penemuan sains perubatan berkenaan tidur di dalam gelap amat menakjubkan dan membuktikan bahawa tidur di dalam gelap memberikan kesan yang baik kepada manusia dari sudut kesihatan yang optimum.
Ini menunjukkan bahawa setiap kata-kata Nabi Muhammad dan amalan Baginda adalah benar kerana ianya wahyu daripada Allah Taala.
Ini menunjukkan bahawa setiap kata-kata Nabi Muhammad dan amalan Baginda adalah benar kerana ianya wahyu daripada Allah Taala.
Mengapa kita perlu tidur di dalam gelap??
Dapatan kajian sains menyatakan bahawa di dalam badan kita terdapat hormon melatonin yang berfungsi mengawalatur pusingan waktu tidur dan bangun seseorang. Melatonin juga berfungsi sebagai salah satu antioksidan yang berkuasa.
Hormon Melatonin dirembeskan oleh kalenjar pineal di dalam otak. Kalenjar pineal memerlukan suasana gelap untuk menghasilkan melatonin. Melatonin membantu mengawal hormon-hormon lain dan memelihara ritma sirkadian badan (body's circadian rhythm).
Ritma sirkadian memainkan peranan yang penting sewaktu kita tidur dan apabila kita bangun. Apabila keadaan gelap, badan kita kan mengeluarkan lebih melatonin. Melatonin akan memberitahu tubuh kita bahawa sudah sampai masanya untuk tidur.
Penerimaan cahaya ketika ini akan mengelirukan kalenjar pineal dan menyebabkan penghasilan melatonin berkurangan.

Apabila ada cahaya, pengeluaran melatonin berkurangan. Pendedahan terhadap cahaya yang terlampau terang pada waktu petang atau cahaya terlalu sedikit pada waktu siang boleh mengganggu pusingan melatonin normal badan seseorang.
Contohnyanya, gangguan ritma harian, kerja syif dan penglihatan yang kurang baik boleh mengganggu pusingan melatonin. Melatonin juga membantu mengawal masa dan pembebasan hormon-hormon reproduktif wanita.
Ia membantu menentukan waktu seorang wanita mula keluar darah haid, frekuensi dan tempoh kitaran haid dan waktu menopaus.

Semakin terang cahaya, semakin kuranglah paras melatonin. Semakin gelap suasana, semakin meningkatlah paras melatonin.
Untuk merangsang penghasilan melatonin secara semulajadi, kita hendaklah meminimumkan pendedahan diri kepada cahaya matahari pada waktu siang dan memaksimumkan kegelapan pada waktu malam terutama di bilik tidur.
pembentukan homon melatonin yang dirembeskan oleh kalenjar pineal |
Kesan Kekurangan Melatonin
Kekurangan hormon melatonin yang secukupnya boleh menyebabkan kita lebih mudah mengalami gangguan tidur, lesu, depression (kemurungan) dan pelbagai penyakit yang melemahkan sistem-sistem lain di dalam tubuh.
Apa Kaitan Mata Dengan Melatonin
Sesungguhnya Allah menciptakan mata hambanya bersama-sama dengan sejenis saraf penerima cahaya. Saraf ini sangat sensitif terhadap cahaya. Ia memainkan peranan dengan menghantar mesej kepada saraf-saraf di dalam otak manusia.
Secara tidak langsung jam biologi kita dilaraskan dan seterusnya melaraskan seluruh fungsi tubuh yang lain.
Secara tidak langsung jam biologi kita dilaraskan dan seterusnya melaraskan seluruh fungsi tubuh yang lain.
Hasil kajian menunjukkan tidur beberapa jam pada waktu malam di dalam gelap tanpa cahaya menggalakkan pengeluaran hormon melatonin. Ia secara tidak langsuang menghalang pertumbuhan dan pembiakan sel kanser di dalam payudara.
Daripada dapatan kajian juga menunjukkan mereka yang tidurnya terdedah kepada cahaya menyebabkan penurunan paras melatonin secara drastik. Ini memberi kesan kepda pertumbuhan dan pembikan sel-sel kanser payudara.

Kesimpulan dari kajian ini menerangkan kepada kita bahawa pesakit kanser payudara lima kali ganda lebih ramai di kalangan masyarakat negara membangun dan industri berbanding penduduk negara kurang maju.
Ini disebabkan kaum wanita bekerja syif malam lebih berisiko mendapat kanser payudara.
Ini disebabkan kaum wanita bekerja syif malam lebih berisiko mendapat kanser payudara.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.
Amalkanlah sunnah Nabi kerana setiap perkara sunnah itu ada kebaikan dan rahsianya yang tersembunyi yang kita tidak tahu.
Amalkanlah sunnah Nabi kerana setiap perkara sunnah itu ada kebaikan dan rahsianya yang tersembunyi yang kita tidak tahu.
RUJUKAN:
Majalah Anis BIL. 178, Sihat Anggun oleh Suraiya Pauzi
http://www.life-enhancement.com/magazine/article/1677-let-there-be-dark-and-melatonin
Comments
Post a Comment