Serai (Lemon Grass): Khasiatnya Yang Anda Perlu Tahu

Serai atau lebih dikenali sebagai lemon grass terkenal sebagai salah satu ramuan dalam masakan masyarakat Asia. Nama saitifik bagi serai ialah Cymbopogon. Serai merupkan sejenis tanaman berumput yang mempunyai daun yang panjang dan tinggi. Ia mampu hidup di kawasn tropika dan subtropika.

 Ia berasal dari India dan Nepal. serai banyak ditaman di Asia Tenggara, Selatan India, Sri Lanka, Afrika Tengah, Brazil, dan Guetamala. 

Serai bukan sahaja berguna di dalam masakan malah bnayak kegunaan lain. Ekstrak minyak daripada serai mengandunngi manfaat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. 

Minyak serai dikatakan mengandungi bahan-bahan seperti analgesik, antikemurungan, antimikrob, antipiretik, antiseptik, astringen,galaktogogue, pewangi, diuretik, sedatif, dan sebagainya. 

Bahan analgesik berfungsi sebagai anti inflamasi (anti radang). Ia juga membantu melegakan sakit otot, sendi, sakit gigi dan sakit kepala. Ia juga boleh membantu mengurangkan sakit badan akibat senaman yang dilakukan secara mengejut.

Bahan antikemurungan yang terdapat di dalam serai dikatakan boleh merangsang keyakinan, semangat, kekuatan mental dan melawan kemurungan (depression). 

Manakala antimokrob dan antibakteria yang terdapat di dalam minyak serai mampu menghalang bakteria dan mikrob hinggap di dalam atau di luat tubuh. Ia dikatakan mampu menghalang jangkitan pada kolon perut, saluran kencing, luka dan sistem pernafasan.

Di dalam perubatan tradisional serai yang dicampur dengan lada hitam membantu mengatasi masalah PMS dan loya. Serai dikatakan juga membantu mengeluarkan toksik yang terdapat di dalam hati, pankreas, buah pinggang, pundi kencing, dan salur pencernaan.

 Ia juga dikatakan membantu mengurangkan asdi urik, kolesterol, dan lemak berlebihan.

Dengan meminum air rebusan serai dikatakan mampu mengurangakan tekanan darah. Baunya yang harum dan menyenangkan boleh membantu melegakan masalah sukar tidur (insomnia) dan juga tekanan (stress).

Mengikut kajian yang dijalankan setiap 100gm serai yang direbus mengandungi beta karotene iaitu sejenis bahan antioksidan yang membantu menghalang radikal bebas sekaligus mampu mencegah kanser.

Di dalam industri pembuatan serai digunak ununtuk menghasilkan keharuman di dalam produk berasaskan saban dan juga kosmetik.

semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua

RUJUKAN: 
Mingguna Wanita. BIL:1415. 

Comments