Mealshake Bantu Mengatasi Sembelit Anak Anda

Sembelit ataupun dalam bahasa yang mudahnya ialah sukar untuk membuang air besar. Di dalam bahas Inggeris disebut "constipation". Sembelit bukanlah satu penyakit ia hanyalah satu gejala. 

Sembelit adalah gangguan pada pencernaan yang turut dihadapi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit akan sukar dan kurang membuang air besar. 

Dari sudut perubatan seseorang itu dikatan sembelit apabila membuang air besar kurang dari 3 kali seminggu atau tidak membuang air besar lebih 2 hari.

Mealshake Bantu Mengatasi Sembelit Anak Anda

Punca-punca sembelit di kalangan kanak-kanak


Beberapa sebab dan punca yang dikaitkan dengan masalah sembelit di kalangan kanak-kanak dan bayi anda. Antaranya ialah:
  • kurang pengambilan serat di dalam makanan harian-serat boleh didapati di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Biasalah budak-budakan. Normal la budak budak tak suka makan buah dan sayur
  • kurang minum air putih
  • makan makanan segera (fast food) yang mengandungi bnayak lemak seperti burger, kentang goreng dan
  • makan makanan yang mengandungi gula yang diproses seperti gula-gula, biskut manis dan soft drink
  • bagi bayi sembelit mungkin berlaku apabila adanya peralihan dari susu ibu kepada susu fomula yang mana susu formula sukar untuk dihadam dan diserap ke dalam usus berbanding susu ibu
  • peralihan dari makanan bayi kepada makanan pejal (solid food). Usus bayi yang belum matang tidak dapat berfungsi dengan baik
  • pengambilan ubat untuk merawat kekurangan zink boleh mendorong kepada sembelit

Harus diingat kanak-kanak cenderung untuk mengelak pergi ke bilik air walaupun mereka benar-benar ada desakan untuk berbuat demikian. 

Keadaan ini mungkin disebakan tidak mahu berhenti bermain permainan yang menyeronokkan atau menggunakan tandas awam.

Tekanan juga boleh menjadi sebab sembelit di kalangan kanak-kanak. Apabila mereka cemas tentang sesuatu seperti permulaan untuk ke sekolah baru dan adanya masalah di rumah. 

Kajian telah membuktikan bahawa kecelaruan emosi boleh memberi kesan kepada usus untuk berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan sembelit serta masalah lain seperti cirit-birit.

Tanda-tanda yang menunjukkan anak anda sembelit:

  • bayi atau anak-anak anda menunjukkan rasa resah atau tidak selesa ketika membuang
  • bagi kanak-kanak yang lebih besar mereka akanmengadu rasa sakit atau mereka dilihat meneran ketika membuang air besar.
  • najis mereka kelihatan kering, keras, berketul-ketul dan berbiji-biji seperti biji kacang.
  • kentut dan najis mungkin berbau lebih busuk
  • kekerapan membunag air besr berkurangan
  • bayi atau anak-anak anda tidak selera untuk makan
  • perut kembung


Tips mengatasi sembelit secara semulajadi untuk bayi dan kanak-kanak:

  • baringkan bayi anda dan tetapkan kaki ke atas. Kemudian cuba gerakkan kaki anak anda seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. tujuannya adalah untuk merangsang pergerakan usus di dalam badan
  • jika anak anda berusia 6 bulan ke atas dan minum susu formula, berikan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar secara segar. Ini akan menambah kandungan serat dalam pemakanan mereka dan membantu membuang najis dengan mudah.
  • Kanak-kanak yang berumur satu tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti jus betik dan air suam. Jus betik dipercayai mengandungi serat yang tinggi.
Walaubagaimanapun ibu-ibu di luar sana janganlah terlalu risau apabila anak anda menghadapi sembelit kerana keadaan ini adalah biasa di kalangan kanak-kanak. 

Bagaimana Mealshakes Shaklee Boleh Membantu Mengatsi Masalah Sembelit anak anda??


Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit, saya mencadangkan ibu-ibu yang budiman sekalian mencuba Mealshakes kerana ia kaya dengan serat (fiber) larut yang penting untuk mengatasi masalah sembelit dengan membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut usus.

Kekurangan serat yang menyebakan sembelit berlaku. Serat banyak didapati di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Tapi biasalah budak-budak memang tak berapa suka sayur dan buah kan.Ia satu keadaan yang biasa. 

Harus diingatkan Mealshakes hanya sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 1 tahun dan ke atas sahaja tau. 

Mealshake Bantu Mengatasi Sembelit Anak Anda

Inilah dia rupa Mealshakes Shaklee. Selain mengandungi serat, Mealshakes juga mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat. Ini menjadikan Mealshakes nutrisi lengkap untuk keprluan kanak-kanak. ia juga mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

Mealshakes juga kaya dengan protein. Protein adalah penting dalam membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, dan lain-lain. Mealshakes juga mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium, dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel.

Klik Keistimewaan dan Kebaikan Mealshakes untuk maklumat lanjut.

Anda kurang yakin untuk menggunakan mealshakes?? Lihat testimoni pengguna di kalanagn ibu-ibu yang berpuas hati dengan mealshakes.


Jadi apa tunggu lagi jom order sekarang. 

RUJUKAN:
http://digestive.niddk.nih.gov/ddiseases/pubs/constipationchild/
http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/constipation-in-children/basics/definition/con-20034665
http://www.patient.co.uk/health/constipation-in-children-leaflet
http://www.webmd.com/children/constipation-treatment
http://drzubaidi.com/blog/sembelit-di-kalangan-bayi-dan-kanak-kanak/
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/002470.htm

Hubungi saya segera untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.Dengan membuat pembelian produk Shaklee dengan saya, anda layak mendapat perkara berikut:

#1 jadual pengambilan vitamin secara teratur
#2 konsultasi percuma secara berterusan
#3 tip-tips eksklusif berkaitan set/produk yang dibeli

"produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit..ia hanyalah supplemen iaitu makanan tambahan utk kesihatan kita."

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Puan Nor Akmal:
H/P no: 0139279846
COD: Pontian-Simpang Renggam-Rengit
Pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Comments

  1. Meal shakes membantu anak saya hilangkan sembelitnya..dan menaikkn selera makan. Sebelum mengambil Meal shakes, anak saya kurang sekali selera makannya...tetapu setelah mengkonsumsinya..alhamdulillah...tiada lagi sembelit dan selera makan pon ok

    ReplyDelete

Post a Comment