AMALAN PEMAKANAN SECARA SIHAT

Piramid Makanan untuk rakyat malaysia
Amalan pemakanan yang sihat mengikut garis panduan piramid makanan
Makan secara sihat adalah sangat penting untuk kita mengekalkan kesihatan sepanjang hayat dan mengelakkan terkena penyakit kronik. Maksud makan secara sihat ialah mempelbagaikan jenis makanan yang diambil setiap hari secara sederhana dan seimbang kandungan vitamin dan nutriennya. Berikut ialah 8 amalan pemakanan secara sihat yang boleh kita amalkan dalam kehidupan setiap hari.
#1 MAKAN NASI DAN PRODUK BIJIRIN
Makanan ini jika dimasak tanpa minyak adalah berkalori rendah. Kita digalakkan mengutamakan nasi putih, kurangkan nasi lemak atau nasi minyak. Ambil produk bijirin yang kurang gula untuk sarapan pagi. 

Makanan seperti nasi, roti, produk bijirin dan ubi-ubian kaya dengan karbohidrat dan merupakan sumber serat yang baik. Bijirin dan produk berasaskan bijirin mengandungi protein, vitamin dan mineral serta beberapa fitokimia lain yang penting
makan nasi dan produk bijirin
#2 MAKAN BANYAK BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN
makan banyak sayuran dan buah-buahan
Seperti yang kita sedia maklum buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi pelbagai vitamin, mineral, serat dan antioksida yang diperlukan oleh tubuh kita. 

Kita digalakkan untuk mengambil sayuran dan buah-buahan dalam setiap hidangan kerana ia membekalkan nutrien-nutrien penting yang diperlukan. Setiap hari ambil sekurang-kurangnya tiga hidangan sayuran yang pelbagai jenis dan warna. Untuk buah pula dua hidangan setiap hari.

#3 MAKAN IKAN, DAGING, AYAM, TELUR DAN KEKACANG
makan daging, ikan, ayam, telur dan kekacang
Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang merupakan sumber protein untuk keperluan tubuh kita. Cara pengambilan untuk ikan ialah dua sajian sahaja setiap hari. Manakala untuk ayam, daging dan telur antara setengah hingga dua hidangan setiap hari dan kekacang pula ialah antara setengah hingga satu sajian sehari. 

#4 AMBIL SUSU DAN PRODUK TENUSU
Satu kajian yang dijalankan oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah menunjukkan kadar pengammbilan susu dan produk tenusu di kalangan rakyat Malaysia adalah rendah jika dibandingkan dengan negara Barat. 

Susu dan produk tenusu seperti keju dan yogurt merupakan sumber kalsium yang baik yang diperlukan untuk mencegah penyakit reput tulang (osteoporosis). Cadangan sajian adalah satu hingga dua hidangan setiap hari.
cadangan sajian susu dan produk tenusu
#5 HADKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG TINGGI KANDUNGAN LEMAK
Umum mengetahui bahawa menu masakan di Malaysia kebanyakannya bergoreng dan mengandungi santan. Kandungan tenaga dan lemak di dalam minyak adalah tinggi dan boleh menyumbang kepada obesiti. 

Jadi, pengambilan makanan yang berkolesterol tinggi , lemak haiwan dan  asid lemak trans perlu dikurangkan kerana kolesterol menjadi punca saluran darah tersumbat dan menyebabkan sakit jantung.

#6 PILIH MAKANAN YANG KURANG GARAM DAN SOS
Kurangkan mengambil makanan yang mengandungi garam yang tinggi seperti kicap, budu, belacan, cencaluk, sos dan kiub perasa. Kita digalakkan menggunakan perasa asli di dalam masakan seperti bawang, limau nipis, serai atau rempah ratus bagi menggantikan perencah atau kiub perasa yang tinggi kandungan garamnya. 

Pengambilan makanan yang bergaram dikatakan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

#7 AMBIL MAKANAN YANG KURANG GULA
Sumber gula boleh diperolehi secara semulajadi di dalam makanan seperti susu dan buah-buahan. Secara tidak langsung badan kita telah mendapat gula dengan mengambil buah-buahan. 

Gula juga sering ditambah ke dalam makanan semasa pemprosesan dan penyediaan makanan juga digunakan untuk mengawet sesuatu makanan seperti makanan di dalam tin. Jadi kita haruslah mengurangkan pengambilan  gula dalam diet harian.

#8 MINUM BANYAK AIR SETIAP HARI
tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Amalan meminum air yang mencukupi akan dapat menghindarkan penghidratan dan membantu melancarkan proses membuang air besar. 

Air berfungsi melaraskan suhu badan. Air juga berperanan membawa nutrien dan oksigen ke sel-sel di dalam tubuh serta menghapuskan sisa-sisa buangan dan mengekalkan jumlah darah. Air juga membantu melindungi sendi dan mengawal organ serta tisu. 

Tanpa makanan manusia boleh hidup selama 8 minggu tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari. Keperluan air akan meningkat sekiranya kita sentiasa berada di luar rumah ketika cuaca kering dan panas, kerap bersenam adan berada di dalam bilik berhawa dingin.

Meminum air yang bersih dan selamat adalah penting kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada bawaan air. Masa yang terbaikmuntuk kita minum air ialah sebelum kita berasa dahaga.

Comments