12 TIPS DIDIK ANAK GUNA TANDAS

Selalu terjadi apabila ank-anak sudah boleh berdikari membuang air kecil di dalam tandas, ibu bapa kurang memberi perhatian tentang adab dan tatacara mereka keluar masuk ke tandas.

Anak-anak dibiarkan membasuh najis mereka sendiri tanpa pengawasan. Kebiasaannya anak lelaki suka kencing berdiri dan tidak membersihkan najis dengan betul.

Cuba kita bayangkan, jika si anak keluar masuk tandas tanpa membersihkan najis dengan betul dan sempurna lalu kesan najis itu di bawa berjalan-jalan ke dalam rumah. Agak-agak bagaimanakah keadaan rumah ketika itu?? 

Secara mata kasar kita nampak bersih dan sucu, hakikatnya tidak suci dan bernajis?? Bagaimana pula dengan amalan kita?? sah ke tidak sah?? Fikir-fikrkan..

Di bawah ini ada beberapa tips yang diambil daripada majalah anis. semoga tips ini berguna untuk kita semua.

  • Apabila anak-anak kita sudah mula pandai berjalan, didiklah mereka tentang tatacara tandas.
  • Sediakan selipar kecil di dalam tandas dan bilik airuntuk kegunaan anak-anak. Bagitahu mereka bahawa perlu menggunkan selipar kerana tandas merupakan tempat yang banyak kuman dan bertujuan untuk mengelakkan kaki daripada terpijak najis yang berada di atas lantai di dalam tands.
  • Didiklah anak-anak agar menutup kepala apabila masuk ke dalam tandas dan membaca doa sebelum masuk tands.
  • Ajarkan mereka cara-cara mengunakan mangkuk tandas dan tidak kencing berdiri yang menybabkan lantai bernajis serta najis boileh terpercik ke dinding tandas dan berbau hancing.
  • seleas membuang air kecil atau besar, bagitau mereka cara menyucikan najis tersebut. Gunalah paip air dan salur getah. Ia membantu memudahkan anak menyucikan najis dengan sendiri tanpa bantuan orang lain.
  • Didiklah mereka agar berjimat cermat ketika menggunakan air. Janganpasang air terlalu laju yang menyebabkan pembaziran.
  • Pam tandas, jirus sekeliling mangkuk dan sekitarnya dengan air yang dibuka secara perlahan. Ini dapat mengelakkan air dari memercik ke badan.
  • Basuh tangan dengan sabun dan bilas tangan hingga bersih.
  • Jirus kepala paip dengan sedikit air.
  • sebelum keluar dari tandas basuh kaki terlebih dahul. Jirus air secara perlahan-lahan ke kaki.
  • Buka selipar dengan cemat dan tanggalkan selipar di dalam tandas. Jangan di bawa keluar selipar tersebut.
  • Baca doa keluar tandas.

12 TIPS DIDIK ANAK GUNA TANDAS

Semoga perknogsian yang ringkas ini bermanfaat untuk kita semua.  

Kredit kepada Hajah Jalilah Abdullah
Majalah Anis Bil. 178

Comments