Panduan Diet Malaysia Untuk Gaya Hidup Sihat.



Masalah obesiti di Malaysia semakin membimbangkan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2010, Malaysiamerupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk yang gemuk di AsiaTenggara dan berada di tempat ke-enam di seluruh Asia. Sesetengah rakyat Malaysia tahu betapa seriusnya penyakit ini, namun masih ramai yang tidak menyedari akan bahayanya.

Hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, atau NHMS pada tahun 1996-2011 mendapati bahawa kadar obesiti telah meningkat kepada hampir tiga setengah kali ganda, daripada 4.4% pada tahun 1996 kepada 15.1% pada tahun 2011. Manakala prevalens lebih berat badan pula meningkat kepada 29.4% pada tahun 2011, menjadikan kira-kira 50% atau satu daripada dua orang dewasa di Malaysia adalah sama ada lebih berat badan atau obes.

Berikut adalah panduan diet Malaysia yang boleh kita amalkan untuk gaya hidup sihat sepanjang hayat.

#1 Makan pelbagai jenis makanan mengikut pengambilan disarankan Piramid Makanan Malaysia.



#2 Kekalkan berat badan dalam julat sihat.

#3 Aktif secara fizikal setiap hari.

#4 Makan nasi, produk bijirin (terutama bijrin penuh) dan ubi secukupnya.

#5 Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran pelbagai warna setiap hari.



#6 Makan ikan, daging, ayam, telur dan kekacang secra sederhana.

#7 Ambil susu dan produk tenusu secukupnya.

#8 Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak dan kurangkan minyak dalam masakan.

#9 Pilih dan sediakan makanan kurang garam dan sos.

#10 Ambil makanan dan minuman rendah gula.

#11 Minum banyak air setiap hari.



#12 Amalkan penyusuan ekslusif sejak bayi lahir hingga enam bulan dan teruskan penyusuan sehingga berusia dua tahun.

#13 Ambil makanan dan minuman selamat dan bersih.

#14 Gunakan maklumat pemakanan pada label makanan dengan berkesan.

#15 Pengambilan suplemen dan nutrisi tambahan dalam diet harian kita untuk menampung kekurangan vitamin dalam diet harian kita. 

Semoga maklumat ini bermanfaat untuk kita semua. 

Comments