Ayam, Keldai Dan Anjing



Masruq bin Ajda' bercerita: 

"Di sebuah desa pedalaman, terdapatsebuah keluarga yang hanya memiliki sekor ayam, keldai dan anjing. Ketiga-tiga haiwan ini sangat disayangi oleh mereka kerana manfaatnya bagi keluarga tersebut. Ayam untuk mengejutkan bangun solat, keldai untuk mengambil air dan anjing untuk menjaga rumah.



Suatu hari, seekor musang memakan ayam mereka. Seisi keluarga berasa sangat sedih. Namun si ayah berkata: "Tidak mengapa. Insya-Allah takdir ini baik untuk kita." Selang beberapa hari kemudian, seekor serigala membunuh keldai mereka. Ahli keluarga itu kembali bersedih, namun si ayah tetap berkata: "Tidak mengapa. Insya-Allah takdir ini baik untuk kita."


Selang beberapa waktu, anjing mereka juga mati secara tiba-tiba. Seluruh ahli keluarga itu kembali bersedih, namun si ayah tetap berkata: "Tidak mengapa. Insya-Allah takdir ini baik untuk kita."

Pada suatu pagi, ahli keluarga itu terbangun dari tidur. Mereka mendapati seluruh penduduk desa telah ditawan dan dibawa pergi oleh sekumpulan penyamun pada malam tersebut. Hanya ahli keluarga ini yang terselamat, kerana para penyamun itu hanya memasuki rumah-rumah yang terdengar suara haiwan di dalamnya sahaja.

(Al-Hafiz Ibn Abi Dunya, Al-Ridha 'Anillah)

PENGAJARAN:
Takdir Allah sentiasa baik untuk manusia. Hanya kita tidak memahami hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

Apabila sesuatu musibah menimpa kita, ucapan pertama yang kita perlu ucap ialah "InnaLillahi ainna Ilaihi raji'un" kerana setiap ujian yang datang itu semuanya darpada Allah. Kita disuruh bersangka baik dengan Allah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. 

Comments