Saturday, 28 April 2018

6 Panduan Memilih Suplemen Protein Yang Betul, Selamat Dan Berkesan

Assalamualaikum. 

Protein ni sangatlah penting. Ia umpama blok binaan yang membina tubuh kita sebagaimana batu bata yang membina rumah kita. Ia adalah penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu dalam badan, termasuk kulit kita.

Protein memainkan pelbagai peranan penting terhadap tubuh badan. Bermula dari penghasilan sel kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku, tubuh kita memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum.



Suplemen protein atau makanan tambahan protein bukan lagi suatu yang asing pada hari ini. Biasanya protein tambahan ni diambil oleh mereka yang aktif di gimnasium. Namun hari ini makanan tambahan protein diambil sebagai pelengkap kepada tubuh kita.

Suplemen protein dalam bentuk serbuk merupakan cara yang paling mudah untuk memastikan kita mendapat protein yang mencukupi setiap hari. Senang dan mudah disediakan serta boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. shake shake je uolls. Giteww..hihihi..

Namun kita perlu bijak dan tahu apakah ciri-ciri penting yang perlu ada pada suplemen protein supaya protein itu adalah pilihan yang betul, selamat dan berkesan. 




6 Panduan untuk bantu anda pilih sumber protein yang betul dan selamat


Di sini saya nak share dengan korang semua 6 panduan memilih suplemen protein yang betul. Chekc it out.. 


Panduan 1 : SUMBER DARI PROTEIN SOYA


Sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang sensitif kepada laktosa.
  • Mengandungi pelbagai faedah seperti berkesan untuk mengurangkan kolesterol.
  • Pengambilan protein soya yang berterusan membantu wanita menopos menangani sindrom menopos seperti kepanasan badan.
  • 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk individu vegetarian.


Panduan 2 : TIADA GULA PASIR TAMBAHAN


Kebanyakan pengeluar suplemen menambah gula pasir ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa. Kita tahu gula adalah racun kepada tubuh kita dan banyak keburukannya.

  • Pengambilan protein membantu memastikan anda tidak mengambil kalori yang berlebihan.
  • Membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat.

Panduan 3 : MEMPUNYAI INDEKS GLISEMIK YANG RENDAH


Indeks glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula dalam darah kita. Protein dengan GI yang tinggi menyebabkan lonjakan gula dalam darah dan mengakibatkan badan kita mudah letih, mudah marah dan cepat lapar. Protein soya GI rendah membantu:
  • Mengekalkan paras gula darah yang sihat.
  • Meningkatkan rasa kenyang, menjadikan kita berasa kenyang lebih lama.
  • Mengawal dan menguruskan pengambilan makanan dan berat badan.

Panduan 4 : LENGKAP DENGAN 9 ASID AMINO PENTING


Asid amino adalah blok untuk menghasilkan protein. Pengambilan 9 asid amino setiap hari amatlah penting untuk:
  • Fungsi badan yang optimum.
  • Proses biologi seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot.
  • Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut.


Panduan 5 : SOYA NON GMO BUKAN GMO


Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) adalah tumbuhan, haiwan, ataupun mikroorganisma yang genetiknya diubahsuai dengan menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan.


Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Sumber bukan GMO memastikan:
  • Nutrien kekal dalam sumber makanan.
  • Alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan selamat.
Pastikan makanan tambahan protein yang korang pilih adalah dari sumber soya NON GMO okey.


Panduan 6 : KANDUNGAN RENDAH LEMAK


Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Protein berasaskan tumbuhan seperti soya bebas daripada lemak tepu dan transfat. Kita ambil suplemen protein tambahan untuk mendapat faedah protein yang ada di dalamnya bukannya lemak.
  • Membantu mengekalkan jisim otot.
  • Membantu mengekalkan tahap kolesterol.
  • Pilih kurang daripada 3g lemak untuk setiap 100g serbuk protein.
Kekacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan juga mengandungi sumber protein tanpa lemak berlebihan.


Korang rasa ada tak keenam-enam ciri ini di dalam serbuk protein atau suplemen protein tambahan yang menjadi pilihan korang tu? Kalau tak ada fikir dulu sebelum membeli atau consume.

Kita ambil suplemen untuk membantu mendapatkan kesihatan yang lebih baik dan mencegah pelbagai jenis penyakit yang kronik. 


Apa pilihan protein tambahan saya? Tentulah dan pastilah the one and only iaitu Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee. 


With 💖💖💖
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
6013-9279846

1 comment:

  1. Indek glisemik dia yg rendah tu yg best.. Sbb sesuai sgt utk org yg tgh plan nk slim mcm sy ni..hihi

    ReplyDelete