Wednesday, August 10, 2016

Kolik Pada Bayi Ibu-ibu Jangan Risau Ketahui Apa Yang Perlu Dilakukan

Kolik di kalangan bayi agak misteri. Kolik merujuk kepada bayi yang sihat tetapi menangis secara kerap dengan teruk lebih 3 jam sehari, lebih 3 hari seminggu dan  lebih dari 3 minggu. Ia masalah yang biasa berlaku 1 dalam 5 orang bayi.

Kolik cenderung berlaku apabila bayi berumur selepas beberapa minggu. Mengikut www.webmed.com kolik mungkin berlaku sekitar 2 minggu jika bayi dilahirkan cukup bulan. Kolik boleh terjadi bagi bayi lelaki atau perempuan sama ada bayi yang diberi susu ibu atau minum melalui botol susu.

Bayi yang ada kolikNormalnya kolik akan berhenti apabila bayi berumur sekitar 4 hingga 6 bulan. 




Tanda-tanda dan Simptom bayi anda ada kolik

  • menangis yang keterlaluan
  • menangis pada lewat petang atau malam selama beberapa jam
  • muka bayi menjadi merah dan kemerah-merahan apabila menangis
  • bayi akan mengepalkan penumbuk, mengangkat lutut hingga perut atau melengkung belakang apabila menangis

Apa Sebab Berlakunya Kolik?


Punca sebenar kolik tidak diketahui. Sebab tu susah untuk merawat bayi yang menghidapi kolik. Cuma beberapa teori yang mengaitkan dengan sebab-sebab berlaku kolik di kalangan bayi.
  • sistem penghadaman yang semakin berkembang dengan otot yang sering kekejangan (sistem pencernaan belum matang)
  • hormon yang menyebabkan perut sakit atau mood yang cerewet.
  • sistem saraf yang tengah berkembang
  • terlampau terdedah kepada cahaya, bunyi bising dan sebagainya
  • angin atau kembung perut yang teruk
  • usus bayi sensitif dengan protein dari susu ibu atau susu formula
  • alahan
  • Lactose intolerance - ketidakmampuan menghadam makanan yang mengandungi lactose, gula di dalam susu atau produk berasaskan susu. 

Ibu ayah mesti risau dan stress kan bila anak keadaan macam ni. Anak menangis macam sakit tapi tak sakit pun. Jadi ibu ayah jangan risau ok. Teruskan menyusu dan beri makan bayi kalian untuk dapatkan berat normal.

Tip yang boleh membantu mengurangkan kolik


Sebenarnya tidak ada cara yang tepat dan jalan terbaik untuk menenangkan bayi yang dilanda kolik. Setiap bayi akan memberi tindak balas yang berbeza bagi setiap cara yang digunakan.


Jadi ibu bapa yang perlu mencuba pelbagai cara untuk menenangkan bayi yang ada masalah kolik ini. Antara cadangan yang boleh digunakan untuk menghadapi kolik di kalangan bayi ialah:

  • pegang dan dukung bayi dalam keadaan berbeza seperti di atas bahu, baringkan bayi di tangan dengan mengenakan perut bayi ke bawah sepanjang lengan
  • bedung bayi dengan selimut atau kain bedung
  • pegang atau dukung bayi secara tegak semasa makan untuk mengelakkan tertelan udara
  • bagi ibu-ibu yang menyusukan anak jangan terlalu banyak minum kopi atau minuman berkafein. 
  • sendawaakn bayi selepas minum susun - pegang bayi dibahu dan gosok perlahan-lahan belakang dan perut bayi sehingga sendawa
  • jika bayi minum menggunakan botol susu pastikan puting susu dapat mengalirkan susu dengan lancar. Puting susu yang kecil boleh menyababkan bayi menelan udara semasa mereka menghisap susu
  • bayi suka bergerak. Boleh letak bayi di dalam kereta sorong dan bawa berjalan sekitar rumah. Goyangkan bayi di atas bahu kalian. Jangan goncangkan bayi sudahlah ok.
  • mandikan bayi dengan air suam. Gosok dengan lembut perut dan belakang bayi


Bagi ibu-ibu yang ingin mencuba menenangkan bayi secara tradisonal korang cuba menggunakan Krim Pelbagai Guna Herbal Blend Shaklee.



Krim ini hanya untuk disapu secara luaran sahaja. Krim herbal blend ini boleh disapu pada seluruh tubuh bayi. Krim herbal blend bersifat menyejukkan. 


Inginkan shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?
Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

No comments:

Post a Comment