Luka Pembedahan Radang Apendiks Saya Sembuh Dengan Cepat

Apendisitis atau radang apendiks ialah kedaan di mana apendiks membengkak dan ada nanah. Apendiks atau disebut sebagai sekum adalah satu organ kecil sambungan daripada salah satu usus besar yang terletak di bahagian bawah paras pusat dan kanan abdomen.

Sesiap sahaja berisiko mendapat apendiks terutama yang berumur dalam lingkungan 10 hingga 30 tahun. 


Luka Pembedahan Radang Apendiks Saya Sembuh Dengan Cepat


Simptom dan tanda-tanda apendiks


Tanda-tanda utama sakit apendiks ialah apabila muncul rasa sakit apendiks bermula di bahagian perut (bawah abdomen) sama sepert rasa sakit gastrik. Rasa sakit ini akan berlarutan dalam masa beberapa jam dan beralih ke bahagian bawah kanan abdomen (bawah paras pusat).

Selain rasa sakit seperti di atas, seseorang yang terkena penyakit apendiks akut akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda di bawah:
  • rasa mual dan muntah
  • tiada selera makan
  • demam yang ringan
  • sembelit
  • tidak boleh mengeluarkan angin atau kentut
  • cirit-birit 
  • abdomen membengkak


Rawatan Penyakit Apendiks Akut


Untuk merawat apendiks akut tiada cara lain melainkan dengan membuangnya melalui pembedahan. Apendiks yang tidak dibuang akan pecah dan boleh menyebabkan keracunan darah yang membawa maut.

Jika seseorang itu mempunyai apendiks yang teruk apendektomi iaitu pembedahan untuk mengeluarkan apendiks perlu di buat. Pembedahan apendektomi merupakan rawatan tradisionl yang telah wujud sejak 100 tahun yang lalu. 

Melalui pembedahan ependektomi terbuka ini apendiks pada peringkat pangkal yang panjangnya antara 5 hingga 10 cm akan dibuang. Luka pembedahan ependektomi bergantung kepada tahap kegemukan atau obesiti. Biasanya antara 3 cm hingga 5 cm.

Satu lagi teknik terbaru membuang apendiks ialah pembedahan laparoskopik. Kaedah laparoskopik tidak meninggalkan parut yang panjang. Melalui kaedah laparokopik pakar pembedahan akan membuat tiga torehan yang mana setiapa satunya berukuran antara 5mm hingga 10mm sahaja.


Bagaimana mengesan penyakit aendiks akut?


Doktor akan tekan bahagian abdomen kanan dan dilepaskan dengan tiba-tiba. Bila dilepaskan secara tiba-tiba biasanya bahagian tersebut akan rasa sakit. Ini juga salah satu tanda radang apendiks.

Untuk memastikan radang apendiks atau tidak prosedur di bawah ini akan dilakukan:

  • ujian darah - bilangan darah putih menjadi tinggi jika ada radang apendiks
  • ujian air kencing - ujian ini untuk memastikan jika ada jangkitan di trek urinari atau batu karang yang menyebbakan rasa sakit.
  • ujian imbasan - imbasan ultrasound dilakukan ke atas bahagian abdomen anda yang akan mengesahkan tidak terdapat penyakit lain yang menyerupai apendisitis. Imbasan ultrasound yang menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi dan teknologi komputer akan menghasilkan imej organ dalaman

Baiklah itu serba sedikit tentang radang apendiks yang saya faham melalui pembacaan yang agak terhad ini dan juga pengalaman saya sendiri yang pernah menjalani pembedahan membuang apendiks pada tahun 2014.


Catatan ringkas pembedahan radang apendiks yang saya tempuhi



30 Disember 2013 - 
Bermulanya rasa sakit di bahagian perut. Buat tak endah je sebab ingat perut masuk angin.

31 Disember 2013 - 
Rasa sakit makin teruk. Pagi tu masih lagi ke sekolah. Badan rasa macam nak demam. makan dah tak ada selera. rasa loya dan nak untah mula muncul. Selepas Zohor ke klinik panel. Sampai je klinik saya muntah. 

Doktor syak saya kena apendiks dan memminta saya ke hospital daerah untuk meriksaan lanjut. Maklumlah klinik panel tiada kelengkapan yang memcukupi. 

Kemudian terus ke hospital daerah. Hampir sejam tunggu barulah dipanggil untuk ambil darah dan ujian air kencing. pastu tunggu lagi hampir sejam barulah dipanggil masuk bilik. Doktor scan tapi masih ragu-ragu nak buat conclusin sama ada apendiks atau kehamilah ektopik.

Disebabkan hospital daerah juga tak cukup kepakaran dan peralatan akhirnya aku dihantar ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. 

1 Januari 2014 - 
Petang baru aku ditolak ke bili untuk membuat ujian ultrasound. Dan disahkan sakit apendiks. doktor minta aku mula berpuasa dan pembedahan akan dibuat pukul 12 malam.

Tunggu punya tunggu pembedahan tak jadi. Sampai tertidur dengan gown pembedahan. Pembedahan terpaksa ditangguhkan sebab OT (bilik pembedahan) tak cukup. Kes apendiks saya ni macam kes yang tak urgent la. Jadi didahulukan kes yang urgent seperti bersalin.

2 Januari 2014 -
Lebih kurang pukul 7.30 pagi nurse bagitau suruh bersiap-siap pembedahan akan dibuat pagi ni. Dalam pukul 8 saya ditolak masuk ke bilik pembedahan. Masa ni Maa (my mom) dalam perjalanan dari terengganu. Suami pun tak dapat datang sebab tunggu mak sampai dulu. Sedih sangat masa ni. Sebelum tu call suami dan mak minta maaf apa suami. Meleleh juga air mata. 

Sedar-sedar lebih kurang pukul 11 pagi saya dah siap buat pembedahan. Tak ingat saya sebabnya masih lagi mamai degan ubat bius. Alhamdulillah..Allah masih panjangkan umur saya. Dan saya tidur sehingga lah Maa dan suami sampai dalam pukul 1 gitu. Masa ni barulah rasa sakit mencucuk kat tempat luka.

Mengikut kata doctor apendiks saya dah pecah dah pun. Mujurlah tidak ada perkara yang tak diingini berlaku. 

5 Januari 2014
Alhamdulillah..Saya dibenarkan discahrge dari hospital.


Apa yang saya ambil untuk sembuhkan luka pembedahan apendiks dengan cepat?



Mujur juga masa ni dah kenal Shaklee. Selain mengambil ubat yang dibeklakan oleh doktor saya juga mengamalkan suplemen Shaklee untuk memastikan luka pembedahan apendiks sembuh dengan baik. 

Luka Pembedahan Radang Apendiks Saya Sembuh Dengan Cepat

Inilah 3 vitamin utama yang saya ambil selepas pembedahan membuang apendiks. Alhamdulillah selepas 2 minggu saya ke klinik berdekatan untuk membersihkan benang jahitan. Nurse puji luka bercantum dengan baik.

Parut keloid pun tak tebal sangat. Biasa je. Parut pembedahan tak panjang sangat dalam 3 cm saja. Maklumlah orang perempuan ni bab-bab parut ni concern la sikit. 

Meh kita tengok apa fungsi ketiga-tiga vitamin ini;

Zinc Complex - membantu luka pembedahan kering dan sembuh dengan cepat.

Sustained Release Vita C (Vitamin C) - Vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan bertindak sebagati antibodi bagi melindungi tubuh dari jangkitan.

Energizing Soy Protein (ESP) Membekalkan asid amino yang penting untuk pembinaan semula kulit, otot dan organ dan ia membantu mempercepatkan luka untuk sembuh dan mengurangkan parut. ESP juga membekalkan tenaga segera dan berpanjangan.


Jika korang ingin mencuba suplemen Shaklee untuk merawat luka pembedahan atau sebagai langkah pencegahan bagi penyakit-penyakit kronik yang lain seperti kencing manis, darah tinggi, strok, sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung dan sebagainya boleh cuba berikhtiar dengan suplemen Shaklee yang lain.

InsyaAllah vitamin Shaklee boleh membantu kalian hidup lebih sihat. Di samping amalan hidup sihat juga perlu dititikberatkan.

Nak beli vitamin (suplemen) untuk merawat luka pembedahan dan vitamin Shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultasi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

Comments

  1. tq sharing. supplement ni mmg terbukti boleh improve kesihatan kita eh? saya ada skeptikal sikit huhu

    ReplyDelete

Post a Comment