Wednesday, June 29, 2016

Umur Masih Muda Tapi Tumit Merekah Dan Pecah Macam Orang Tua...Oh Malunya!!

Masalah tumit merekah dan pecah-pecah ni buka orang perempuan je yang ada. Orang lelaki pun ada juga. Tapi biasa la kan orang lelaki dia tak kisah sangat dengan hal-hal macam ni. Yang lebih concern mestilah kaum hawa. 

Ada sesetengah orang tu bukan tumit je yang merekah. Ada juga yang merekah sekeliling kaki. Lagi teruk kan. Memanglah kaki merekah dan pecah ni bukanlah sejenis penyakit. Ini menunjukkan kulit terlalu kering. Air yang kurang di dalam badan boleh menyebabkan tumit kaki boleh jadi merekah dan pecah.

Mengikut Dr. Zubaidi, kulit kaki yang normal ada satu lapisan yang mengandungi air yang cukup. Lapisan ini penting untuk menjadikan kulit kaki lembut dan cantik. Makanya, jika lapisan kulit ni kurang air,kaki akan kering dan boleh jadi gatal juga.

Sebab tu pentingnya kita minum air masak yang cukup setiap hari. Bila dah pecah dan merekah sampai berdarah itu lagi menyakitkan. Kalau nak tumit tu cantik jangan malas-malas ye minum air masak cik puan sekalian.


Umur Masih Muda Tapi Tumit Merekah Dan Pecah Macam Orang Tua...Oh Malunya..


Korang pernah tak jumpa dengan orang yang umurnya masih muda jelita tapi dah ada masalah tumit merekah ni. Saya pernah jumpa dengan orang macam ni. Wajahnya cantik tapi sayang ada masalah tumit merekah. 

Mungkin tuan badan tu tak kisah sangat tapi sedikit sebanyak ia mencacatkan penampilan. Betul tak? Bila tumit pecah dan merekah ni tak selesa sebenarnya. Kalau saya yang ada masalah macam ni memamg malu kot kalau orang tengok. Nampak macam kita ni tak pandai jaga kebersihan dan kecantikan diri.

Jom kita tengok apa punca-punca lain yang menyebabkan tumit merekah dan pecah selain kekurangan air di dalam badan.

Punca-punca dan faktor berlakunya masalah tumit merekah dan pecah



  • genetik atau keturunan. Jika keluarga korang ada yang menghadapai masalah macam ni korang pun kebarangkalian untuk mendapat masalah tumit merekah ni agak tinggi jugalah
  • berat badan yang bertambah. Kaki tak dapat nak sokong badan yang terlebih berat menyebabkan tumit jadi merekah dan pecah
  • wanita yang mengandung. Ia disebabkan perubahan hormon dan juga berta badan yang semakin bertambah
  • memakai kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat
  • memakai kasut  tumit tinggi dalam tempoh yang lama menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi
  • tidak memakai stokin ketika bersukan. Jadi tumit boleh tercedera dan pecah
  • kulit sensitif dengan simen dan penggunaan sabun yang tidak sesuai dengan kulit
  • usia yang semakin bertambah. Kulit kaki tidak mampu mengekalkan kandungan air di dalam lapisan kulit
  • berendam di dalam air panas yang terlalu lama dan kerap
Menurut www.livestrong.com masalah tumit kaki merekah dan pecah disebabkan kekurangan bebrapa vitamin dan mineral iaitu, Vitamin A, Vitamin E, Vitamin C, Zinc dan asid lemak omega-3.

Vitamin A

Vitamin A bukan saja penting ungtuk kesihatan mata tetapi ia juga memainkan peranan dalam mengekalkan dan menyegarkan tisu kulit. Vitamin juga menggalakkan pertumbuhan dan pembahagian sel termasuk bertukar (bersalin) sel-sel kulit yang memmbawa kepada kulit yang licin dan sihat.

Vitamin E

Vitamin E berfungsi melindungi sel-sel kulit dari serangan radikal bebas yang merbahaya yang dihasilkan oleh badan kita sendiri dan alam sekitar seperti matahari. Sebagai antioksidan Vitamin E berupaya mengekalkan sel-sel kulit yang sihat dan licin.

Vitamin C

Vitamin C juga berfungsi melindungi kulit dari radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit. Radikal bebas boleh merosakkan struktur sokongan kolagen kulit dan elastin serat (gentian) yang menyebabkan kulit berkedut dan merekah. Sumber vitamin C boleh didapati dari buah-buahan sitrus dan sayuran berdaun hijau.

Zinc

Zinc menyediakan enzim yang memberi manfaat kepada sel-sel kulit dalam pelbagai cara. Zinc memudahkan pembahagian sel, pertumbuhan dan penyembuhan luka.

Asid Lemak Omega-3

Asid lemak omega-3 berfungsi membantu melancarkan peredaran darah, penyembuhan luka, integriti kulit dan mengurangkan keradangan. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan asid lemak omega-3 secara semulajadi. Jadi kita kena dapatknnya dari makanan harian kita. Sumber terbaik asid lemka omega-3 ialah dari ikan laut dalam seperti ikan tuna, mackerel, herring dan sebagainya.

Cara Terbaik Dan Berkesan Atasi Tumit Merekah Dan Pecah


Macam-macam cara dah korang cuba untuk hilangkan tumit merekah. Lumur dengan asam jawa pun dah  buat, gosok dengan bawang merah dan batu sungai pun buat juga, sapu getah betik muda pun dah, macam-macam lagi la petua tradisonal dah cuba kan tetapi masih juga tak berkesan. Kecewanya..Frust menonggeng orang kata..

Jangan sedih-sedih ok. Apa kata korang cuba pula amalkan suplemen shaklee. Saya yakin suplemen shaklee dapat bantu atasi tumit merekah dengan berkesan dan cepat.

Antara rangkaian produk Shaklee yang sesuai untuk menghilangkan tumit kaki merekah dan pecah ialah;
Bila cerita bab tumit merekah ni teringat kat BFF saya ni. Dia ada masalah tumit kasar dan merekah juga la. Dia ni suka sangat guna krim herbal blend yang multi purpose ni. Habis je mesti repeat order. Memang krim herbal blend tidak pernah mengecewakan sesiap yang pernah menngunakannya.

Saya sendiri pun suka guna krim herbal blend ni. Buat macam losyen tangan. Ke mana-mana saja saya pergi mesti saya bawa krim ni. Sentiasa ada dalam handbag saya.

Nak tahu lebih lanjut tentang krim ni boleh klik link di bawah ni:

Testimoni Pengguna yang mengambil krim herbal blend untuk mengatasi tumit merekah


Untuk kesan yang maksimum dan lebih cepat digalakkan mengambil juga vitamin lain terutama yang ada masalah tumit merekah yang kronik sampai berdarah.


Selepas 3 hari menyapu krim herbal blend kesan rekahan pada tumit semakin berkurangan. 


Inginkan vitamin untuk mengatasi masalah tumit merekah dan vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

No comments:

Post a Comment