Tuesday, June 28, 2016

Kosmetik Tiruan Dan Berkualiti Rendah Punca Timbulnya Jeragat...Betul Ke?

Jeragat ialah tompok kecil berwarna hitam atau coklat pekat yang muncul dengan jelas pada bahagia atas tulang pipi bersebelahan bawah mata. Jeragat juga dikenali sebagai masalah pigmentasi.

Masalah jeragat ni hanya dihadapi oleh wanita terutamanya wanita Asia kerana kita lebih terdedah kepada sinaran matahari yang mengandungi ultra ungu (UV)berbanding wanita berkulit gelap seperti di negara Afrika kerana mereka tiada melasma pada kulit. 


Punca-punca Jeragat


Perubahan hormon menjadi punca utama terbentuknya jeragat. Hormon yang merangsang sel melanin pada kulit menyebabkan wujudnya aktiviti melasma iaitu jeragat.

Punca-punca dan faktor lain yang menyebabkan terjadinya jeragat ialah seperti;
  • terdedah kepada sinaran ultra ungu (UVA)
  • keradangan atau kerengsangan
  • kesan jerawat
  • faktor genetik
  • penggunaan kosmetik atau alat solek yang berkualiti rendah (kosmetik tiruan)

Betul ke kosmetik tiruan dan rendah kualiti punca jeragat??


Kita tahu kosmetik tiruan atau yang berkualiti rendah ni ada formula rahsia yang mengandungi kimia berbahaya. Ia bukan saja boleh menyebabkan jeragat jika digunakan dalam masa yang lama. 

Kosmetik tiruan juga boleh menyebabkan masalah kulit yang lain dan merosakkan organ dalaman secara perlahan-lahan. Rata-rata kita semua tahu bahayanya kosmetik berkualiti rendah ni tapi masih berani mencuba. Tak takut langsung dengan kesan sampingan yang akan dapat. Ntahlah..

Kebiasaannya jeragat mula menyerang kulit wanita yang berumur antara 30 hingga 45 ke atas. Ada kajian yang menunjukkan jeragat muncul seawal usia 16 tahun.

Takutnya kan..Kalau umur 16 dah ada jeragat, macam manalah ye nak sampai umur 50 tahun mestilah banyak jeragat tu. Kalau buat rawatan atau pakai apa-apa produk mungkin boleh hilang jeragat tu. 

Kalau tak buat apa-apa..Oh my Ganu..Saya tak boleh nak imagine kalau muka saya penuh dengan jeragat. Bila ada jeragat ni muka kita nampak macam comot atau tak bersih kan..Malu rasanya..


Mak Saya Yang Disayangi Dan Bedak Sejuk


Bila sebut bab jeragat ni saya teringat kat sepupu saya ni. Usia dia sebaya dengan mak saya macam tulah. dah 60-an dah pun. Saya perasan kulit wajah sepupu saya ni ada jeragat agak banyak juga. Ye kita boleh kata punca jeragat sebab usia dia kan. 

Tapi sepupu saya ni orangnya suka bertukar-tukar kosmetik. Saya tahu dia suka sangat pakai krim untuk putihkan kulit. Adakah jeragat yang dihadapi sepupu saya ni berpunca dari krim yang dia guna? Mungkin juga kan. 

Banding dengan mak saya muka mak memang tak ada jeragat. Yang saya tahu mak saya tak suka pakai krim-krim ni. Bedak pun dia tepek bedak sejuk yang makcik saya buat je. Bila nak keluar jalan-jalan mak saya suka pakai bedak sejuk siam ataupun bedak ketul yang bekas petak ada gambar opera cina tu. Tak tahu apa nama bedak tu..Boleh tengok gambar kat bawah ni.


Inilah bedak yang mak saya pakai. Ko hado?? hihi..
(Gambar ihsan google) 

Mak saya juga suka pakai bedak ni.(Gambar ihsan google) 


Tak tahu la apa kandungan bedak ni. Tak pernah pulak siasat. Saya pun tak tahu apa nama sebenarnya bedak tu. Mak saya memang klasik cikit. Keklasikan mak saya tu berjangkit kat saya juga. Mak borek anak rintik kan..hihi..Mak memang marah saya atau adik beradik pakai krim dan bedak-bedak moden ni.

Sejak saya sekolah menengah saya hanya guna bedak AAA atau saya sebut bedak 3A. Mula-mula kerja tahun 2010 pun saya masih lagi guna bedak 3A ni. Bedak 3A ni bekas dia bulat warna hijau. Kihkih..Klasik betul saya dulu. Yang tak tahu boleh tengok gambar kat bawah  ni ye..Entah ada lagi ke tak ada bedak ni lagi ye..Dah lama tak nampak..


Ini pula bedak yang saya pakai dulu-dulu. Kau hado?? haha.. Bila dah lama kerja cikit barulah pandai beli bedak kompak..klasiknya saya dulu..Memang legend sungguh la..hihi..

Jadi hati-hatilah pilih produk kosmetik. Jangan menyesal di kemudian hari. Jangan fikir nak cantik semata-mata sehingga abaikan kesihatan.

Nak cerita pasal jeragat dah melalut cerita pasal bedak pulak ye. Oklah kita kembali kepada tajuk asal kita ye..


Boleh Ke Atasi Jeragat?

Ada yang cakap jeragat ni tak boleh hilang. Saya yakin pencegahan dan rawatan awal boleh membantu mengatasi masalah jeragat ni dengan cepat dan berkesan. Yang penting caranya mesti betul dan tepat.


Apa cara yang terbaik untuk atasi jeragat dengan cepat dan berkesan?


Tidak lain tidak bukan mestilah mengamalkan produk kesihatan shaklee dan set penjagaan kulit Nutri White Shaklee. Nak atasi jeragat bukan setakat rawatan dari luar je tau. Yang paling penting rawatan dari dalam juga sangat diperlukan jika nak jeragat yang degil tu hilang dengan cepat.


Bagaimana Produk Shaklee Boleh Membantu Mengatasi Masalah Jeragat Degil Dengan Cepat Dan Berkesan?



Saya pecahkan produk shaklee yang boleh bantu atasi jeragat kepada dua iaitu set asas (basic) dan set premium. Dan cik puan boleh pilih mana yang sesuai mengikut budget. Kalau untuk kesan yang cepat seperti roket apollo kenalah ambil set premium. hihi.

Set Asas Shaklee Atasi Jeragat Tanpa Kesan Sampingan

Untuk yang nak cegah jeragat atau nak hilangkan jeragatnya masih tak banyak dengan cepat boleh cuba set basic ni. InsyaAllah berkesan jika konsisten mengambilnya. Biasanya jeragat akan pudar sedikit demi sedikit. Yang penting selamat dan tiada ada kesan sampingan jangka panjang ataupun pendek.


Set Asas Shaklee Atasi Jeragat Tanpa Kesan Sampingan

Set asas atasi jeragat ni ada 3 suplemen yang boleh cik puan cuba iaitu Energizing Soy Protein (ESP), Vita-E Complex (Vitamin E) dan Sustained Release Vita-C Plus (vitamin c).

Nak tahu lebih lanjut tentang bagaimana set asas berfungsi boleh klin link ini

Bebaskan wajah dari masalah pigmentasi


Set Premium Shaklee Atasi Jeragat Degil Dengan Cepat Dan Berkesan


Yang nak hilangkan jeragat dengan lebih cepat dan berkesan boleh ambil set premium. Set premium terdiri daripada 2 suplemen untuk merawat dari dalam iaitu Vivix (si tonik ajaib) dan Shaklee Collagen Powder.

Set premium juga ada 2 produk dari rangkaian penjagaan kulit Nutri White Shaklee iaitu Ultimate Protection Whitening Lotion dan Nutriwhite Spot Whitening Treatment.


Set Premium Shaklee Atasi Jeragat Degil Dengan Cepat Dan Berkesan


Nak tahu lebuh lanjut tentang Nutri White Shaklee boleh klik link ini:

Kulit Sihat Menawan Dengan Nutri White Shaklee


Testimoni pengguna yang telah menggunakan produk shaklee untuk atasi jeragat.



Kosmetik Tiruan Dan Berkualiti Rendah Punca Timbulnya Jeragat...Betul Ke?


Kosmetik Tiruan Dan Berkualiti Rendah Punca Timbulnya Jeragat...Betul Ke?
Gambar kedua-dua ni memang gambar asli tanpa make up. Sebab tu masih nampak kesan pigmentasi (jeragat) yang semakin samar-samar tu. Kalau sekiranya saya apply foundation memang kesan tu hilang rata je dengan kulit. Dulu kakak saya sendiri selalu suruh saya guna naturactor bagai..hehehe. Dah bertahun-tahun jeragat ni ..semakin teruk bila mnegnadung..menjadi-jadi...
Jadi saya ambil keputusan biarlah saya tunggu hilang sendiri je dengan supplement Shaklee nih. Tak payah susah-susah nak sembunyikan..sebab saya yakin akan hilang...
Kesan utama collagen nih sangat terasa kulit jadi lembut je. Semakin cerah bukan kat muka je tapi semua. Kesan calar, sunburn semua tu tak ada dah..Sebab saya dulu ahli persatuan, aktif berjemur, berkhemah sana sini..


Nasihat saya bagi yang ingin mencuba set jeragat Shaklee. Suplemen bukanlah ubat ajaib yang boleh nampak kesannya dalam masa yang singkat. Pengambilan secara berterusan sangat lah penting. Bagi masa badan kita nak sesuaikan diri dengan suplemen. Perubahan akan nampak sedikit demi sedikit. Jika anda sabar dan konsisten makan set jeragat Shaklee andalah yang akan untung.

Inginkan Set Jeragat dan vitamin shaklee yang lain dengan harga paling istimewa?

Apa tunggu lagi hubungi saya segera untuk dapatkan harga yang paling istimewa dan konsultsi percuma.

Whatsapp/Telegram saya : Nor Akmal 0139279846

2 comments:

  1. Nak kena cuba set ni untuk kulit yang cantik. Jeles tengok kulit kawan kawan.

    ReplyDelete
  2. Kulit kita pun ada jeragat juga nie, TQ ada perkongsian

    ReplyDelete