Saturday, April 4, 2015

Resepi Laksa Kedah Kegemaran Saya Dan Suami

Sekarang ni tak tahu kenapa saya asyik nak masak laksa je. Pendek kata purata masak laksa ni dua minggu sekali akan saya masak. Seronok tau bila kita masak sesuatu masakan tu jadi sedap dan suami puji. Lagi la bertambah semangat nak masak bila ada orang puji ni kan. Menu yang jarang kita masak, bila kali pertama masak terus "menjadi" memang gembira la kan.. rasa macam nak lompat bintang je..haha..

Untuk kali ini saya nak share Resepi Laksa Kedah yang menjadi kegemaran saya dan suami. Laksa Kedah ke Pinang ke sama je kot. Saya pun tak tahu yang mana satu betul dan saya juga tak tahu apa bezanya antara laksa kedah dan laksa pinang ni. Sebab suami saya orang Kedah saya letak la nama Laksa Kedah..hihi..


Resepi Laksa Kedah Kegemaran Saya Dan Suami
Gambar untuk tatapan. Tak banyak gambar yag disnap semalam.

Saya ni memang hantu laksa. Kalau pergi pasar malam mesti cari laksa kedah (pinang). TAPI, (hah huruf besar gitu tapinya) laksa pasar malam ni memang low quality..Tak de rasa, kuah cair, pendek kata memang tak best la. Bukan niat nak hina dan kutuk makanan tapi itulah hakikatnya.

Sebab tu sekarang dah tak beli laksa kat pasar malam dah. Macam serik juga la. Rela masak sendiri. Bagi yang tak tahu camne nak masak Laksa Kedah yang best punya ni meh salin resepi saya ni (bajet chef gitu..hihi..). Confirm suami dan mak mertua puji. Sebelum tu kita berkenalan dulu dengan bahan-bahan yang digunakan untuk buat Laksa Kedah ni. Jom baca lagi..

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA KEDAH:
  • 1 bungkus laksa beras. Orang Terengganu atau Kelantan biasanya akan beli laksa yang orang kampung buat sendiri. Yang tu lagi sedap sebenarnya. Laksa beras ni kata mak saya boleh buat badan berangin. Laksa beras ni sifatnya sejuk.
  • 1 ikat daun kesum
  • 4 keping asam keping (asam gelugor)
  • Gula dan garam secukupnya.
Bunga kantan saya tak masukkan. Sebabnya saya dengan bunga kantan ni tak serasi cikit.

BAHAN-BAHAN KISAR:
  • 1 kg ikan kembung. Saya suka guna ikan yang besar-besar macam ikan kembung sebab senang nak buang tulang. Nak bagi kuah laksa ni kebabomm punya sedap ikan tu mesti la segar bugar. Baru la bila makan sepinggan tak cukup..hihi
  • Bawang besar. Ikut suka hati. Saya masukkan 3 biji bawang merah yang bersaiz besar juga.
  • 8 biji bawang merah
  • Bawang putih 6 ulas.
  • Halia 1 inci. saya ni asal masak je kalau boleh semua nak masukkan halia. Halia ni asal tak masukkan pon. Ok je kalau nak masukkan. tak ada rasa pelik-pelik pun. Lagi sedap kot sebab tu suami suka..kihkih
  • Cili merah 10 tangkai. Buang bijinya. Saya suka guna cili yang fresh. Bukan cili kering. 
  • Sedikit belacan
BAHAN UNTUK HIASAN:
  • 5 biji telur direbus
  • 2 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1 batang timun dihiris halus. Boleh juga kalau nak guna timun jepun Saya lagi suka guna timun jepun sebab tiada biji. So senang nak sagat bak kat orang utara.
  • Limau nipis. Boleh juga guna limau kasturi. Saya suka guna limau kasturi.
  • Cili padi dihiris nipis. Nak pedas boleh la masukkan masa nak makan. saya tak masukkan pun.
CARA-CARA PENYEDIAN KUAH LAKSA KEDAH:
  • Rendam laksa di dalam air terlebih dahulu. Nak cepat laksa tu masak, rendam hingga lembut. 
  • Rebus ikan bersama asam keping sekeping. Setelah ikan masak toskan. Setelah ikan sejuk asingkan isi dari tulang. Jangan dibuang tulang ikan tu tau. Kisar ikan sehingga hancur. Kemudian kisar tulang ikan tadi bersama sedikit air dan tapis.
  • Masukkan ke dalam periuk yang digunakan untuk merebus ikan tadi bersama bahan-bahan kisar. 
  • Masukkan daun kesum, asam keping, garam dan sedikit gula. Bagi yang nak masukkan bunga kantan boleh masukkan.
  • Masak kuah laksa ini selama lebih kurang 20 minit. Sebeleum api ditutup rasa kuah untuk kali terakhir. Jika dah puas hati dengan rasa kuahnya, boleh tutup api.
  • Hidangkan laksa dengan bahan hiasan. Nyumm, nyum..
Amacam..?? Senang ke susah nak buat laksa Kedah @ Pinang ni?? Senang je kan..Kacang je..Sesiapa pun boleh buat. Okalah saya undur diri dulu. Bisa ketemu lagi di lain masa. Selamat mencuba resepi laksa kedah saya ni. Kalau nak cuba la..Sekali cuba pasti nak cuba lagi..hihi..Kalau tak yakin sedap boleh la cari resepi lain..haha. Apa pun terima kasih kerana sudi membaca coretan saya ini. Bye bye..

10 comments:

  1. Tak perlu mentionkan pasal pasar malam tu..umpama menyusahkan org nk meniaga..tak semua yang tak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima kasih sudi baca resepi cincai saya. Maaf kalau ada yang terasa ati dengan ayat saya. Saya dah banyak kali dah terkena bila beli laksa kat kedai atau pasar malam. Majoritinya kuah yg bermasalah. Bukan nak menghina.

      Delete
    2. Trima kasih sudi baca resepi cincai saya. Maaf kalau ada yang terasa ati dengan ayat saya. Saya dah banyak kali dah terkena bila beli laksa kat kedai atau pasar malam. Majoritinya kuah yg bermasalah. Bukan nak menghina.

      Delete
    3. Trima kasih sudi baca resepi cincai saya. Maaf kalau ada yang terasa ati dengan ayat saya. Tiada niat saya nak menyusahkan peniaga dan pembeli pasar malam.

      Saya dah banyak kali dah terkena bila beli laksa kat kedai atau pasar malam. Majoritinya kuah yg bermasalah dan tak memuaskan hati.

      Delete
  2. Tak perlu mentionkan pasal pasar malam tu..umpama menyusahkan org nk meniaga..tak semua yang tak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya tuan punya blog tiara niat utk mngata atau mghina mknan di pasar mlm.cuma mungkin ada kbnrannya kbyakan mskan di pasar mlm tidak myediakan mknan sesuai dgn cita rasany. Bagi pjual laksa di pasar mlm ambil ini sbg cabaran yg positif utk myediakn mkanan yg bkan shj mnarik ttp SDAP. Tq puan blog share resepi...:)

      Delete
    2. Trima kasih sudi baca resepi cincai saya. Maaf kalau ada yang terasa ati dengan ayat saya. Saya dah banyak kali dah terkena bila beli laksa kat kedai atau pasar malam. Majoritinya kuah yg bermasalah.

      Delete
    3. Trima kasih sudi baca resepi cincai saya. Maaf kalau ada yang terasa ati dengan ayat saya. Saya dah banyak kali dah terkena bila beli laksa kat kedai atau pasar malam. Majoritinya kuah yg bermasalah.

      Delete
  3. Awak tak masukkan bunga kantan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye tak masukkan..saya tak suka. Bunga kantan ni orang tua kata boleh sebabkan angin dalam badan.

      Delete