Thursday, March 12, 2015

Petai Bau Busuk Tetapi Berkhasiat Dan Disukai Ramai

Kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka menyajikan petai sebagai penyedap makanan. Walaupun agak berbau terutama petai mentah namun keenakannya tidak dapat dinafikan. Buah jenis kekacang, leper dan berbentuk biji jelas kelihatan pada kulit buah yang berwarna hijau ini. Ketinggian pokok petai boleh mencecah sehingga 30 meter.

Buah petai atau di dalam istilah saintifik atau botani ialah Parkia speciosa dan tergolong di dalam keluarga Leguminasae atau Fabaceae . Petai merupakan sejenis pokok yang banyak dijumpai di kawasan Asia Tenggara iaitu negara Malayisa, Brunei, Indonesia, Semenajung Thailand, Laos dan juga Fhilipines. Petai juga di panggil dengan nama pete' (Indonesia), sator (Thailand), sataw, stink bean, yongchaa, yongchaak atau zawngtah. 


Petai juga di panggil dengan nama pete' (Indonesia), sator (Thailand), sataw, stink bean, yongchaa, yongchaak atau zawngtah
Inilah rupa pokok petai. Pokoknya memang tinggi.
Pokok petai ditanam menggunakan biji yang mana pokoknya kemudian akan mengeluarkan bunga ketika berusia lima tahun. dalam tempoh 60 hingga 70 hari, buah petai mulai masak selepas ia berbunga. Oleh kerana gangguan serangga yang sangat suka menebuk batang pokok petai ini menyebabkan ia mudah rosak. Daun petai juga mudah dimakan serangga sekalipun berada di tempat yang tinggi.

Di Malaysia dahulu hanya orang Melayu sahaja yang memakan petai tetapi kini pelbagai bangsa lain seperti Cina, India atau Orang Putih pun mulai memakannya kerana khasiat yang ada pada petai. Buah Petai yang berwarna hijau memberikan bau yang kuat dan menyelerakan ramai peminat buah petai.
Petai boleh danggap sebagai raja segala ulam. Ia sedao dimakan begitu saja atau dijadikan penyedap dalam masakan. Biji petai yang muda atau tua boleh dimakan mentah, digoreng, dipanggang, dibakar dan dibuat sambal tumis. Kadang kala biji isi buah petai tidak dikupas kulit luarnya tetapi dipotong bersama kulit dan dimasak atau dicelur untuk dijadikan ulam. Biji petai juga boleh dijadikan jeruk dengan merendamnnya di dalam air garam selama beberapa hari.
Petai Bau Busuk Tetapi Berkhasiat Dan Disukai Ramai

Biji petai boleh dijemur sehingga betul-betul kering untuk disimpan. Tujuan untuk tahan lama dan boleh digunakan kemuadian hari. Apabila petai telah kering, redam di dalam air selama 24 jam sebelum dimasak mengikut cita rasa. Mungkin ada yang tak tahu bahagian daun dan tangkai bunganya yang muda sesuai dimasak atau dimakan sebagai ulam bersama nasi dan sambal belacan. Daunnya juga mempunyai bau seperti buaj petai juga. Oh memang kecur liur la dibuatnya. dan bagi rakyat Kelantan atau Terengganu mereka lebih gemar makan petai dengan budu bersama dengan nasi. Saya paling suka makan petai dengan kulitnya sekali utuk mendapatkan khasiat kulit petai yang mempunyai rasa pahit dan kelat. Memang bertambah-tambah la nasi kalau ada menu petai dan budu..
Petai Bau Busuk Tetapi Berkhasiat Dan Disukai Ramai
Sambal Bilis Petai yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia.

Petai mengandungi zat asid amino dan karbohidrat kompleks yang juga akan menyebabkan kencing berbau busuk jika makan petai dengan kuantiti sedikit apa lagi kalau dengan kuantiti banyak.
Petai dikatakan mengandungi bahan nutrisi seperti tanin. Kesan uabtnya pula berpunca dari alkaloid tertentu. Selain itu petai juga mengandungi sumber vitamin A, B dan C. Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa buah petai kaya dengan sokrosa, fruktosa dan glukosa. Ketiga-tiga zat ini merupakan sumber gula semulajadi yang berupaya menghasilkan tenaga segera.
Petai Bau Busuk Tetapi Berkhasiat Dan Disukai Ramai
Bentuk biji petai

Petai dipercayai membantu mengurangkan masalah kurang darah atau anemia.  Buah betai juga dikatakan membantu mereka yang menghadapi masalah hati, busung, bengkak ginjal, diabetes dan membunuh cacing di dalam  perut serta usus. Bahagian daun pokok petai pula boleh direbus dan minum air rebusannya bagi merawat masalah demam kuning. Bahagian kulit akarnya pula dikatakan membantu menurunkan paras gula bagi mereka yang menghidap kencing manis. Caranya mudah sahaja ambil kulit akar pokok petai. Kemudian direbus sehingga air di dalam paeriuk hampir separuh dan boleh diminum.

Terdapat beberapa petua untuk mengurangkan bau selepas makan petai seperti mengunyah beras atau makan beberapa jenis limau atau mimum jus yang dapat mengurangkan bau. Pastikan anda tidak kencing di tandas awam kerana bau urin anda akan mengganggu orang lain.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua. Terima kasih kerana sudi membaca.

No comments:

Post a Comment