Sunday, October 5, 2014

Tips Menggembirakan Hati Yang Sedih Dan Kecewa

Sedih dan kecewa adalah perkara semula jadi yang boleh berlaku pada sesiapa sahaja tak kira sama ada kaya atau miskin, kuat atau lemah, raja atau rakyat jelata. Namun begitu pekara sedih dan duka tidak boleh dilayan berterusan. Ia mesti dihalau jauh-jauh secepat mungkin kerana boleh membawa kesan buruk pada mental kita.

Nabi Muhammad melarang bersedih, pasti ada hikmah di sebalik larangan tersebut kerana apa yang dikatakan oleh Nabi adalah bersumberkan wahyu yang mesti mengandungi kebenaran dan kebaikan. 
Tips Menggembirakan Hati Yang Sedih Dan Kecewa

Kesan ketara jika bersedih adalah lemah tidak  bertenaga, bagaikan hidup tidak bernyawa. orang yang sentiasa bersedih pasti merekan tidak mampu melakukan apa-apa yang berguna bahkan bagi diri sendir mereka tidak mampu melakukannya.                                       

Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa. Akan tetapi keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental, emosi dan kesabaran serta kesungguhan untuk melakukanya.

Terdapat 7 tips asas untuk mengembalikan jiwa yang kesedihan dan kesengsaraan.

#1 Latih minda melupakan kenangan pahit

Cara ini perlu diaplikasikan secara berterusan. Seseorang itu akan merasa sedih dan kecewa apabila mengenangkan kisah silam yang menyakitkan. Anda tidak dapat melupakan semua memori pahit secara serentak. J

adi ia perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan mengalih perhatian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa tetapi ia boleh dipercepatkan jika anda mendisiplinkan diri.


#2 Buang perasaan risau yang melampau.

Perasaan risau yang melampau boleh membuatkan anda sering berasa sedih dan kecewe serta rasa takut. Terdapat dua kesan buruk akibat sikap negatif ini. 

Pertama ialah menarik masalah dan musibah yang kedua memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Belajarlah untuk bertenang dan latih diri anda untuk mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau.


#3 Belajar bersyukur


Bersyukurlah di atas setiap perkara yang anda dapat walaupun perkara itu kecil pad afkiran kita sebagai seorang manusia. Contohnya ucaplah sykur kerana masih lagi boleh melihat alam ini, dan masih lagi bernafas. Ucaplah rasa syukur dengan seikhlas hati dan sebanyak yang mampu sehingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam sanubari anda.


#4 Belajar menjadi orang yang pemaaf


Sikap memaafkan memang digalakakn di dalam Islam. Sikap positif ini dapt membersihkan hati daripada perasaan negatif dan emosi-emosi negatif seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam. Sikap pemaaf juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif  yang terdapat di minda anda.


#5 Ketawa, ketawa dan terus ketawa


Ketawalah apabila terdapt perkara yang menggembirakan anda. Ia secara tidak langsung menjadikan anda girang. Tontonlah video atau cerita yang lucu dan menngembirakan, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang happy go lucky, serta carilah funny side dalam setiap perkara dan situasi.


#6 Ubah fikiran


Kita tidak boleh mengubah situasi yang membuatkan kita kecewa, sedih dan murung tetapi kita boleh mengubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. 

Walaupun sesuatu perkara itu tidak berpihak kepada anda, namun anda harus mencari cara bagaimana anda boleh mendapatkan nilai-nilai positif di dalamnya. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Fikiran yang buruk akan menarik sesuatu yang buruk. Hukum alam ini dinamakan hukum sebab dan akibat atau lebih dikenali sebagai "Law of Attraction".


#7 Keraskan hati


Maksudnya anda haruslah mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. 

Kita mampu untuk mengubah apa yang berlaku di sekeliling kita asalkan kita yakin Allah akan sentiasa memberi kita jalan penyelesaian yang terbaik di penghujungnya.

Buat baik dibalas baik dan begitulah sebaliknya. Justeru itu kita perlu bersikap baik dan fikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda anda untuk menjadi lebih baik pada keesokan harinya dan lafazakn dengan nada berbisik, relaks dan tidak terlalu mendesak diri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Sumber Rujukan
Allah Doktorku Wahyu Ubat Penyakitku
Mukhlas asy_Syarkani al-Falahi
Telaga Biru Sdn.Bhd 
Terbitan Julai 2013

1 comment:

  1. semoga saya menjadi orang yang kalau bersedih tak lama.....senantiasa bersyukur atas nikmat Allah Swt, aamiin...

    ReplyDelete