Friday, October 24, 2014

10 Kebaikan Tomato Untuk Kecantikan

Tomato bukan sahaja digunakan di dalam masakan, malah ia juga bermanfaat untuk mengatasi pelbagai masalah kulit. Hari ini tomato digunakan secara meluas untuk menghasikan produk kecantikan. Tomato sangat mudah didapati di Malaysia kerana ia ditanam dan dijaga dengan baik. 

Walaupun rasanya sedikit masam tetapi khasiatnya yang pelbagai tidak dapat dinafikan lagi. Tomato mengandungi pigmen yang dinamakan lycopene yang berfungsi memberikan warna merah kepada tomato dan sayur-sayuran lain. 

Lycopene sangat penting untuk kesihatan tubuh. Ia berfungsi sebagai antioksidan secara semulajadi bagi melawan radikal bebas (free radicals) yang boleh merosakkan se-sel dan menyebabkan pelbagai penyakit kanser.
10 Kebaikan Tomato Untuk Kecantikan

Di sini saya ingin berkongsi beberapa resepi kecantikan yang menggunakan buah tomato sebagai asasnya. Jom kita tips yang mudah dah menjimatkan ini untuk kulit yang mulus dan gebu.


1# Atasi masalah jerawat.

Lenyek tomato dan sapukan pada keseluruhan wajah anda terutama di bahagian yang berjerawat. Biarkan ia kering pada wajah atau dalam anggaran 30 hingga 40 minit. Kemudian anda boleh membilas wajah dengan mengunakan air suam. 

Anda boleh mencuba tips ini dua kali seminggu.Tomato dapat menyejukkan kulit wajah, menyerap lebihan minyak pada wajah dan hasilnya jerawat menegecut dan kulit menjadi licin.


2# Mengurangkan Bintik-bintik Hitam

Bagi anda yang menghadapi masalah bintik-bintik hitam di wajah anda boleh mengurangkannya dengan menggunakan tomato. Caranya mudah sahaja, ambil sebiji tomato, potong kepada dua bahagian. Ambil separuh dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah. Untuk mendapatkan hasilnya yang ketara anda boleh mencuba tips ini secara konsisten. 


3# Kecilkan Liang Pori Wajah

Ambil perahan air tomato dan campurkan dengan putih telur. Kemudian sapu pada wajah dan biarkan ia kering seketika. Selepas itu, bilas dengan jus lemon atau limau lipis. Kemudian barulah dibilas dengan air suam. Kombinasi tomato dan putih telur dikatakn membantu mengecilkan liang pori klit wajah.

4# Atasi Kulit Kering

Bagi mengatasi masalah kulit kering anda boleh menjadikan tomato sebagai masker. Caranya ialah dengan mengisar tomato dan ambil perahan airnya. Kemudian campur perahan air tersebut dengan yogurt asli. Kemudian sapu masker ini ke seluruh wajah. Biarkan ia kering lebih kurang 30 minit. Bilas dengan air suam. Petua ini dikatakan membantu melembapkan kulit wajah anda.


5# Tona Kulit Tidak Sekata

Bagi mengatasi masalah tona kulit tidak sekata anda boleh mencuba masker yang dihasilkan daripada tomato dan madu. Caranya senang sahaja. Campurkan jus tomato dengan madu dan sapu bahan tersebut pada wajah anda. Biarkan ia kering seketika. Bilas dengan iar suam yang dicampurkan dengan air perahan limau nipis. Hasilnya kulit akan cerah sekata.

6# Buang Lemak

Pengambilan bua tomato secara konsisten pada waktu pagi dikatakan membantu menyingkirkan lemak di dalam badan. Jus buah tomato amat digalakkan diambil sebagai minuman harian bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Minum jus ini sebelum 15 minit anda mengambil makan berat, ia akn membuatkan anda berasa kenyang. Jadi, anda tidaklah makan terlalu banyak selepas itu.


7# Kulit Kering Akibat Dehidrasi

Bgai anda yang bekerja di dalam bilik dan tempat yang berhawa dingin anda akn menghadapi masalah dehidrasi. Kesannya kulit anda akan mudah kering dan yang paling teruk akan bersisik. Untuk mendapatkan kembali kulit yang lembap mudah sahaja. Lenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering seketika. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.


8# Rambut Kering & Bercabang

Tomato juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambt bercabang dan kering. Rambut bercabang dan kering adalah masalah biasa bagi kaum wanita terutama bagi mereka yang berhijab. Memakai tudung ketika rambut masih lagi basah memang boelh menyebabkan rambut bercabang.

Anda boleh mengatasi masalah ini dengan melumurkan rambut dengan jus tomato dan balut atau bungkus rambut anda dengan tuala selama 15 hingga 20  minit. Kemudian bilas dengan air bersih.


9# Masalah Kelemumur

Lenyek tomato dan sapukan pada bahagian kulit kepala untuk merawat masalah kelemumur. Lakukan selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.


10# Lingkaran Gelap/Hitam Di bawah Mata

Lingkaran hitam bawah mata adalah antara perkara yang boleh menjejaskan wajah kerana ia membuat seseorang itu kelihatan sakit, tidak cukup tidur serta seolah-olah dirundung masalah. Bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli. Biarkan ia antara 15 hingga 20 minit. 

Selamat mencuba.

5 comments:

  1. banyak rupanya khasiat tomato yang boleh kita buat..selama ni tau makan je..hehe

    ReplyDelete
  2. I loiiikke tomato..Suka sangat makan gitu je tomato ni.. Tp tak tahu la plk rupenya dia byk manfaat2 lain. Selalu tahu untuk kulit jek.. Makin tangkap cintan la dengan tomato ni..hehe

    ReplyDelete
  3. lepasni kena amik tomato hari.hari...
    nak mudah amik je carotomax:)

    ReplyDelete
  4. Memang peberet saya tomato ni... Cicah budu buat ulam. hihihi

    ReplyDelete