Monday, September 15, 2014

SARAPAN TEPAT UNTUK KEKAL SIHAT & LANGSING

Bijirin menu sarapan yang baik
Mengabaikan kudapan pagi merupakan tindakan yang salah terutama bagi mereka yang dalam program diet. Sesetengah orang menganggap sarapan pagi tidak penting.

Sarapan pagi bukan sahaja penting untuk jaminan kesihatan malah sangat penting untuk kekal langsing. Orang yang tidak mengambil sarapan pagi akan makan tengah hari dengan kuantiti yang banyak.

Diet seperti ini bukan sahaja boleh menaikkan berat badan malah tidak baik untuk kesihatan. Diet yang terbaik ialah makan dengan cara yang kerap dan dalam kuantiti yang sedikit serta seimbang.

Memilih menu yang sihat dan tepat amat penting untuk menurunkan berat badan. Mereka yang yang inginkan program dietnya berkesan hendaklah mengetahui apa itu menu sihat yang terbaik yang boleh membantu menurunkan berat badan. Mari kita baca beberapa makanan sihat untuk diambil sebagai sarapan.

#BIJIRIN


Bijirin penuh oat atau beras merah menu sarapan yang baik untuk diambil kerana keduanya memberikan rasa kenyang untuk tempoh yang lama dan tidak menyebabkan peningkatan gul a secara mendadak kerana ia diproses dan diserap secara perlahan oleh tubuh. 


 Selain itu bijirin dan beras perang tidak mengandungi kadar kolesterol yang tinggi. Elakkan mengambil bijirin yang dicampur dengan susu kerana ia sama sahaja dengan makanan berat yang lain.Pilihlah bijirin tanpa gula atau yang rendah kandungan gula.

#TELUR


Telur antara menu sarapan yang baik untuk diambil. Tapi jaga –jaga telur tidak boleh diambil secraa berlebihan walaupun anda menyukainya, ambil dalam kuantiti yang sederhana sahaja.

#SANDWIC TELUR


Sandwic walaupun ia merupakan menu sarapan yang biasa sahaja tapi jika kena caranya ia sanagt baik untuk anda. 


Pelbagaikan sandic anda dengan menambahkan keju yang rendah lemak atau hirisan daging ayam dalam kuantiti yang sederhana. Sudah tentu ia akan menjadi hidangan yang sangat lazat dan berkhasiat.

#LEMPENG ATAU PANKEK


Orang Malaysia biassnya menyebut lempeng..Memang sedap dan lazat sekali menjamu selera lempeng pada waktu pagi. Memasak lempeng yang sihat mesti tahu caranya kerana lempeng mengandungi jumlah kalori yang agak tinggi.


Anda boleh menggantikan marjerin dan sirap dengan buah-buahan segar. Anda juga boleh gunakan madu asli dalam hidangan lempeng. Ia pasti menyelerakan.

#ROTI BAKAR


Roti bakar antara menu sarapan yang baik jika anda mengambilnya dengan mentega dalam kuantiti yang sedikit.

#JUS


Gantikan minuman berkafein dengan jus buah. Ia pasti lebih menyelerakan dan berkhasiat untuk anda. Ambillah jus buah tanpa gula atau sedikit sahaja gula.

#SALAD BUAH


Buah-buahan sememangnya penuh khasiat dan bergizi serta memberikan tenaga yang mencukupi untuk keperluan anda. Pelbagaikan jenis buah yang anda suka dan gabungkan menjadi satu hidangan pagi yang segar dan ringkas tetapi penuh khasiat.

Ada beberapa hidangan yang perlu anda elakkan.

#DONAT/KERIA


Donat memang menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Rasanya yang enak dan manis jika dimakan panas memang menyelerakan. Makanan yang enak tidak semestinya bergizi..


Rasa donat dan keria yang manis menjadi penyebab penurunan gula darah sekitar dua jam selepas anda menikmatinya. Ini yang menjadikan anda kembali berasa lapar dan ingin makan lagi. Rasa lapar inilah yang membuatkan anda makan dengan lebih banyak.

#ENERGY BAR


Ada sebilangan anda yang menjadikan makanan bar (energy bar) sebagai hidangan sarapan. Makanan bar mengandungi gula yang hamper sama dengan coklat bar yang biasa. Jadi elakkan mengambil sarapan makanan sepertim ini.

Jika anda membeli makanan di kedai, pastikan anda memerhatika label pada setiap makanan itu. Ini adalah untuk memastikan kandungan bahan atau perasa yang di tambah di dalamnya sesuai untuk anda atau tidak. Ia juga memudahkan anda untuk memilih makanan yang mengandungi kandungan gula yang rendah atau tanpa gula.

Semoga perkongsian ini berguna untuk semua. Terima kasih kerana sudi membaca.

No comments:

Post a Comment