Sunday, September 14, 2014

Gaya Hidup Membantu Turunkan Kolesterol

Kolesterol ialah sejenis lemak yang diperlukan oleh tubuh untuk menjalankan proses metabolisme. Terdapat dua jenis kolesterol. HDL ialah kolesterol ‘baik’ dan LDL ialah kolesterol jahat. Memakan makanan  yang kaya dengan lemak tepu akan meningkatkan jumlah kolesterol LDL di dalam badan, yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.

Corak pemakanan dan gaya hidup yang betul boleh membantu me
nurunkan paras kolesterol di dalam darah. Terdapat beberapa amalan gaya hidup yang sihat yang boleh membantu menurunkan kolesterol dengan berkesan tanpa anda mengeluarkan wang. Sudah pasti ia sangat jimat. Antaranya ialah:

BERHENTI MEROKOK
Umum kita mengetahui bahawa merokok bukanlah satu aktiviti yang tidak mendatangkan kebaikkan untuk kesihtan. Dari sudut agama Islam sendiri merokok dengan jelas difatwakan adalah “haram” kerana ia membahayakan kesihatan dan mendatangkan kemudharatan yang lebih banyak. Bukan itu sahaja merokok juga membazirkan wang. Kita tahu harga rokok hari ini sanagt mahal. Merokok haram kerana di dalam mengandungi berbagai-bagai jenis bahan yang merbahaya yang menjadi racun yang boleh membawa maut.

Merokok menurunkan kadar kolesterol baik HDL di dalam tubuh. Kesan merokok juga menyebabkan pemebentukan plak pada dinding arteri koroner. Aktiviti yang tidak berfaedah ini akan meningkatkan risiko seseorang diserang penyakit jantung dengan cara merosak jantung dan pembuluh darah.

DIET
Corak pemakanan yang seimbang dan diet rendah lemak membantu menurunkan paras kolesterol. Jadi pastikan makanan yang diambil setiap hari mengandungi kurang lemak jahat iaitu dengan mengurangkan makanan bergoreng, yang mengandungi santan dan minyak. Banyakkan makan sayur-sayuran terutama sayuran hijau dan buah-buahan. Amalkan snek yang sihat.

diet yang sihat penting untuk turunkan kolesterol
BERSENAM/AKTIVITI FIZIKAL
Orang yang mengandungi kolestrol yang tinggi digalakkan membuat aktiviti fizikal dengan lebih kerap. Aktiviti fizikal seperti bermain badminton berbasikal dan aktiviti lain yang mengeluarkan peluh membantu anda menurunkan kadar kolesterol. Orang yang aktif sepanjang hidupnya berisiko lebih rendah sebanyak 45% untuk menghadapi penyakit jantung koroner berbanding dengan orang yang tidak mengamalkan aktiviti fizikal.
aktiviti figzikal dan senaman membantu mengurangakn kolesterol
TURUNKAN BERAT BADAN
Berat badan yang tidak seimbang dan berlebihan biasanya akan menghadapi kadar peningkatan kolesterol jahat LDL. Pengurangan berat badan antara 2.3kg hingga 4.5kg boleh menurunkan paras kolesterol dan trigliserida. Untuk menurunkan berat badan anda boleh mengawak corak pemakanan dengan mengambil diet rendah lemka dan kolesterol, senaman yang berkala dan konsisten serta mengurangkan kalori di dalam makanan. Setiap orang memerlukan kadar kalori yang berbeza. Kita hendaklah mengetahui kadar kalori yang diperlukan supaya pengambilan makanan dapat dikawal.

KURANGKAN TEKANAN
Walaupun kaitan antara tekanan dengan kenaikan kolesterol di dalam badan masih dalam kajian dan belum ada penjelasan yang konkrit, namun terdapat kajian yang mengaitkan bahawa tekanan yang dihadapi seseorang dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan paras kolesterol. Tekanan yang dihadapi terlalu lama juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain yang tidak diingini seperti migraine dan sebagainya.


Semoga perkongsian in bermanfaat untuk kita semua.

RUJUKAN:
Migguan Wanita

No comments:

Post a Comment