7 Jenis Makanan Yang Berkhasiat Untuk Kesihatan

#1 LABU AIR
Labu air adalah salah satu sayura hijau yang membantu menyejukkan suhu tubuh yang panas. selain itu, ia juga membantu mengurangkan gejala penyakit asma. Bagi perokok, labu air juga membantu memberihkan paru-paru akibat pengaruh nikotin.

Labu air mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan

#2 LABU
Labu mengandungi indeks glisemik yang rendah. Indesk glisemik  ialah kiraan makanan yang mempengaruhi kenaikan tahap gula dalam tubuh manusia. Kandungan pati pada labu sangat rendah indeks glisemiknya. 


Khasiat labu untuk penyakit diabetes

Ini menjadiknanya sangat sesuia untuk pesakit diabetes/kencing manis. Memakan labu secara rutin membantu menghindarkan kencing manis. Fungsibinsulin menjadi terkawal tanpa menaikkan kadar gula dalam darah secara berlebihan.

#3 IKAN REBUS  @ PANGGANG
Pengambilan ikan salmon atau sardin yang dimasak secara panggang atau rebus boleh membantu denyutan jantung anda menjadi lebih baik.


#4  TOMATO
Mengikut Dr. Edward Goivannuci dari Harvard University School of Public Health, makan  tomato, sos tomato, dan pes tomato lebih daripada 2 kali seminggu boleh membantu mengurangkan risiko kanser prostat sebanyak 43%. 

buah tomato mengandungi lycopene yang berfungsi sebagai agen antioksidan melawan serangan radikal bebas yang merosakkan sel-sel  dan DNA di dalam tubuh.

tomato bertindak seperti antiseptik semulajadi dan seterusnya melindungi dari jangkitan. Asid nikotinik yang terdapat di dalam tomato membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.

#5 BUAH KIWI
Buah kiwi merupakan makanan padat zat yang mana ia kaya dengan nutrein dan berkalori rendah. Manfaat memakan kiwi termasuklah mengekalkan tona dan tekstur kulit yang sihat, mengurangkan tekanan darah dan mencegah penyakit jantung dan strok.

kiwi padat dengan zat

#6 BIJI APRIKOT
Bji aprikot mengandungi amigladin yang dikenali sebagai vitamin B17. Vitamin B17 membantu membunuh sel-sel kanser yang ada di dalam badan manusia. Amigladin sememangnya terdapat di dalam beratus-ratus jenis tumbuhan. 


7 Jenis Makanan Yang Berkhasiat Untuk Kesihatan
Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. Selain dari aprikot, B17 juga dapat diperolehi daru badam, anggur, sekuang, buah beri, biji buah oren  dan biji benih yang lain.

#7 DELIMA 
Kajian  menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur anggur merah. Kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. 


buah delima mengandungi antioksidan yang lebih tinggi daripada anggur merah

Fungsi antioksidan adalah untuk melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel-sel inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan alzheimir.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

RUJUKAN:
http://www.huffingtonpost.com/builtlean/health-benefits-pumpkin_b_4169210.html
http://www.nutrition-and-you.com/pumpkin.html
http://www.webmd.com/food-recipes/features/pomegranate-power
http://www.med-health.net/Benefits-Of-Pomegranate.html
http://www.nutrition-and-you.com/pomegranate.html
http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=3
http://wiki-fitness.com/apricot-health-benefits-nutrition-facts/#comment-403
http://www.webmd.com/food-recipes/features/health-properties-tomatoes
http://www.beliefnet.com/Health/9-Surprising-Health-Benefits-of-Tomatoes.aspx#
http://www.nutrition-and-you.com/tomato.html
http://www.livestrong.com/article/346805-what-are-the-benefits-of-eating-kiwi-fruit/
http://www.stylecraze.com/articles/amazing-benefits-of-kiwi-for-skin-hair-and-health/

Comments

  1. Good Info: Jom Makan Makanan Yang Berkhasiat.
    Lawat: http://raikanaksih.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment