Langkah-langkah Pencegahan Dan Keselamatan Menghadapi Jerebu

Nampaknya masalah jerebu kat Malaysia semakin serius. Jangan buat tak tahu je masalah jerebu ni. Sebagai langkah pertama kena la tahu perkembangan semasa keadaan jerebu di tempat masing-masing supaya kita dapat mengambil langkah-langkah pencegahan. Korang boleh semak bacaan IPU terkini setiap jam di link ini 👉👉 apims.doe.gov.my




Golongan Yang Berisiko Tinggi Semasa Jerebu

Keadaan jerebu yang berlaku dalam tempoh yang lama boleh memberi kesan buruk kepada kita semua terutamanya golongan yang berisiko tinggi, iaitu:
  • orang tua (warga emas)
  • kanak-kanak
  • pesakit jantung
  • pesakit paru-paru kronik
  • pesakit bronkitis dan radang paru-paru
  • mereka yang ada asma dan alahan
  • perokok
  • mereka yang bekerja di luar pejabat atau rumah


Penyakit Akibat Jerebu

Badan kita akan menunjukkan tanda-tanda berikut apabila terdedah kepada jerebu yang berterusan, iaitu;
  1. bahagian kerongkong gata-gatal dan tekak rasa kering
  2. berkahak, batuk dan gatal hidung
  3. susah nak bernafas atau sesak nafas
  4. mata rasa pedih dan berair
  5. sakit dan gatal mata serta mata menjadi merah
  6. hidung berair dan kerap bersin
  7. gatal-gatal pada kulit badan dan ruam
  8. rasa sakit bahagian dada
Jadi cepat-cepatlah dapatkan rawatan jika terdapat tanda-tanda di atas pada diri korang dan ahli keluarga. Jangan biar ia berlarutan takut menjadi lebih teruk.




Umumnya beberapa langkah pencegahan dan keselamatan yang boleh kita ambil supaya kita dapat mengurangkan kesan buruk terhadap kesihatan akibat jerebu.

  1. Kurangkan aktiviti di luar rumah atau bangunan
  2. Banyakkan minum air masak
  3. Sentiasa menggunakan topeng hidung dan mulut apabila melakukan aktiviti di luar terutama bagi golongan yang berisiko tinggi
  4. Sentiasa membasuh tangan dan muka atau bahagian yang terdedah kepada jerebu dengan sabun dan air bersih
  5. Bagi yang merokok disarankan berhenti merokok
Masalah jerebu ni benda yang kita tak boleh nak elak. Suka tak suka kita semua kena hadap.

Jadi selain mengkuti langkah-langkah pengcegahan dan keselamatan yang disarankan, satu-satunya cara untuk kita selamatkan diri ialah dengan menguatkan sistem imun (sistem pertahanan badan melawan penyakit).

Bagaiamana nak kuatkan sistem imun kita? Tak lain tak bukan dengan mengambil Vitamin Shaklee iaitu:
Pengambilan Vitamin shaklee dapat membantu kita kautakan antibodi dan sistem imun supaya dapat mengelak sebarabg jangkitan penyakit, selak serangan alergi semasa jerebu.





Kebetulan pulak bulan September ni shaklee buat promo untuk Nutriferon. Elok sangat la kan. So tunggu apa lagi jom grab Nutriferon sementara harga tengah murah ni kan. InsyaAllah vitamin shaklee boleh bantu kita kuatkan sistem imun. 

Mudah-mudahan kita semua diberi kesihatan yang baik. Ada yang berminat nak beli vitamin shaklee. Boleh pm saya okey. 

----------------------------
With love 💖💖💖
Your trusted Shaklee Consultant
Nor Akmal Rusdi
+6013-9279846

https://akmalrusdi.wasap.my/
(whatsApp / Telegram)

Comments